Sambungan dari entri sebelum ini.. Thank you to my dear Hubby, tolong fwd emel untuk saya kongsi dengan pengunjung blog. Semuga bermanfaat..
Dari http://zul4kulim.blogspot.com/search/label/Kenyataan%20Akhbar
Saya telah menerima jawapan bertulis daripada YAB Perdana Menteri dalam soalan lisan yang saya kemukakan membabitkan gaji, emolumen, elaun dan kos berkaitan 3 orang Penasihat YAB PM iaitu:
Penasihat Petronas YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad;
Penasihat Agama Islam YBhg Tan Sri Abdul Hamid Othman;
Penasihat Khas Hal Ehwal Pembangunan Wanita & Sosial YBhg Dato’ Shahrizat Abdul Jalil.
YAB Perdana Menteri memberi Jawapan berikut:
Penasihat Petronas: RM15,000-00 sebulan (tak termasuk kemudahan yang disediakan saperti kos kakitangan, pejabat, logistic dan lain-lain yang tidak diberikan jumlahnya);
Penasihat Agama Islam: RM27,163 sebulan (dan RM18,643-25 untuk gaji/ elaun kakitangan);
Penasihat Wanita: RM33,727-20 sebulan (tak termasuk gaji/elaun kakitangan yang masih dalam proses kelulusan JPA).
Ini bermakna kos untuk menanggung ketiga-tiga Penasihat ini untuk setahun berjumlah RM1,134,401-40. Ini adalah satu jumlah yang besar untuk menanggung 3 orang Penasihat yang tiada sebarang fungsi ataupun fungsi yang bertindih (duplicate). Sedangkan YAB PM sudah punya Lembaga Pengarah Petronas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bhg. Agama (YB Datuk Dr. Zahid Hamidi) dan Menteri Pembangunan Wanita & Sosial YB Datuk Ng Yen Yen untuk menasihati beliau dalam hal-hal berkaitan. Persoalan pokoknya ialah untuk apa ketiga-tiga Penasihat Lapuk ini dilantik. Apa fungsi dan tugas mereka?!
Saya menegaskan bahawa ini merupakan satu penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat sedangkan kita mendengar rintihan rakyat miskin samada yang disuarakan dalam Parlimen atau diluar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dan jawapan yang diberi biasanya adalah kerana kerajaan tiada peruntukkan.
Sedangkan wang rakyat berjumlah RM1.34j ini boleh menanggung seorang anggota polis selama 12,371 bulan/ atau 1,030 tahun (pada gaji RM900-00 sebulan).
Wang RM1.34j ini boleh membina 36 biji rumah untuk rakyat miskin pada kadar RM25,000-00 sebuah rumah.
Mengapakah perlu wang rakyat sebanyak RM1.34j ini dibazirkan kepada dinasour UMNO, pupusan Wanita UMNO dan golongan pencen UMNO. Tidakkah rakan-rakan komponen UMNO didalam BN terutama dari Sabah & Sarawak berasa amanah rakyat dikhianati dengan pembaziran seumpama ini. Tidakkah kakitangan kerajaan, polis tentera yang menggadai nyawa, guru-guru, pak tani nelayan penoreh getah, orang-orang kampong berasa terhina dengan pembaziran wang sebegini banyak hanya untuk memenuhi nafsu serakah politik UMNO yang menggunakan wang rakyat seolah-olah wang makbapak mereka!
Kita berdoa semoga rakyat tidak kira apa bangsa dan agama akan celik mata melihat sandiwara keangkuhan dan kesombongan rejim UMNO/BN ini. Semoga suara rakyat akan bangkit untuk mendapatkan kebenaran & keadilan dan menghapuskan rejim UMNO/ BN ini.
Yang memperjuangkan hak rakyat
Zulkifli bin Noordin
Khamis: 02 Jamadil Akhir 1429 / 08 Mei 2008
No comments:
Post a Comment