Monday, 5 May 2008

Something to be shared..

Emel ini sebenarnya respon seorang sahabat dalam mailinglist yang mana emel saya termasuk di dalamnya. Tidak rugi untuk berkongsi dengan pengunjung blog saya untuk sama-sama kita kongsi manfaatnya. Kepada adik-adik saya yang single dan dalam proses menuju alam baiti jannati, semuga bermanfaat.

Salam Ustaz et al,

Bagi saya sambung sedikit. Saya rasa apa yang ustaz maksudkan di sini ialah mereka yang hanya"melaksanakan" tanggungjawab semata, tanpa perasaan? Kalau begitu saya rasa mereka ini perlu dijelaskan apaitu maksud sebenar tanggungjawab.

Tanggungjawab ialah perkara yang perlu di tanggung(dipikul) walaupun berat, dan perlu diperiksa keberkesanannya (dijawab). Samada perasaan kita semasa itu seronok, sedih, kecewa, malas dsb, ianya perlu diteruskan.

Dan darihal perasaan ini, masa saya belasan tahun dan awal 20an, saya suka menonton filem-filem mafia. Ini kerana dalam filem ini dijelaskan bahwa mereka-mereka yang ingin melaksanakan tanggungjawab berat (memimpin kumpulan mafia), perlu mengatasi perasaan sendiri dahulu. Lihat sahaja bagaimana dalam filem Godfather pertama, Micheal Corleone (kalau tak salah lakonan Al-Pacino) terpaksa menembak mati abang kandungnya sendiri di tengah tasik, walaupun abangnya itu amat disayangi oleh anak lelaki Micheal sendiri.

Mungkin idea-idea sebegini sedikit sebanyak mempengaruhi pejuang-pejuang Islam yang kerap membaca surah At-Taubah dan sebagainya, seperti ayat yang selalu dibaca oleh geng-geng Hizbut Tahrir : "Qul inkaana abaa ukum, au abnaa ukum, au ikhwaanukum.....""Katakanlah! sekiranya bapa-bapa kamu, anak-anak kamu,atau saudara-saudara kamu, atau isteri-isteri(pasangan) kamu, ..... lebih kamu cintai (ahabbailaikum) dari Allah dan RasulNya, dan perjuangan dijalanNya ... maka tunggulah ......"

Saya rasa di sini wujud satu tidak keseimbangan dalam sesetengah kefahaman ahli atau umat manusia itu sendiri. Mereka mungkin selalu atau hampir setiap hari ditekankan dengan "gerak kerja" jemaah, perjuangan haraki dsb, sehingga lupa atau tidak berkesempatan untuk memelihara "cinta" dengan golongan-golongan yangdigariskan di atas.

Ya lah cuba bayangkan, kalau keluarganya macam saya. Adik beradik pun dah 12 org, masing-masing ada ragam sendiri. Keluarga isteri lagi, tugas dipejabat lagi, kawan-kawan UMNO, rakan-rakan seperjuangan dalam PAS dan JIM, kini rakan-rakan seperjuangan dalam PKR, teman-teman sepejabat, anak-anak buah, jiran tetangga, dan juga anak-anak sendiri.

Oleh itu, saya rasa, org itu kena jujur pada dirinya sendiri, kalau boleh sebelum dia mendirikan rumahtangga lagi. Dia kena benar-benar menilai kemampuan dirinya, sejauhmana dia ingin "commit" kepada jemaah, kepada gerakkerja jemaah yang JELAS matlamatnya ialah perjuangan haraki dan tidak terlalu menitik beratkan hal lain. Kalau dia rasa lebih senang berjuang membangunkan keluarga, mungkin lebih sesuai dia "berjuang" dalam jemaah Ust Dahalan yang saya dengar lebih kepada pembangunan keluarga. Itupun belum tentu keluarga boleh bahgia!

Dalam memilih pasangan, dia juga kena lihat tahap sedia ada dan kemampuan pasangannya. Di sini perlunya ada nilai sekufu!Bukan sekadar pasangan, dia juga kena lihat KELUARGA pasangan! Kalau keluarga orang kelantan, mungkin orang johor kena fikir 2-3 atau 4 kali kerana budaya kedua negeri ini amat berbeza! Cara orang Johor tunjuk kasih sayang mungkin ialahdengan masak asam pedas hari-hari, apalagi kalau makdan keluarga suami datang etc! Kalau isteri org kelantan asyik masak mknan manis, mesti melenting keluarga suami!

Begitu juga lelaki kena lihat kemampuan isterinya. Dua orang sahabat saya, org yg ikut usrah, kahwin kedua secara senyap. Bila terbongkar, yang satu tu isterinya boleh terima. Yang satu lagi, isterinya ugut nak lari balik kampung, bawak lari anak dsbnya, hingga akhirnya dia terpaksa akur dan ceraikan isteri muda! Pendek kata, bukan saja orang yang tak faham akan bergaduh, orang yang sudah faham pun belum tentu tidak bergaduh, malah kadang kala gaduhnya lagi hebat sebab masing-masing ada hujah yang POWER!

Di sini saya rasa orang lelaki kena BETUL-BETUL bertanggung jawab. Dari mula memilih jodoh sehingga keakhir hayat perlu BERTANGGUNG JAWAB. urusan ini tidak boleh serah pada orang lain, walaupun jemaah! Jadi Ustaz tidak perlu terlalu gundah, ini tanggungjawablelaki itu sendiri!

Jemaah atau Baitul Muslim hanya sebagai pembantu /facilitate. Kita kena pastikan orang lelaki ini FAHAM BETUL = FAQIH tentang tanggungjawabnya. Baitul Muslim bagi saya bertanggungjawab sebagai AGEN. Kalau dahulu sebelum adanya jemaah haraki seperti sekarang, tanggungjawab ini dipikul oleh ibubapa. Ini kerana pasangan yang dalam usia awal 20an, dan kadang sampai tua bangka, sebenarnya kurang matang dalam memikul tanggungjawab memilih pasangan hidup mereka.

Malah kalau tak silap saya, tanggungjawab bapa ada 4 :
1. memilih ibu yang baik untuk anaknya
2. Memberi anaknya nama yang baik
3. Memberi pendidikan yang baik
4. Menikahkan anaknya (mengkahwinkan anak) walaupun anak lelaki!

Ini bukan isu kecil, kalau parent sekarang pun ramai yang gagal, adakah BM boleh guarantee lebih baik? Sebab itu saya suggest perkara ini dihandle olehPAKAR, boleh dikomersilkan pun!!! hehehe :):)

Dulu saya pernah dengar, kalau kahwin dengan orang jepun, suami kalau selalu balik awal dari kerja kena halau sebab isteri akan anggap suami seorang pemalas! Oleh itu, bagi saya, BM atau AGEN kena pastikan yang calon lelaki kena JUJUR dan IKHLAS menilai dirinya sebelum memilih jodoh. Kalau jenis berat nak solat subuh, apa lagi solat tahajjud, jangan le pilih calon lebih rajin. Suami itu pemimpin bukan yang dipimpin.

Tetapi, kalau lelaki itu pula jenis rajin solat dan aktif gerak kerja jemaah. Kena lah pilih calon iateri yang sanggup berkorban, bukan yang jenis manja dan hari-hari nak kena belai. Jangan dah kahwin baru nak herdik isteri dsb sebab tak dapat "berkorban"! !!

Di sini saya rasa peri pentingnya entrance interview etc. Kita kena nilai expectation dan KPI calon etc!Kursus ni pun boleh dikomersilkan untuk ganti kursus kahwin gov yang nampaknya masih gagal tu! Ha ... Pakatan Rakyat boleh buat ke?? JAIS? MAIS?.....

Begitu juga dengan career, anak-anak, keluarga lain semua kena rancang dari sebelum berkahwin. Sebab itu sefaham saya dalam islam kita dibenarkan merisik dan bertunang. Ini ialah untuk kita menilai kemampuan sebenar untuk menempuh "partnership" for a lifetime!

Pertunangan itu ialah "pilot plant". Kena lihat dan nilai dari semua sudut, bukan dari sudut "perasaan"atau perjuangan haraki semata, malah lebih penting dari sudut TANGGUNGJAWAB sebenar.

Dan akhir sekali, kalau isteri dan anak-anak kita jenis "robot" atau mafia yang takde perasaan, memang kita boleh memimpin mereka juga secara mafia : "No women no cry".But they are human!

Oleh itu, suami kena bertanggungjawab setelah memilih, bertunang, menikahinya, kenalah berikan dia apa yang mampu diberi SECUKUPNYA. Kalau isteri dan anak- anak mahukan cinta, kasih sayang dsb, sebagai suami dan bapa kita kena USAHAkan TANGGUNGJAWAB itu. Inilah ujian hidup dalam membina rumahtangga.

Kalau yang ini kita gagal, jangan impikan untuk memimpin orang lain yang kita tak mampu pilih dan tarbiyyah sendiri. Pemimpin bukan pengarah. Leadership is not dictatorship!

Bak kata Covey lebih kurang begini (baca buku 8thhabit); "LOVE (cinta) the noun, may have been lost. But LOVE(kasih) the action, is up to us. If we practise LOVE the action, LOVE the noun may be recaptured"

Be proactive. Love others before you expect to beloved.

Bak kata Spice Girl : "If you want to be my lover, you have got to give.Taking is so easy, and that's the way it is"

Akhir akhiran, saya suggest ustaz kena tambah "phrase" ustaz untuk consult pasangan. Kalau dulu : Life is in service = Nilai hidup pada memberi

kini mungkin kena tambah

To love is to give, and not expecting any return. Mengasihi itu ialah memberikan cinta, tanpa mengharapkan SEBARANG BALASAN.

LOVE IS RESPONSIBILITY! CINTA (atau KASIH) itulah suatu TANGGUNGJAWAB!Walaubagaimanapun, tanggungjwab pun BOLEH DILUPUSKAN melalui perundangan (the LAW). Perceraian masih suatu jalan akhir yang halal, walau dibenci Allah.

WaLlahu a'lam.


p/s comments are welcome

No comments: