Friday, 4 January 2008

Tahun Baru.. 2008

Hari ini hari ke4 tahun baru.. Sibuk yang amat dan keletihan, jadi tak sempat nak isi apa2 dalam blog. Apology to all yang menunggu2 khabar berita dari saya. Alhamdulilah, sepanjang minggu ini yang baik, yang kurang baik.. semua ada. Tapi seperti biasa, segala yang berlaku ada hikmahnya dan kita sebagai hamba Allah kena redha dan ambil pengajaran.

Orang kat tempat pemindahan banjir dah pun pulang ke rumah masing-masing dan sibuk menjalankan operasi membersih dan Alhamdulilah, ada juga pihak yang sudi membantu. Adik-adik Nisa' ada juga yang menghulurkan bantuan untuk membersih bangunan awam macam adik-adik ku yang membantu membersihkan PASTI hari isnin lepas.

Yang lucunya, adik2ku ini datang bertandang di waktu petang setelah sepagi kami sekeluarga juga dilanda banjir dalam rumah. Motor pengepam air di dapur bocor pada malam sebelumnya menyebabkan rumah kami banjir dan terpaksa memanggil tuan rumah yang kemudiannya menghantar orang secepatnya untuk membantu.. alhamdulilah, tuan rumah yang perihatin. Semuga Allah merahmatinya.

Minggu ini kami agak sibuk dengan nak mempersiapkan anak-anak yang bakal ke sekolah pada hari rabu. Alhamdulilah, baju-baju sekolah dah siap. Terima kasih tak terhingga kepada kakak ipar kesayanganku yang bersusah payah menjahit baju2 sekolah anak2 sedara, biarpun dalam sarat mengandungnya. Semuga baby perempuannya yang lahir awal 2 minggu pada 31 Disember baru-baru ini menjadi anak yang solehah.

Terharu kerana hikmah suami tidak bekerja kerajaan, dapatlah bantu menguruskan persiapan sekolah anak-anak sedang isteri pula belum habis pantang. Kesian jugak pada baby sekiranya diusung ke hulu dan ke hilir. Setakat ni, baby tak de masalah sangat. Cuma rash dipunggungnya yang masih merah.

Hari rabu, Alhamdulilah baba menguruskan pendaftaran anak-anak. Seronok anak-anak melihat baba menghantar mereka ke sekolah dan bagi pihak ummi pulak, bangga sebab baba mereka sanggup luang masa untuk menguruskan anak-anak. Yelah, sebelum ini isteri tidak berkerjaya, HANYA seorang surirumah. Makanya semua urusan anak-anak diuruskan isteri belaka. Ada hikmah di sebalik kerjaya seorang isteri yang juga seorang ibu, ahli masyarakat dan juga seorang hamba Allah.

Hari Rabu itu juga anak-anak di taska bertambah dari 4 orang kepada 11 orang. Secara jujur, kami di taska gelisah. Manakan tidak, 'comfort zone' kami di ganggu. Kebiasaan kami bersama 4 orang kanak-kanak dan kini bertambah kepada belasan orang.. Alhamdulilah. Biarpun dari segi keuntungan, taska terpaksa menanggung sedikit kos walaupun bilangan budak bertambah.. Namun mengingatkan kerjaya ini melibatkan kebajikan manusia dan bukan keuntungan semata-mata, kenalah kami pihak pengurusan taska redha dan terima seadanya. Insya Allah, kami akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak yang diamanahkan kepada kami. Semuga Allah membantu dan memudahkan urusan. Rabbi Yaseer, wala tu asseer.

No comments: