Thursday, 31 January 2008

Kenangan..

Hari itu aku menangis teresak-esak. Di atas katil sendirian. Sehingga tertidur.. Aku tersedar apabila terasa mak mengusap betisku yang biru dipukul dengan penyapu. Aku buat-buat tidur. Namun dapat kurasa kekesalan di hati mak kerana memukul aku. Aku tidak ingat kenapa aku dipukul begitu namun ku yakin kini, kenangan itu pasti punya hikmah tersendiri dan mak punya alasan kenapa aku diperlakukan begitu.

Mak memang garang. Mak seorang suri rumah. Namun ketika ada peluang dia akan bekerja mengambil upah mengemas rumah orang di Singapura. Hidup kami amat sederhana semasa aku kecil. Aku sangat takut kepada mak. Bila mak marah, akan pasti ada sakit. Bukan setakat sakit hati, begitu juga sakit tubuh badan.

Pernah suatu ketika apabila aku dimarahi, aku minta pada Allah supaya mendatangkan kesakitan buat ku. Aku sedih dimarahi dan merasakan mak tak suka pada aku. Aku minta Allah beri penyakit agar mak tak akan marah aku lagi. Aku akan dapat perhatian yang baik dari mak, along, angah dan semua orang... Tapi Allah tak makbulkan doa ku.

Sampai hari ini Alhamdulilah, aku sihat. Tidak pernah ada penyakit. Aku hanya perlukan doktor semasa mengandung dan bersalin. Selain daripada itu, doktor hanya merawat anak-anak dan bukan diri ku.

Point yang aku nak timbulkan kat sini, sebagai manusia kita semua berkehendak kepada perhatian. Cuba lihat anak-anak kecil di nursery mahupun di tadika. Kalau ada orang baru datnag, masing2 akan cuba mendakap kaki mahupun tangan demi mengharapkan perhatian. Begitu juga anak-anak sendiri.. Lihat sahaja kelakuan mereka apabila ibu atau ayah membuka pintu selepas balik dari sesuatu tempat. Masing-masing menyerbu ke pintu, kerana apa? Kerana mahukan PERHATIAN.

Itu anak-anak kecil. Macamana pula masalah sosial yang melanda masyarakat kita hari ini? Remaja melakukan maksiat tanpa segan silu, terjebak dengan masalah dadah.. bukankah itu asalnya kerana mahukan perhatian. Anak-anak remaja yang tidak mendapat perhatian di rumah, mencari perhatian di luar rumah. Alhamdulilah sekiranya mereka pandai mengawal diri dalam mencari perhatian yang baik dan positif, tetapi jatidiri remaja kita hari ini sudah musnah kebanyakkannya menyebabkan mereka terjebak dalam masalah sosial yang parah.

No comments: