Damai itu di dalam hati. Dalam hiruk pikuk peperangan pun ada kedamaian. Dalam kesabaran itu lah terletaknya damai.
Wednesday, 19 November 2008
Kalau kena batang hidung sendiri???
Ingat dulu ada sorang hamba Allah pernah cerita, masa zaman nabi dulu ada seorang pemuda yang masuk Islam. Sebelum dia masuk Islam, dia suka sangat berzina. Jadi lepas dia ucapkan syahadah, dia cuba tahan diri dari melakukan zina. Sampai satu hari, dia jumpa dengan Rasulullah.
'Aku tak tahan dah ya Rasulullah. Bolehkah aku berzina?'
Rasulullah, tak marah. Rasulullah tak herdik pemuda itu. Rasulullah diam seketika.
'Bagaimana perasaan kamu kalau adik perempuan kamu berzina? Bagaimana pula perasaan kamu kalau yang melakukan penzinaan itu kakak kamu? Anak perempuan kamu?'
Saya minta maaf kalau cerita ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. Saya dah tak ingat siapa yang ceritakan kepada saya. Yang penting bagi saya, point yang hendak disampaikan kepada kita.
Segala amalan adalah dengan niat. Itu kata nabi, hadis sohih. Hati yang baik akan menghasilkan perlakukan yang baik. Makanya, jika perlakuan seseorang itu buruk, tidak salah jika hatinya disabitkan sebagai pencetus terhadap perlakuan tersebut. Sebab itu dizaman sains dan teknologi yang tersangat moden dan canggih ini, kepentingan menjaga hati itu adalah penting. Menjaga hati daripada dijangkiti kuman virus yang sangat merbahaya yang telah diakui sejak nabi Adam diciptakan lagi.
'Awak suka kalau adik awak buat kat awak macam tu?'
'Kalau tak suka orang buat kat kita, janganlah kita buat kat orang..'
Selalu saya pesan kat anak-anak, kalau tak suka apa yang orang buat kat kita, kita jangan mulakan. Memanglah, semulia-mulia perbuatan adalah yang datang dari hati yang ikhlas. Namun dalam hal-hal perlakuan yang buruk, kadangkala perasaan empati itu dapat menghalang diri kita dari melakukannya. Kalau tidak mahu anak kita berkelakuan buruk, janganlah kita memulakannya. Apatah lagi jika melakukannya di hadapan anak-anak.. Peringatan buat diriku yang lemah dan sentiasa lupa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment