

Alhamdulilah.. buku ini bukan saya yang beli. Siapa yang beli? Kakak saya pun ter'panjat' bila diberitahu bahawa si pembeli buku tersebut adalah adik iparnya, hehehe. Selama saya ke kedai buku, tak pernah pun terserempak dengan buku ini.
Saya sudah menghabiskan 6 topik daripada 10 yang ada di dalam buku ini. Seperti buku The Power of Patience, saya dapati sangat lambat untuk menghabiskannya walaupun saya mendapatinya sangat menarik, dan boleh sahaja menghabiskannya dalam masa 24 jam.. kalau sahaja ianya sebuah novel yang boleh dibaca santai.. Malangnya buku-buku ini, apabila dibaca terasa sesaknya jiwa. Sukarnya bernafas...
Seperti yang saya nyatakan di atas, ianya banyak menjawab persoalan-persoalan yang terdapat di fikiran saya. Saya gunakan perkataan SELF DISCOVERY. Apabila membaca buku ini, saya menjumpai diri saya sendiri. Buku ini seolah-olah sedang menceritakan siapa diri saya. Dan boleh diagak, ianya juga bercerita tentang siapa sebenarnya suami saya dan suami-suami orang lain di luar sana termasuk abah dan abang saya. Alhamdulilah, biarpun tidak ada sepatahpun ayat Quran yang terdapat di dalam buku ini, namun saya yakin sekiranya John Gray bisa menemukan seorang muslim yang telah membaca bukunya dan memahami Islam dengan baik, kemungkinan Gray memilih untuk memeluk agama Islam.
Saya akan cuba berkongsi dengan pengunjung blog saya isi buku ini dan bagaimana saya melihat kaitan isi buku ini dengan pendidikan akhlak islamiyyah yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang dahulu. Masih ingat entri saya mengenai program anjuran Wanita JIM Kelantan sebelum ini. Banyak isi-isi ceramah Dr Harlina saya temui di dalam buku ini.
Perkara asas yang disebut di dalam Al Quran tentang kejadian manusia yang berbeza antara satu sama lain boleh dirujuk kepada surah Al Hujurat. Sesungguhnya manusia ini Allah jadikan berbeza secara fizikal seperti warna kulit, berlainan keturunan dan jantina, dan juga berbeza dari segi sikap dan perwatakan. Ada lelaki dan wanita, ada yang lembut dan ada yang kasar. Apa tujuannya tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain. Perbezaan tersebut menunjukkan kebesaran dan kehebatan Allah.
No comments:
Post a Comment