Wednesday, 26 September 2007

hari ini 26hb Sept

i. 32 tahun masehi yang lepas, seorang ibu kesakitan kerana hampir melahirkan seorang puteridi bandar nun jauh ke selatan tanahair. Kesakitan yang amat, akhirnya lahirlah seorang puteri yang comel. Menangislah dia kerana dilahirkan ke alam yang penuh dengan segala kebaikan dan keburukan..
Kini, sudah 32 tahun masehi kehidupan, Alhamdulilah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan yang entah bila akan berkesudahan. Tak lupa juga kepada Masni, sahabat yang ditemukan di bumi Cardiff. Dilahirkan pada tanggal tarikh yang sama. Kak Sarenawati juga, 35 tahun masehi yang lepas telah ditakdirkan Allah lahir ke muka bumi ini. Di antara sahabat2 yang bersama2 menyambut tarikh kelahiran yang sama, mengenangkan perjuangan kehidupan yang penuh liku, pahit dan manis, samada yang dirasai bersama, dikongsi bersama mahupun yang banyaknya dilalui sendirian. Bersyukurlah kita kerana masih diberikan sisa2 hidup untuk mengumpulkan bekalan demi perjuangan yang kekal kelak. Semuga kita tabah dalam mengharunginya..




ii. Masih menanti, menantikan sebuah kepulangan. Pedih berpisah, tak siapa yang mengerti kecuali yang merasai. Berita dari AmalMalaysia.net
25-09-2007 10:06:15 PM
23 September 2007 (AMAL) – Bandar Padang Sumatera, Indonesia satu lagi destinasi Sukarelawan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) turun padang untuk menabur bakti kepada mangsa-mangsa gempa bumi baru-baru ini. Pasukan Misi Kemanusiaan AMAL yang di ketuai oleh Presiden AMAL, Tuan Hj Husin Ismail dengan di sertai oleh Timbalan Presiden, Sdr Jamuliddin Elias, Naib Presiden 1 Dr. Abd Rani Osman yang juga Ketua Biro Kemanusiaan AMAL, Naib Presiden 2 Dr. Hamdan yang juga Ketua Biro Perubatan AMAL, Ketua Setiausaha Sdr Hamid Seman, Dr Rosli (AMAL Kelantan), Dr. Mahayuddin (AMAL Kedah), Sdr Johari A.Wahid (AMAL Pahang) dan beberapa lagi sukarelawan yang turut serta dalam misi kemanusiaan kali ini.
Misi kali ini bermula dari 23hb hingga 27hb September 2007. Setelah tiba di Airport Padang , pasukan ini akan bergerak ke Bandar Bangkulu iaitu lebih kurang 13 jam perjalanan dari Bandar Padang. Pasukan ini yang terdiri dari 4 orang doktor serta berbekalkan ubat-ubatan dan beberapa peralatan perubatan asas, mereka telah mengorbankan masa dan tenaga lebih-lebih lagi cabaran getir di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Semoga usaha-usaha murni ini mendapat keredhaan Allah swt. dan sokongan yang berterusan dari orang-ramai terutama rakyat Malaysia yang sentiasa ingin membantu orang-orang yang dalam kesusahan iaitu mangsa-mangsa gempa bumi di Sumatera , Indonesia . Marilah kita berdoa agar misi kali ini berjaya mencapai objektifnya.
Jika anda perihatin dan ingin bersama membantu, sila melalui :

Yayasan Amal Malaysia bank account :-

Maybank : 553010122090

or Bank Muamalat : 13-010-002499715

or SHBC (International) : 001-057884-021





Insya Allah, jika dipanjangkan umur dapatlah bertemu. Sungguh hati mana yang tidak resah. Namun demi sebuah perjuangan, ku redha dengan ketentuan yang telah ku pilih.




11 tahun yang lalu, cadangan seorang sahabat agar kami disatukan di atas nama Bait Muslim ku terima dengan hati lapang dan terbuka. Bukan atas dasar rupa, pangkat, jauh sekali harta.. hanya satu yang kuharapkan, biarlah rumahtangga yang terbina ini atas dasar keimanan dan menuju ke arah darul sakinah, dipenuhi rahmah dan mawaddah. Sesungguhnya aku bertekad meletakkan cinta Ilahi sebagai asas kepada cintaku kepada hamba Allah yang satu ini. Selagi hayat dikandung badan, tiada yang lain bertakhta di hati.. Aku mahu bergelar isteri pejuang. Aku juga mahu bergelar pejuang.. Maka, berjuanglah aku.. Berjuang memerlukan kesabaran, memerlukan kekuatan, memerlukan ujian.. semakin hebat berjuang, semakin kuat ujian, semakin hebat pula keperluan kesabaran.




Biarpun pahit kehidupan tidak dinafi, namun bersyukur kepada Allah di atas segala yang manis itu lebih banyak kebaikkannya. Hidup sebagai manusia, membuatkan kita menerima hakikat bahawa tiada yang sempurna di alam fana' ini. Yang Maha Sempurna itu milik Yang Maha Esa. Makanya, bersyukurlah dengan apa yang ada. Setiap yang buruk itu ada kebaikan, dan di sebalik penderitaan itu ada kebahagiaan. Belajar menghargai pemberian Allah, samada yang dirasakan itu baik mahupun buruk.

Monday, 24 September 2007

Catatan Hari ini


Alhamdulilah, hari ini hari ke 12 berpuasa. Setakat ini kakak cukup puasa. Cuma abang Ngah yang sudah ponteng sehari. Setakat ini, ummi masih berupaya bangun sahur demi anak2 tersayang. Bimbang sekiranya tidak dikejutkan untuk sahur, akan ada alasan untuk tidak berpuasa hari tersebut. Biarpun letih, sesekali diulit perasaan malas untuk bangun.. namun digagahkan juga diri ini untuk bersahur bersama anak2.


Masuk hari ke2, kekasih hati berada nun diseberang laut. Demi cintanya kepada dakwah dan melakukan kebajikan kepada ummat manusia, lebih2 lagi yang memerlukan bantuan selepas ditimpa bencana gempa bumi. Seharusnya aku bangga mempunyai suami yang begitu perhatin kepada kesusahan orang lain. Sebagai isteri seorang pejuang, seharusnya aku menjadi penguat semangat suami untuk terus melakukan kebajikan. Sentiasa mendorong agar suami sentiasa terkehadapan dalam memperjuangkan agama.

Aku juga wajib memastikan diriku dan anak2 sentiasa sihat dan selamat. Aku juga wajib memastikan ibadah2ku juga terjaga demi menghindarkan diriku dan anak2 dari anasir2 luar yang bisa mengugat kerukunan rumahtangga kami. Selallu ditinggalkan, membuatkan isteri berasa kosong.. namun kekuatan harus dicari dari sumber yang sebenar.. Takutkan Allah, itu yang penting. Mengingatkan kasih sayang Allah itu lebih berharga dari segalanya, insya Allah ketenangan itu akan hadir dengan sendiri..
p/s yang mana satu.. idaman kalbu..

Respon tentang Nurin

Saya petik respon seorang pengunjung ke laman weblog Saifulislam.com terhadap entry yang berkaitan dengan insiden adik Nurin. Semoga menjadi penghayatan buat kita bersama, ke arah melahirkan institusi keluarga yang lebih mantap..

Apakan peranan kita sebagai seorang ibu?
Patutkah kita menyalahkan diri kita sendiri?
Kajilah sikap diri kita terhadap anak-anak.

Apakan kasih saying yang kita berikan untuk anak-anak itu ikhlas kerana Allah?
Atau kita mengharapkan balasan yang berupa kebendaan bila mereka dewasa nanti!
Apakan kita memberikan pendidikan yang seimbang kepada anak-anak?
Atau kita mementingkan pendidikan akedemik dari pendidikan rohani
Apakah kita mendidik anak-anak untuk mengenal Allah?
Atau kita medidik mereka untuk lupakanNya degan kesibukan dunia!
Apakah kita bertanggung jawab mendidik anak-anak kerana Allah akan menanya kita di akhirat kelak?
Atau kita serahkan kepada pembantu, guru-guru dan yang lain!
Apakah kita memberi perhatian apabila mereka berbicara kepada kita?
Atau kita tidak mengindahkan mereka dengan kata-kata pergi tanya ayah sebab ibu sibuk ni!Apakan kita menanamkan keimanan dalam hati anak-anak?
Atau kita menanam kemungkaran sehingga mereka menolak fitrah!
Apakan kita meluangkan waktu untuk bermain-main dengan anak-anak?
Atau kita menyuruh mereka pergi bermain dengan video game yang bertemakan keganasan!Apakah kita meyedarkan anak-anak dengan dasar-dasar akhlak yang mulia?
Atau kita serahkan kepada TV untuk menerap dasar-dasar yang tidak bermoral!
Apakah kita mengamalkan berdoa untuk anak-anak?
Atau kita lalai atau kurang berdoa untuk mereka!
Apakah kita memberi motivasi atau dorongan yang positif kepada anak-anak?
Atau kita menakutkan mereka dengan kekerasan dan paksaan!
Apakah kita menegur anak-anak dengan penuh kasih saying?
Atau dengan mengeluarkan kata-kata kasar dan makian!
Apakan kita membersihkan hati anak-anak kita daripada sifat yang keji?
Atau kita kotorinya dengan sifat-sifat yang keji1
Apakah kita menunjukkan penampilan diri yang bersesuaian dangan syarak kepada anak-anak?Atau kita berpakaian seksi dihadapan mereka!
Apakah kita menanam rasa cinta dan takut kepada Allah dan cinta akhirat dalam hati anak-anak?
Atau kita tanam dengan sifat remeh cintakan dunia yang tidak mempunyai nilai apa-apa!
Kajilah diri sendiri dan buatlah perubahan sikap kerana anak-anak akan mencerminkan pribadi kita nanti…


Buat yang membaca.. dubia hari ini sudah tenat. Manusia di dalamnya juga begitu. Semakin hari semakin kronik sakitnya. Hanya menunggu ajal.. Maka persiapkanlah diri dengan bekal apa yang ada demi sebuah perjalanan yang abadi..

Saturday, 22 September 2007

Lagi pasal Nurin

Kanak2 perempuan berusia 8 tahun yang hilang dari rumah sebulan yang lalu, kini diakui polis telah dijumpai dengan terjumpanya mayat kanak2 perempuan di dalam beg di PJ. Laporan Utusan menyatakan walaupun pada mulanya ibubapa kanak2 tersebut tidak mengakui mayat tersebut adalah Nurin ketika kali pertama diminta polis untuk mengecam mayat tersebut, akhiranya bapa Nurin dilaporkan telah pergi ke HKL untuk menuntut mayat tersebut.

Di petik dari Utusan Online 22 Sept 2007;

"Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen Satu, Wangsa Maju di sini.
Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas.
Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria, dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematian kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu yang ditemui mati berkeadaan kurus kering selain mempunyai pelbagai kesan lebam pada badannya."

Namun terdapat beberapa kecelaruan pada kes ini. Pihak polis telah dipersoalkan oleh beberapa pihak di atas beberapa insiden yang berkaitan dari bermulanya kes kehilangan Nurin sehinggalah kepada terjumpanya mayat kanak2 di dalam beg. Kemudian insiden pengecaman mayat kanak2 tersebut kepadalah persetujuan bapa Nurin untuk menuntut mayat tersebut dan dikebumikan dipusara yang dinamakan dengan Nurin.

Dunia hari ini semakin celaru.. Manusia boleh berbuat apa saja. Yang berkuasa akan terus mengekalkan kuasa, yang kuat akan terus menindas, yang jahat akan terus melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.. Sampai bila? Ibubapa dipersalahkan 100% di atas kehilangan anak mereka sehingga perlu di bawa ke muka keadilan. Apa kah ada keadilan di situ? Sedangkan yang melakukan kejahatan masih lagi lepas bebas dan mungkin sedang merancang satu lagi kejahatan atau pun sedang melakukannya, hanya Allah sahaja yang tahu..

Hati ibubapa mana yang akan tenang mengetahui si pelaku kejahatan masih lagi lepas dan bebas untuk melakukan kejahatannya.. Akan pasti lebih ramai yang akan berani untuk melakukan kejahatan dan keburukan di muka bumi ini selagi yang melakukan kejahatan ini merasa yakin bahawa mereka tidak akan dihukum, akan sentiasa terlepas dari hukuman...

Oh ya Allah, begitu terseksa rasanya kehidupan di duni hari ini.. Selagi manusia tidak yakin akan adanya Allah, selagi manusia tidak yakin adanya Al Quran, selagi manusia tidak yakin adanya malaikat, selagi manusia tidak yakin adanya pahala dan dosa, selagi manusia tidak yakin adanya syurga neraka.. Selagi itulah dunia ini tidak akan aman...

Thursday, 20 September 2007

catatan hari ini

Mayat seorang anak gadis kecil yang dijumpai di dalam beg dalam keadaan yang sangat aib, disahkan melalui DNA test sebagai Nurin yang hilang sebulan yang lalu. Tak disangka, berita seperti ini muncul di Malaysia, tanah airku yang menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke50. Malang, sungguh malang bagi rakyat Malaysia.. Berita yang sangat mengejutkan. Tak dapat nak digambarkan oleh perasaan seorang ibu yang juga punya anak berumur 8 tahun. Sudahlah sedih kehilangan selama sebulan, berakhir pula dengan penemuan mayat dalam keadaan yang sebegitu. Sudah pastinya bagai disiat2 hati dan perasaan seorang ibu. Hanya doa yang dapat ku titipkan buat si ibu dan keluarga, semuga tabah menerima segalanya sebagai takdir dari Yang Maha Kuasa.

Menerima panggilan dari seorang sahabat bertanyakan doktor, yang memilih untuk berjemaah terawih pada malam ini. Rupa2nya meminta suamiku menziarahi ibunya yang dirasakan sudah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia hanya mahu seseorang yang boleh memastikan apa yang diyakini benar2 berlaku. Dia pasrah. Ibunya sudah lama sakit. Memang menunggu masa untuk dijemput ke alam yang pasti yang abadi. Ya Allah, muga rohnya terkumpul bersama mereka yang Engkau janjikan syurga.

Aku? Pastinya sebuah tazkirah bagi yang hidup pabila menerima berita ini. Yang tua itu sudah pasti menunggu masanya, bagi yang masih muda seperti diri ini.. Masih adakah esok bagiku? Entahlah.. Hanya Allah yang tahu. Apa pun yang berlaku esok, moga ianya lebih baik dari hari ini.

Wednesday, 19 September 2007

Seminggu sudah

Well, hari ini 7 Ramadhan sudah. Antara sedar dengan tidak, rupanya Ramadhan sudah bernasur-ansur meninggalkan umat manusia. Beruntunglah orang yang mengisi Ramadhan ini dengan bekal yang baik untuk di bawa dalam perjalanan hidup ini. Bagi yang masih mencari2 pengisian Ramadhan, mungkin sudah kerugian seminggu ini. Bagi yang langsung tidak menyedari bahawa bulan Ramadhan ini penuh dengan keberkatan, mungkin tidak akan menyedarinya sampai bila-bila.

Hari ini sungguh terasa keletihan. Entahlah, mungkin kerana kandungan yang sudah semakin berat terasa. Mungkin juga kerana aktiviti semalam yang agak berat berbanding hari2 sebelumnya. Atau mungkin juga rentetan makan sahur yang berlebihan kerana mahu mengurangkan pembaziran. Alhamdulilah, kerana keletihan itu dapatlah bagi alasan pada diri sendiri untuk pulang ke rumah dan menelaah internet setelah hampir seminggu tidak dapat menyusuri internet di Taska. Nampaknya tuan punya wireless network tidak lagi membenarkan kami menggunakan networknya. Elok juga, tak dapatlah zaed meneruskan rutinnya dengan cbeebies lagi.

Berpeluang meneliti gambar2 AGM alumni baru2 ini. Ada muka2 yang dikenali, ada juga ramai yang tidak. Sedih juga kerana keinginan untuk bersama2 tidak dapat dipenuhi. Insya Allah, jika berpeluang tahun2 depan pastinya tidak akan dilepaskan. Berdoa sahajalah semuga dapat bertemu sahabat2 lama. Memang seronok dapat jumpa sahabat2 lama. Rindu sangat2 nak jumpa, mengupdate cerita ceriti.. Anak2 pun sudah besar panjang.

2 malam sudah, doktor dapat berita bahawa rombongan amal akan bertolak ke Padang, Sumatera ahad ini. Khidmatnya diperlukan. Penerbangan balik dijangkakan Khamis. Entahlah, tak tahu apa perasaan di hati.. Tak tahu apa yang hendak dirasa.. Betul, memang dah selalu ditinggalkan, sepatutnya tak perlu rasa apa2. Tapikan yang hendak pergi itu kekasih hati.. insan yang paling dekat dihati. Bimbang sekiranya itu kali terakhir bersama.. Bimbang perginya tak kembali.. Hati isteri mana yang tidak gusar apabila ditinggalkan. Kebetulan dalam keadaan berbadan dua ini. Fizikal yang tidak mantap, emosi yang tidak stabil.. Aduh, ujianMu Allah!! Pasrah Ya Allah. Semuga perjalanannya dipermudahkan. Hanya padaMu Allah kupohonkan perlindungan, semuga umur kami diperpanjangkan untuk bertemu semula setelah dipisahkan. Engkau sebaik-baik perancang ya Allah. HambaMu mohon kekuatan dan kesabaran ya Allah. Tabahkan hati ini ya Allah, tuhan yang Maha Kuasa lagi yang Maha Agung.

Wednesday, 12 September 2007

Mubarak Ramadhan

Alhamdulilah, esok umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Sesungguhnya hati ini telah berdoa pada ramadhan yang lepas untuk dapat bertemu Ramadhan tahun ini. Insya Allah, sekiranya umur ini masih panjang, malam ini dapatlah berterawih sebagai menyambut Ramadhan yang mulia ini.



Alhamdulilah juga, warga Murni Minda bertambah 2 orang lagi. Biarpun memilih package yang paling murah, setidak2nya mad'u telah bertambah. Makanya bertambahlah tanggungjawab. Insya Allah, amanah yang diberikan akan dijaga sebaiknya.



Takut sebenarnya menghadapi Ramadhan kali ini. Bimbang.. Ramadhan ini bulan ujian. Takut2 ujian yang diberi tidak tertanggung.

Tuesday, 4 September 2007

visitors again..


Alhamdulilah, mak dan abah selamat sampai di Johor. Semalam dapat berita, ngah dan suami mahu melawat anak2 saudara di KB. Tak tergambar kegembiraan masing2 bila diberitahu akan berita kedatangan mak ngah dan pak ngah. Mesti seronok setelah hampir sebulan lebih tidak berjumpa. Kali terakhir turun ke KL, pertengahan Julai dan sempat menziarahi saudara mara di Zoo Negara.


Ngah, satu2nya kakak yang begitu perihatin dan mengambil berat mengenai kehidupan kami. Terlalu banyak budi yang telah dicurahkan, dari kehidupan single sehinggalah kini telah berkeluarga dan beranak 5. Dia tidak jemu2 menghulurkan beberapa ringgit untuk belanja kami anak-beranak. Malu? Entahlah.. rezeki dari Allah. Apatah lagi dari kakak sendiri yang memang Allah kurniakan kelebihan dari segi wang ringgit.


Aku sentiasa mendoakan semuga Ngah diberi petunjuk dan hidayah Allah untuk menjadi insan yang lebih baik dari dirinya sekarang. Semuga Allah menggerakkan hatinya untuk menjadi seorang hamba Allah yang patuh kepada perintah2Nya dan menjauhi larangannya. Tak mahu amalan kebaikannya disia2kan. Ya Allah, kasihanilah kakak dan keluargaku. Semuga mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi.. Amin!

rindu di celah-celah kesibukan

Pengasuh Taska bertambah seorang lagi. Alhamdulilah, biarpun kos operasi bertambah namun sekurang-kurangnya apabila Taska ditinggalkan, tidaklah pengasuh yang seorang itu keletihan melayan kanak-kanak seramai 5 orang itu.

Diary semalam agak sibuk. Meninggalkan taska untuk tujuan promosi dengan berbekalkan pamphlet dan business kad. Sekolah Kebangsaan Ismail 3, Sekolah rendah Kota, Sekolah rendah Seri Kota dan sekolah menengah Kota telah sempat diziarahi. Alhamdulilah, mendapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah. Masing-masing berjanji untuk menampal bahan2 promosi di bilik guru. Terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang diberikan. Sempat juga berbual2 dengan beberapa orang guru. Walaupun kebanyakannya tidak memerlukan perkhidmatan Taska, namun ku anggap setiap manusia itu berpotensi untuk menjadi pelanggan.

Letih, memang terasa. Namun dicelah-celah kesibukan itu masih terasa kehilangan. Rindu... Di saat-saat sokongan dan dorongan diperlukan demi memberikan kekuatan, namun demi suatu perjuangan perasaan itu perlu ditahan. Tersimpan kemas di dalam dada. Hanya mampu tersenyum walaupun hati tidak bisa membohongi diri. Allah sahaja yang tahu..

Sunday, 2 September 2007

1st day

Alhamdulilah, akhirnya beroperasilah Taska Murni Minda. Dengan berbekalkan seorang pengasuh dan 2 orang kanak-kanak, hari pertama berjalan dengan lancar disebalik kedatangan pekerja dari Majlis Pemulihan Orang Kurang Upaya bagi memasang pagar kayu, rak dinding dan sebuah rak buku kanak-kanak.

Mak dan abah setelah 13 hari di Kota Bharu akhirnya menarik nafas lega kerana dapat pulang ke Johor dengan hati yang agak lega. Abah begitu sibuk seminggu lalu, membantu menyiapkan beberapa perkara di Taska. Semuga Allah memurahkan rezekinya dan memberikan kesihatan yang baik buatnya.

Doktor seperti yang dijadualkan bertolak ke Sabah dengan menaiki kapal terbang. Lebih kurang pukul 1030pg, dia ku hantar ke Akademi Pembangunan Keluarga. Semuga pemergiannya menjadi ibadah dan dibalas Allah dengan balasan yang sebaiknya. Juga mohon ALlah permudahkan urusan pemergian dan kepulangannya.