Pengasuh Taska bertambah seorang lagi. Alhamdulilah, biarpun kos operasi bertambah namun sekurang-kurangnya apabila Taska ditinggalkan, tidaklah pengasuh yang seorang itu keletihan melayan kanak-kanak seramai 5 orang itu.
Diary semalam agak sibuk. Meninggalkan taska untuk tujuan promosi dengan berbekalkan pamphlet dan business kad. Sekolah Kebangsaan Ismail 3, Sekolah rendah Kota, Sekolah rendah Seri Kota dan sekolah menengah Kota telah sempat diziarahi. Alhamdulilah, mendapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah. Masing-masing berjanji untuk menampal bahan2 promosi di bilik guru. Terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang diberikan. Sempat juga berbual2 dengan beberapa orang guru. Walaupun kebanyakannya tidak memerlukan perkhidmatan Taska, namun ku anggap setiap manusia itu berpotensi untuk menjadi pelanggan.
Letih, memang terasa. Namun dicelah-celah kesibukan itu masih terasa kehilangan. Rindu... Di saat-saat sokongan dan dorongan diperlukan demi memberikan kekuatan, namun demi suatu perjuangan perasaan itu perlu ditahan. Tersimpan kemas di dalam dada. Hanya mampu tersenyum walaupun hati tidak bisa membohongi diri. Allah sahaja yang tahu..
No comments:
Post a Comment