Di petik dari http://darnur-alzahra.blogspot.com/
PAMERAN MUKJIZAT AL-QUR'AN 2007
Assalamualaikum untuk semua pengunjung yang dihormati,
Sedikit maklumat berkenaan satu program yang sangat menarik yang dianjurkan oleh Dar Nur al-Zahra' sempena musim cuti sekolah dan akhir tahun 2007 ini. Insya-Allah kita akan menganjurkan Pameran Mukjizat al-Qur'an seperti mana maklumat di bawah.
Tarikh: 11 - 16 Disember 2007
Tempat: Kompleks Islam (Balai Islam Lundang), Kota Bharu, Kelantan.
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
TERBUKA untuk semua masyarakat Melayu, Cina, India dan sebagainya.
Masuk adalah PERCUMA.
TENTATIF PENUH
11/12/07 (Selasa)
10.00 pg: Pameran dibuka kepada orang ramai
3.00 ptg: Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak
12/12/07 (Rabu)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa
10.00 pg: Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
3.00 ptg: Demonstrasi Menulis Khat & Jawi
13/12/07 (Khamis)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa
3.00 ptg: Majlis Perasmian oleh YAB Dato' Menteri Besar Kelantan
9.00 mlm: Forum 'Kamceng Dengan Al-Qur'an'Panelis:
1) Ustaz Mohd Nicholas Abdullah (bekas paderi Kristian)
2) Ustaz Saaibon (Pegawai JHEAIK)
3) Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof (Tim. Pengarah HALAQAT)
14/12/07 (Jumaat)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa
10.00 pg: Bicara Ilmu 'Mengapa Saya Memeluk Islam?' oleh Pn. Nur Aisyah Chua
3.00 ptg: Pertandingan 'Islamic Board Game: Qur'an Challenge'
9.00 mlm: Konsert Islami bersama RAIHAN & Kumpulan Dikir Barat Jen Endoro
15/12/07 (Sabtu)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa
9.00 pg: Konvensyen Kebangsaan Penghayatan Al-Qur'an di Dewan Johor APIUM
Pembentang:
1. Dr Azman: Solat & Sains
2. Ustaz Adli (Teguh Iman Resources): Sains & Al-Qur'an Bercanggah atau Tidak
3. Dr. Danial Zainal Abidin: Quran Saintifik
10.00 pg - 5 ptg: Tayangan Filem dari Iran 'Baran', 'Colour of Paradise' dan 'Children of Heaven'
3.00 ptg: Pertandingan 'Qur'an Story Puzzles' untuk Prasekolah, Tahun 1 & 2
16/12/07 (Ahad)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa dan berakhir tanpa penutup.
Dengan itu kami dari Dar Nur al-Zahra' ingin menjemput semua kenalan dan pengunjung semua untuk turut serta di dalam aktiviti pameran ini. Semoga kita semua mendapat ganjaran dan ilmu yang berganda daripada program ini.
MontajMukjizat http://www.globalmediachannel.tv/play.php?vid=87
Dari HarakahDaily http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-kelantan-darul-naim/pameran-mukjizat-al-quran-di-kota-bharu.html
Pameran mukjizat al Quran di Kota Bharu
Salmah Mat Husain Tue Dec 11, 07 7:17:33 pm MYT
KOTA BHARU, 11 Dis (Hrkh) - Pameran Mukjizat Al-Quran 2007 yang julung kali diadakan bermula hari ini sehingga 16 September ini mengetengahkan pelbagai kelebihan kitab suci itu.
Orang ramai termasuk pencinta Islam, penganalisis dan berbagai lagi golongan profesional berpeluang menyaksikan sendiri pameran itu yang diadakan di Balai Islam, Lundang.
Pengarah program, Dr Rosli Alaani Shekh Abdul Kader berkata, program anjuran perpustakaan Dar Nur Al-Zahra dengan kerjasama kerajaan negeri itu akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Disember ini jam 3 petang.
Menurutnya pameran itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan umur.
“Program ini dijangka mendapat sambutan terutama penglibatan pelbagai pihak yang mahir dalam bidang al Quran termasuk syarikat Teguh Iman Resources yang ditubuhkan anak murid Sheikh Abdul Majid Zandani.
“Selain itu, seorang lagi tokoh besar dan antara pengasas ilmu sains dan mukjizat al-Quran, Dr Danial Zainal Abidin, yang banyak menulis buku mengenai Quran dan sains terbabit sama,†ujarnya di sini.
Selain itu turut diadakan konsert nasyid dan dikir barat Islam bakal menampilkan kumpulan Raihan dan pendikir tersohor Kelantan, Jen Endoro.
Aktiviti lain termasuk pertandingan bercerita kanak-kanak, demontrasi menulis khat dan jawi serta bicara ilmu. - mj -->
No comments:
Post a Comment