Monday, 24 November 2008

muhasabah diri..

Beberapa minggu yang lepas, berkesempatan mengikuti satu Tamrin yang diadakan di MADU, Machang. Peserta terdiri daripada AJK Kawasan dan Dewan2, Ketua2 cawangan dan Dewan2 seluruh kawasan Kota Bharu. Rasa bertuah dapat ikut program tersebut, sebabnya, sejak balik dari England, rasanya inilah tamrin pertama yang dapat diikuti tanpa anak-anak bersama. Hanya baby sahaja dapat bertamrin bersama. Yang lain ditinggalkan di nursery, semalaman. Alhamdulilah...

Pengisian yang paling melekat di kepala ini adalah pengisian oleh Ustaz yang menjadi mudir Maahad Muhammadi Lelaki. Tak ingat pula namanya. Sangat-sangat terkesan dengan kata-katanya. Bukan sahaja penyampaian yang menarik di sebabkan di celah-celah ceramahnya, dimasukkan unsur2 rumahtangga, namun gayanya yang bersahaja, menghiburkan dan mencelikkan mata yang mengantuk (pagi itu ada Qiyam).

'Berapa ramai orang yang dah masuk PAS sebab tingkahlaku kita?'

'Berapa orang yang dah kita ajak masuk PAS dan masuk PAS lepas pilihanraya baru2 ini?'


Disebabkan peserta adalah ahli PAS belaka, maka soalan yang ditanya adalah sangat relevan. Suka saya membesarkan persoalan sebagaimana Tok guru Nik Abdul Aziz sentiasa mengingatkan ahli2 PAS untuk mengutamakan Islam itu sendiri di dalam dakwah, maka persoalan yang lebih serius perlu difikirkan.

'Berapa orang yang dah masuk Islam disebabkan tingkahlaku kita?'

'Berapa orang yang sudah kita dakwahkan dan sudah memeluk Islam hasil usaha dakwah kita?'

Secara jujur, saya sendiri tidak dapat menjawab persoalan ini dengan baik. Amanah yang dikurniakan ke atas saya seramai 6 orang anak dan seorang suami, pun belum tentu telah saya dakwahkan dengan berkesan.

Cabaran yang paling terasa adalah cubaan untuk menanamkan kefahaman Islam terhadap mad'u seperti yang kita faham. Masing-masing dengan kefahaman masing-masing, hanya dengan ilmu yang sebenar kefahaman itu dapat diterima mahupun disangkal. Maka penghujahan yang mantap dengan ilmu dan kefahaman yang sebenar mengikut lunas Islam itulah yang amat2 diperlukan oleh daie hari ini. Pun begitu kita tidak menolak, sedangkan ada perkara-perkara yang para sahabat pun turut berbalah dan berbeza pendapat.

Maka cabaran tersebut memerlukan kepakaran dalam memahami keperluan mad'u itu sendiri. Nabi pun telah menunjukkan contoh, samada melalui perkataan, perbuatan mahupun diam.. pilihlah cara yang sesuai menurut mad'u bukan menurut kita, dai'e. SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD. Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang rimau, mengaumlah.. takut2 kalu dok kecek kelate, kene behe ke rimo..




2 comments:

Unknown said...

Mudir MML tu namanya Ust Zainuddin yg kelakar tapi best dgr kuliah dia.

pecinta kedamaian said...

tak rajin dengar kuliah dia.. tapi dia kecek meme sedap. Boleh gu ngan ust Ja..