Dapat artikel ni dari seorang sahabat alumni. Minta maaf saya tak tahu dari mana sumbernya tapi saya rasa tak salah untuk berkongsi dengan pengunjung blog saya.. Selamat membaca!!
Kak Nuri: Penyemarak Kebangkitan Muslimat
Oleh HJ NASRUDIN HASSAN
Seingat saya, sejak saya menyertai PAS pada tahun 1985 inilah kali pertama Ketua Dewan Muslimat PAS ditangkap atas "kesalahan" berniat untuk memasuki parlimen ( Dewan Rakyat ).
Apakah ini petanda bahawa Muslimat telah mula meletakkan diri mereka di rel utama yang melandasi perjuangan suci ini ? Ya ! saya merasakan demikian. Tambahan pula, peristiwa tangkapan Ustazah Nuridah itu berlaku dihadapan mata saya. Saya dapat melihat bagaimana ketabahan dan ketenangan beliau menghadapi situasi ini.
Lebih menarik , turut tertangkap bersama Ustazah Nuridah ialah Dr. Lo' Lo' yang pastinya figure ini dikenali umum sebagai seorang tokoh Muslimat yang gigih dan cekal .
Semasa kami "terkurung" di IPK KL , saya terus mengikuti perkembangan yang berlaku di luar dan seorang sahabat , akhi Fadhil Shafie tak jemu - jemu melaporkan apa yang sedang berlaku di pintu masuk IPK KL .
Antara laporan yang saya terima , ialah bagaimana perkarangan IPK telah dikuasai oleh "tentera" Muslimat yang di ketuai oleh Dr. Mariah ( AJK PAS Pusat ) , Ustazah Wan Hasrina ( Timbalan Ketua Dewan Muslimat ) dan Aiman Athirah al Jundi ( Setiausaha Dewan Muslimat ) .
Suara pemuda atau muslimin yang biasanya lantang dipentas demontrasi jelas tenggelam di bawah laungan semangat para Muslimat yang berkumpul di depan IPK pada waktu itu .
Sehingga ada seorang pemuda yang turut serta dalam himpunan di perkarangan IPK tersebut memberitahu saya , bagaimana situasi itu benar - benar dikuasai Muslimat . Muslimat berbalas hujjah dengan pihak PDRM sehingga menimbulkan suasana panas dan tegang ekoran pihak PDRM enggan menunaikan tuntutan mereka agar membebaskan kami yang sedang ditahan pada waktu itu .
Amaran demi amaran dikeluarkan oleh PDRM supaya mereka bersurai , langsung tidak menggentarkan semangat para mujahidah yang terus lantang melaungkan slogan bebaskan tahanan !
Sehinggalah seorang pejuang tua yang istiqamah , malah tidak pernah mengenal erti kalah hadhir bagi menampakkan kembali penguasaan sang muslimin dalam satu - satu perhimpunan . Orang tua berjiwa kental yang saya maksudkan ialah Pak Cik Amjal .
Semarak perjuangan amal Islami berbekal semangat dan kesedaran menuntut hak terus marak sehingga saya sendiri mendengar suara amaran PDRM melalui corong speaker meminta mereka bersurai dalam masa 5 minit sebelum mereka diambil tindakan dan ditangkap .
Ternyata amaran itu sekali lagi tidak memberi kesan kepada mereka selagi ketua mereka Ustazah Nuridah , Dr. Lo' Lo' dan semua tahanan belum dibebaskan . Keadaan kian tegang sehinggalah kehadhiran Yb Salahudin Ayub ( Ketua DPP Pusat ) menenangkan keadaan dan bersedia utk mengambil tangungjawab bagi melanjutkan usaha membebaskan tahanan .
Apa yang ingin saya nukilkan di sini ialah kebangkitan Muslimat yang sebelum ini dilihat secara umumnya tidak bernada dan berwajah sebagaimana yang disaksikan hari ini , adalah satu kebangkitan yang sangat membanggakan .
Nyata kini mereka juga sememangnya berani berhadapan dengan kuasa yang angkuh dan zalim demi memperjuangkan Islam . Apa yang cukup membuatkan hati saya tersentuh , mereka juga sanggup mengambil risiko demi perjuangan ini dan ianya mengatasi kepentingan peribadi dan kepentingan duniawi .
Kalau yang ditangkap hanya seorang lelaki atau pemuda , itu tidaklah menghairankan saya dalam perjuangan kita di Malaysia ini. Tetapi apabila seorang Muslimat yang juga ibu kepada anak yang ramai dan masih memerlukan belaiannya , ini sangat menyentuh hati saya .
Ustazah Nuridah atau lebih senang saya panggil Kak Nuri , kini sering menasihati para muslimat anak buahnya agar tidak gentar dengan ugutan polis atau pihak musuh untuk memastikan agenda perjuangan Islam yang kita dokong ini terus dilangsungkan dengan jayanya.
Malah , sewaktu Kak Nuri memberi statement kepada pihak polis , dengan tegas Kak Nuri menyatakan bahawa saya tidak bersetuju saya ditangkap kerana saya adalah seorang rakyat yang baik dan berjuang demi kepentingan agama , bangsa dan tanahair .
Akhirnya , apa yang ingin saya kongsi dengan semua pencinta agama , khasnya Muslimat terhadap apa yang berlaku sewaktu kami dalam tahanan di IPK baru - baru ini , cukup menjanjikan sinar buat perjuangan khasnya melalui sayap kirinya .
Sebagaimana umum mengatahui , muslimat yang tertangkap hari itu ialah Kak Nuri dan Dr. Lo' Lo' . Sedari awal mereka turun ke parlimen hinggalah detik kami dibebaskan , kak Nuri dan Dr' Lo' Lo' kelihatan sangat ceria , tenang dan mesra .
Saya melihat mereka bagai satu regu yang cukup mantap dengan gabungan segala kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh mereka untuk terus memimpin Muslimat meredah belantara perjuangan ini .
Sementara diluar bangunan IPK pula , Ustaz Wan Hasrina atau lebih mesra saya panggil Kak Wan bergandingan pula dengan Dr. Mariah .
Saya antara yang sangat memahami bagaimana Dewan Muslimat terpaksa melalui hari - hari yang sukar mengorak rentak dan mencari sentuhan dalam mendepani pelbagai halangan dan rintangan ( tahaddiyat ) sebelum ini , kini bagaikan telah menemui ramuan membentuk regu kepimpinan yang mantap dan digeruni musuh .
Ya ! Gandingan Kak Nuri , Kak Wan ( Ketua dan Timbalan Ketua DMP Pusat ) dan Dr. Lo' Lo' , Dr Mariah ( AJK PAS Pusat ) akan menjadi 2 regu dalam satu pasukan menyemarakkan kebangkitan muslimat .
No comments:
Post a Comment