Wednesday, 19 September 2007

Seminggu sudah

Well, hari ini 7 Ramadhan sudah. Antara sedar dengan tidak, rupanya Ramadhan sudah bernasur-ansur meninggalkan umat manusia. Beruntunglah orang yang mengisi Ramadhan ini dengan bekal yang baik untuk di bawa dalam perjalanan hidup ini. Bagi yang masih mencari2 pengisian Ramadhan, mungkin sudah kerugian seminggu ini. Bagi yang langsung tidak menyedari bahawa bulan Ramadhan ini penuh dengan keberkatan, mungkin tidak akan menyedarinya sampai bila-bila.

Hari ini sungguh terasa keletihan. Entahlah, mungkin kerana kandungan yang sudah semakin berat terasa. Mungkin juga kerana aktiviti semalam yang agak berat berbanding hari2 sebelumnya. Atau mungkin juga rentetan makan sahur yang berlebihan kerana mahu mengurangkan pembaziran. Alhamdulilah, kerana keletihan itu dapatlah bagi alasan pada diri sendiri untuk pulang ke rumah dan menelaah internet setelah hampir seminggu tidak dapat menyusuri internet di Taska. Nampaknya tuan punya wireless network tidak lagi membenarkan kami menggunakan networknya. Elok juga, tak dapatlah zaed meneruskan rutinnya dengan cbeebies lagi.

Berpeluang meneliti gambar2 AGM alumni baru2 ini. Ada muka2 yang dikenali, ada juga ramai yang tidak. Sedih juga kerana keinginan untuk bersama2 tidak dapat dipenuhi. Insya Allah, jika berpeluang tahun2 depan pastinya tidak akan dilepaskan. Berdoa sahajalah semuga dapat bertemu sahabat2 lama. Memang seronok dapat jumpa sahabat2 lama. Rindu sangat2 nak jumpa, mengupdate cerita ceriti.. Anak2 pun sudah besar panjang.

2 malam sudah, doktor dapat berita bahawa rombongan amal akan bertolak ke Padang, Sumatera ahad ini. Khidmatnya diperlukan. Penerbangan balik dijangkakan Khamis. Entahlah, tak tahu apa perasaan di hati.. Tak tahu apa yang hendak dirasa.. Betul, memang dah selalu ditinggalkan, sepatutnya tak perlu rasa apa2. Tapikan yang hendak pergi itu kekasih hati.. insan yang paling dekat dihati. Bimbang sekiranya itu kali terakhir bersama.. Bimbang perginya tak kembali.. Hati isteri mana yang tidak gusar apabila ditinggalkan. Kebetulan dalam keadaan berbadan dua ini. Fizikal yang tidak mantap, emosi yang tidak stabil.. Aduh, ujianMu Allah!! Pasrah Ya Allah. Semuga perjalanannya dipermudahkan. Hanya padaMu Allah kupohonkan perlindungan, semuga umur kami diperpanjangkan untuk bertemu semula setelah dipisahkan. Engkau sebaik-baik perancang ya Allah. HambaMu mohon kekuatan dan kesabaran ya Allah. Tabahkan hati ini ya Allah, tuhan yang Maha Kuasa lagi yang Maha Agung.

No comments: