Sunday, 18 May 2008

Lelaki Vs Perempuan

Menarik fakta yang saya temui di dalam buku Mars and Venus Together Forever. Fakta ini telah juga disebut oleh Dr Harlina tempohari. Mungkin dia juga telah membaca buku ini. Fakta ini membantu saya memahami secara asas perbezaan fizikal yang Allah sebut di dalam ayat 13, Surah Al hujurat.
'Wahai manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.'


Sungguh menakjubkan. Memang Allah Maha Kuasa. Maha Mencipta dan Maha Agung. Sungguh segala pujian itu hanya berhak untuk diriNya. Subhanallah, MashaAllah.

Kajian menunjukkan bahawa otak manusia terbahagi kepada 2, yang dikenali sebagai otak kanak dan otak kiri. Otak kanan manusia mempengaruhi cara manusia menyelesaikan masalah (problem-solving skill). Manakala otak kiri pula mempengaruhi kemahiran bahasa (direct translation? language skill). Tisu yang menghubungkan otak kiri dan kanan manusia ini pula berbeza ketebalannya. Secara umumnya, tisu penghubung (corpus callosum) wanita lebih tebal daripada kebanyakan lelaki. Melalui MRI scan pula, didapati wanita menggunakan kedua-dua belah otaknya pada satu-satu masa berbanding dengan lelaki yang hanya menggunakan salah satu bahagian otak pada satu-satu masa, tanpa mengira ketebalan tisu penghubung.

Melalui evolusi, Gray percaya tubuh badan manusia, otak dan hormon berubah dalam menyokong perbezaan pekerjaan antara lelaki dan wanita. Gray percaya bahawa secara tradisinya, lelaki bekerjaya sebagai pemburu yang keluar dari rumah hanya semata-mata mencari keperluan makanan buat isi rumahnya. Menurut Gray lagi, lelaki percaya bahawa wanita gembira apabila lelaki menjadi 'better provider'. Wanita pula secara tradisinya menguruskan rumahtangga sepeninggalan suaminya itu.

Gray cuba meyakinkan pembaca bahawa kerjaya lelaki yang sejak dahulu yang dikenali sebagai pemburu memerlukan mereka mempunyai sifat-sifat seorang pemburu. Seorang pemburu perlu menyusun strategi untuk memastikan dia berjaya membawa pulang hasil buruan untuk menggembirakan isteri dan anak-anaknya. Dia akan duduk senyap memerhatikan mangsa sambil mengira-ngira langkah seterusnya. Si pemburu akan menggunakan otak kanannya dan kurang menggunakan otak kiri kerana kebiasaannya sangat kurang berlaku perbualan dalam melakukan pemburuan. Seperti pepatah orang puteh, 'practise makes perfect' maka tubuh badan, otak dan hormon berubah dan menjadi pakar dalam urusan memburu bagi lelaki.

Begitu juga anggapan Gray terhadap wanita. Tubuh badan, otak dan hormon wanita berubah dan menjadi pakar dalam urusan mendidik anak-anak yang memerlukan dia berkomunikasi dengan mereka. Wanita juga menjadi pakar dalam menguruskan hal-hal rumahtangga seperti memasak, mencuci pakaian, mengemas dsb. Bagi wanita, mereka boleh melakukan semua pekerjaan itu serentak. Sambil memasak mereka berbual dengan anak-anak mereka. Sambil membasuh, mereka boleh memarahi anak-anak mereka. Sambil mengemas, mereka boleh melepaskan perasaan mereka melalui kata-kata kepada anak-anak mereka.

Saya pernah berbual dengan seorang sahabat mengenai pandangan Gray ini. Kata sahabat itu, Tauhid terbahagi kepada 3. Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma' wal Sifat. Tauhid Asma' wal Sifat mewajibkan kita mempercayai akan ke semua 99 nama Allah yang menggambarkan sifatNYA. Begitu juga sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah. Makanya sifat-sifat manusia ini semuanya dipinjamkan Allah bersumber dari sifat-sifatNya itu. Maksudnya, setiap manusia itu Allah telah jadikan dengan sifat-sifat yang serupa dengan sifat-sifat Allah tetapi dalam nisbah peratusan yang amat-amat kecil (0.00000000000000001 mungkin, wallahu'alam). Jadi, samada lelaki atau wanita, kita semua mempunyai sifat pengasih, penyayang, lemah lembut etc.


2 comments:

Unknown said...

baru je beli buku ni kat tesco minggu lepas. tak sempat baca lagi sebab dok habiskan buku "you've got to read this book". sebab tajuknya dah nampak menarik, together 4 ever... tu yang nak baca tu. ulasan ni'mah pun dah tambah daya tarikan. takpa, sabar, kita habiskan satu satu.

pecinta kedamaian said...

Eloklah tu.. baca satu-satu. Lagi elok kalau di hadamkan satu-satu.. Bila baca buku tu, terasalah diri kita ini normal sebenarnya. Selama ni dok rasa, aku ni normal ke, gila ke, ape ke? Tapi bila jumpa fakta-fakta dalam buku tu.. Hmm, normal rupanya aku ni. Orang lain pun macam tu jugak.. Ok lah kan. Selamat menghabiskan dan memulakan yang satu lagi..!!