Saturday, 22 September 2007

Lagi pasal Nurin

Kanak2 perempuan berusia 8 tahun yang hilang dari rumah sebulan yang lalu, kini diakui polis telah dijumpai dengan terjumpanya mayat kanak2 perempuan di dalam beg di PJ. Laporan Utusan menyatakan walaupun pada mulanya ibubapa kanak2 tersebut tidak mengakui mayat tersebut adalah Nurin ketika kali pertama diminta polis untuk mengecam mayat tersebut, akhiranya bapa Nurin dilaporkan telah pergi ke HKL untuk menuntut mayat tersebut.

Di petik dari Utusan Online 22 Sept 2007;

"Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen Satu, Wangsa Maju di sini.
Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas.
Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria, dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematian kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu yang ditemui mati berkeadaan kurus kering selain mempunyai pelbagai kesan lebam pada badannya."

Namun terdapat beberapa kecelaruan pada kes ini. Pihak polis telah dipersoalkan oleh beberapa pihak di atas beberapa insiden yang berkaitan dari bermulanya kes kehilangan Nurin sehinggalah kepada terjumpanya mayat kanak2 di dalam beg. Kemudian insiden pengecaman mayat kanak2 tersebut kepadalah persetujuan bapa Nurin untuk menuntut mayat tersebut dan dikebumikan dipusara yang dinamakan dengan Nurin.

Dunia hari ini semakin celaru.. Manusia boleh berbuat apa saja. Yang berkuasa akan terus mengekalkan kuasa, yang kuat akan terus menindas, yang jahat akan terus melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.. Sampai bila? Ibubapa dipersalahkan 100% di atas kehilangan anak mereka sehingga perlu di bawa ke muka keadilan. Apa kah ada keadilan di situ? Sedangkan yang melakukan kejahatan masih lagi lepas bebas dan mungkin sedang merancang satu lagi kejahatan atau pun sedang melakukannya, hanya Allah sahaja yang tahu..

Hati ibubapa mana yang akan tenang mengetahui si pelaku kejahatan masih lagi lepas dan bebas untuk melakukan kejahatannya.. Akan pasti lebih ramai yang akan berani untuk melakukan kejahatan dan keburukan di muka bumi ini selagi yang melakukan kejahatan ini merasa yakin bahawa mereka tidak akan dihukum, akan sentiasa terlepas dari hukuman...

Oh ya Allah, begitu terseksa rasanya kehidupan di duni hari ini.. Selagi manusia tidak yakin akan adanya Allah, selagi manusia tidak yakin adanya Al Quran, selagi manusia tidak yakin adanya malaikat, selagi manusia tidak yakin adanya pahala dan dosa, selagi manusia tidak yakin adanya syurga neraka.. Selagi itulah dunia ini tidak akan aman...

No comments: