Sedang aku melayari blog-blog yang ada di internet, aku terjumpa satu artikel yang menarik perhatian. Tajuknya 'Lelaki dan Kepompong Kupu-kupu'. Sungguh indah kiasan yang diberi. Sungguh menepati apa yang hendak cuba disampaikan. Artikel ini boleh dibaca keseluruhannya di sini http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/12/28/lelaki-dan-kepompong-kupu-kupu/
Sebahagian yang sangat-sangat menarik perhatianku, aku petik untuk sesiapa yang malas untuk ke link di atas..
Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.
Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…
Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..
Kita memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.
Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.
Kita memohon cinta…
Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.
Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…
Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.
Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…
Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?
Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.
Ini mengingatkan aku pada sms seorang teman,
Jika doamu dimakbulkan, tanda Allah menyayangimu.
Jika doamu lambat dimakbulkan, tanda Allah ingin mengujimu.
Jika doamu tidak dimakbulkan, tanda Allah merancang yang terbaik untukmu..
No comments:
Post a Comment