Thursday, 10 January 2008

salam MAAL HIJRAH 1429

Alhamdulilah, hari ini 1 Muharram 1429. Tahun baru.. biasanya bila masuk tahun baru orang buat azam baru.. Tak kiralah dah capai azam lama ke tidak, tapi azam tahun baru kena buat. Sepatutnya tahun baru ini kita sebagai orang islam wajib memperbaharui azam demi memenuhi saranan rasulullah.. Sebagai orang islam kita kena lebih baik hari ini dari hari semalam. Jadi kalau apply pada tahun pulak, tahun ini kena jadi orang islam yang lebih baik dari tahun lepas.

Muhasabah diri yang serba dhaif ini, sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang anggota masyarakat dan seorang hamba Allah.. saya perlu memperbaiki diri saya agar saya tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Saya perlu jadi isteri yang lebih baik kepada suami tahun ini berbanding tahun lepas. Saya perlu jadi ibu kepada 6 orang anak yang lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas. Saya juga perlu menjadi seorang ahli masyarakat yang lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas. Saya juga wajib berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas.

Apa pengertian baik tu? Hmm.. Dari sudut saya sebagai seorang isteri dan seorang ibu, teringat emel dari seorang sahabat 2,3 hari lepas. Ada artikel yang di ambil dari blog http://amin1982.wordpress.com/ yang bertajuk Rumahtangga Da'wah dan pembinaan generasi pewaris.

Memang menjadi impian sejak mula berkenalan dengan bakal suami ketika itu, untuk mendirikan sebuah rumahtangga da'wah. Sejak mula-mula menjinakkan diri dengan dakwah melalui program-program keagamaan dan usrah, hati perempuan ini menyimpan cita-cita minta dipertemukan Allah dengan seorang mujahid dan daie yang juga punya impian yang sama untuk mendirikan rumahtangga da'wah ini.



“dan di antara tanda tanda kekuasannya ialah dia menciptakan untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikan Nya di antaramu rasa mawaddah dan rahmah.Sesungguhnya pada yang demikian benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir.“(Surah ar-Rum :21)


Point dari artikel tersebut:

1. Maksud keluarga muslim adalah keluarga yang mendasarkan segala aktivitinya pada pembentukan keluarga yang sesuai dengan syariat Islam.

2. Tujuan terpenting pembentukkan rumahtangga muslim ini iaitu :
a) Mendirikan syariat Allah dalam segala permasalahan rumahtangga.
b) Mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan ruh. (refer ayat 21, Ar Rum. Al-Qurtubi telah mencatatkan komentar ibn Abbas RA mengenai mawaddah,yang dijelaskan bererti ”cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya” dan rahmah pula bermaksud” rahmahnya jangan sampai menderita atau mengalami kesusahan”. )

3. Anak-anak yang dibentuk di dalam suasana mawaddah dan rahmah ini akan menghasilkan peribadi yang bahagia ,yakin diri ,tenteram kasih sayang serta jauh dari kekacauan serta penyakit batin yang melemahkan peribadi.
c) Mewujudkan Sunnah Rasullullah SAW dengan melahirkan anak-anak soleh sehinggakan ummat manusia merasa bangga akan kehadiran kita.
d) Memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak ketidak seimbangan atau ketandusan cinta kasih ini menyebabkan penyimpang akhlaq dan perilaku. 4. Berumahtangga juga bagi seorang daie adalah bertujuan untuk melaksanakan ubudiyah dan bukan untuk menghalangnya. Adalah disedari bahawa terdapat banyak ujian dan fitnah yang terdapat dalam rumahtanggga. Salah satu daripada ciri penting rumahtangga dakwah adalah keseimbangan atau tawazun. Keseimbangan ini adalah :
a)Di antara kecintaan kepada isteri dan anak-anak dengan kecintaan kepada Allah dakwah dan jihad.
b)Diantara kecintaan kepada keselesaan hidup bersama keluarga dengan kesungguhan berdakwah di tengah tengah masyarakatyang sangat mencabar.
c)Diantara kecenderungan untuk memberikan kesenangan hidup keluarga dengan harta benda dengan tuntutan berbelanja ke jalan Allah SWT.
Para du’at perlu melalui dengan bersungguh-sungguh untuk menatijahkan keseimbangan ini kerana ramai para duat yang gugur di perjalanan dakwah kerana kegagalan mereka melahirkan keseimbangan ini dan kegagalan mereka mendidik isteri dan anak-anak untuk menerima serta melaksanakan keseimbangan ini.

5. Rumahtangga dakwah adalah yang terlaksana tarbiyah kepada anggotanya. Bermula dengan pentarbiyyahan isteri dengan menekankan pemilihan atas dasar keimanan dan keislamannya. Ini akan memudahkan para duat mentarbiyyah anak-anak di mana isteri yang telah ditarbiyyah ini akan dapat mentarbiyyah anak-anak ke arah islam dan iman lantas mendukung perjuangan dan dakwah ibu dan bapa mereka.

6. Qudwah hasanah dari ibu bapa adalah kurikulum yang sangat berkesan dalam pentarbiyyahan anak-anak.

No comments: