Mayat seorang anak gadis kecil yang dijumpai di dalam beg dalam keadaan yang sangat aib, disahkan melalui DNA test sebagai Nurin yang hilang sebulan yang lalu. Tak disangka, berita seperti ini muncul di Malaysia, tanah airku yang menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke50. Malang, sungguh malang bagi rakyat Malaysia.. Berita yang sangat mengejutkan. Tak dapat nak digambarkan oleh perasaan seorang ibu yang juga punya anak berumur 8 tahun. Sudahlah sedih kehilangan selama sebulan, berakhir pula dengan penemuan mayat dalam keadaan yang sebegitu. Sudah pastinya bagai disiat2 hati dan perasaan seorang ibu. Hanya doa yang dapat ku titipkan buat si ibu dan keluarga, semuga tabah menerima segalanya sebagai takdir dari Yang Maha Kuasa.
Menerima panggilan dari seorang sahabat bertanyakan doktor, yang memilih untuk berjemaah terawih pada malam ini. Rupa2nya meminta suamiku menziarahi ibunya yang dirasakan sudah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia hanya mahu seseorang yang boleh memastikan apa yang diyakini benar2 berlaku. Dia pasrah. Ibunya sudah lama sakit. Memang menunggu masa untuk dijemput ke alam yang pasti yang abadi. Ya Allah, muga rohnya terkumpul bersama mereka yang Engkau janjikan syurga.
Aku? Pastinya sebuah tazkirah bagi yang hidup pabila menerima berita ini. Yang tua itu sudah pasti menunggu masanya, bagi yang masih muda seperti diri ini.. Masih adakah esok bagiku? Entahlah.. Hanya Allah yang tahu. Apa pun yang berlaku esok, moga ianya lebih baik dari hari ini.
No comments:
Post a Comment