Friday, 28 December 2007

The power of PATIENCE

Surah Al-Baqarah ayat 155-156

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمْوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ

الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Dan Kami pasti akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata inna lillah wa inna ilaihi raji’un (sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami kembali)

Dalam Al Quran seringkali kita berjumpa dengan perkataan sabar dan sebagai seorang yang mengakui Allah sebagai tuhan, sifat sabar wajib menghiasi setiap seorang daripada kita.

Memang tidak dapat dinafikan, sifat sabar ini adalah sifat terpuji.. sifat para nabi dan para rasul. Sesiapa yang dianugerahi sifat ini, sudah pastinya sangat beruntung. Tetapi macamana yang dikatakan sabar ini?

Ambil contoh semalam, Khamis 27/12/2007.. semua sekolah menengah dipenuhi murid tingkatan 3 yang mengambil PMR bersama-sama ibubapa atau pen jaga mereka. Kenapa? Keputusan PMR diumumkan dan mereka ke sekolah masing-masing untuk mengambil slip keputusan peperiksaan tersebut. Katalah si anu dapat banyak merah di atas slip tersebut.. Bagi ibu yang memahami, pasti dia akan cuba menenangkan si anak, mungkin macam ni.. 'sabarlah nak, kan kamu dah cuba sebaik mungkin..' Tapi macamana sabar tu sedangkan dalam diri si anak, macam2 yang dirasa.. sedih, frust, marah, geram dan sebagainya. Jadi apa nak buat sebenarnya..?

Ingat tak ada hadis nabi, kalau kita marah dan kita sedang berdiri, kita dinasihatkan untuk duduk. Kalau masih marah, cubalah baring. Tapi kalau masih juga marah, pergilah ambil wudu'. Yang saya faham dari hadis ni ialah, kita menyabarkan diri kita dengan mententeramkan diri kita. Maksudnya, buat sesuatu yang menjadikan kita tak berbuat sesuatu.. Tak faham???

Tak ingat dah bulan berapa suami tersayang terbang ke Penang, dan tahu tak apa yang dia bawa balik? BUKU.. dan yang paling menarik 'The Power of Patience' oleh M.J.Ryan. Buku ini dipenuhi dengan cerita-cerita manusia seperti kita dan cerita-ceritanya adalah cerita-cerita biasa yang kita lalui, dengar dan lihat sehari-hari.


Dalam salah satu subtopic buku ini, 'Patience teaches the power of receptivity', Ryan menulis begini.. 'Unlike kindness, gratitude, or generosity, which are about things you do, this quality is a lot about what you don't do. It's about holding back when you want to let loose, putting up with something you'd rather not, and waiting for something to happen rather than forcing it along.'


Cuba perhatikan kehidupan kita seharian. Kita selalu membuat kerja. Tapi konsep sabar ini kadang-kadang menghendaki supaya kita tak buat apa-apa. Perlu contoh? Ingat tak kisah Saidina Ali yang melepaskan musuh semasa dalam peperangan hanya kerana musuh tersebut meludah kepadanya. Saidina Ali kata, dia takut dia bunuh musuh tu sebab marah. Jadi dia bersabar dengan kelakuan si musuh itu dan melepaskan musuh itu.

Contoh lain, orang berkata huduh kepada kita. Kita bersabar dengan tak kata huduh balik kepada orang tu. Nabi pun kata, lebih baik diam daripada berkata yang tidak berfaedah.. Sama jugaklah kalau orang sakitkan hati kita, atau mengatakan sesuatu yang kita tak buat. Kalau kita jenis yang tidak sabar, mesti orang tu dah kena tumbuk dengan kita. Tetapi kita diam, sebab kita sabar..

No comments: