Friday, 4 January 2008

Lelaki vs Perempuan (chapter 2)

Heboh kes Menteri (pada hari ini sudah bergelar bekas menteri) di Kementerian Kesihatan terlibat dalam skandal seks luar nikah. Biarpun bekas menteri tersebut bukan seorang muslim, saya melihat isu ini melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita yang mana sekiranya dilakukan oleh orang islam dan negara menjalankan hukum hudud, sudah pastilah mereka ini akan dihukum sewajarnya memandangkan bukti yang cukup jelas.

Hari isnin baru-baru ini, rumah kami kebanjiran dan 2 buah kotak yang sarat dengan koleksi buku-buku kami telah basah. Makanya terpaksa dikeluarkan dari kotak untuk proses pengeringan. 2 hari lepas mata ini terpaku kepada isi sebuah buku yang mana mukasuratnya terbuka kerana dibuka untuk dikeringkan.

Buku itu tajuknya Lelaki Soleh - martabat & perwatakan serta sifat-sifatnya. Hasil karya Abu Mohd Jibril Abdul Rahman. Pada mukasurat 140-141 yang terbuka itu disentuh tentang perkaitan lelaki dan perempuan.

Ayat Al Quran yang dipetik dari mukasurat 139 buku tersebut bermaksud

'Dan dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik.' (Ali Imran 14)

Wanita menjuarai fitnah dunia dan hasilnya wanita menjadi pokok sumber malapetaka yang terbesar.

Hadis nabi yang juga dipetik dari buku tersebut, 'takutlah terhadap fitnah dunia dan fitnah wanita. Sesungguhnya fitnah yang pertama melanda Bani Israil itu telah terjadi dari arah wanita.' (HR Muslim)

'Aku tidak meninggalkan dibelakangku suatu fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki selain fitnah daripada wanita' (HR Bukhari dan Muslim)

Sebagai hamba Allah yang mengaku tunduk dan patuh kepada arahan dari Al Quran dan Rasulullah, sewajibnya kedua2 belah pihak muslimin dan muslimah 'mempersiapkan segala bentuk kekuatan untuk menghadapi gangguan dan godaan yang sentiasa berada di hadapan mata...'

No comments: