Monday, 10 November 2008

roda-roda perkahwinan..

Sibuk semenjak, dua menjak ini diperkatakan media tentang pasangan selebriti Malaysia yang terkenal ini. Pancaindera dari Mingguan Malaysia semalam, ahad 9 November 2008, menyiarkan 2 mukasurat penuh, berwarna warni, satu babak dari drama perkahwinan Abby dan Norman.

Pada saya, drama ini merupakan tazkirah. Sebuah kehidupan di alam realiti, yang mana pelakon-pelakonnya adalah manusia yang diciptakan Allah sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Baik khalifah, makmurlah dunia. Andai khalifah sesat, maka hancurlah dunia.

Apa yang berlaku kepada Abby dan Norman bukanlah sesuatu yang pelik. Ianya berlaku kepada sesiapa sahaja. Asalkan sahaja hubungan itu namanya perkahwinan, maka bersedialah untuk diuji dengan ujian seperti yang mereka lalui.

Allah jadikan manusia ini berbeza antara satu sama lain. Lelaki berbeza daripada perempuan. Tujuan hanya satu, untuk mengenali antara satu sama lain. Pada waktu awal perkenalan, segalanya indah. Sudah namanya manusia, tidak sempurna. Maka sesebuah perhubungan, terutama perkahwinan menuntut kepada kesabaran, keikhlasan, kemaafan, pengorbanan dan yang paling penting, tujuan perkahwinan itu sendiri iaitu sebagai ibadah makhluk kepada Khaliqnya.

Semua kita perlu belajar daripada apa yang berlaku disekeliling kita. Cerita yang ditontonkan kepada kita bukanlah untuk diumpat, untuk dicari kesalahan siapa, tetapi untuk kita jadikan pengajaran kepada kita. Samada kita sudah melalui ujian ini, akan melalui, atau sedang melaluinya, yang penting bukan kita sahaja yang Allah uji. Semua manusia akan Allah uji dengan ujian yang sama. Siapa yang bertaqwa dan menjadikan Allah sebagai tempat menyelesaikan masalah, insya Allah itu lah manusia yang mendapat kejayaan baik di dunia, mahupun Akhirat.. Wallahu'alam.

No comments: