'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dankuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.' (Ali Imran: 200)
1. Sabar menjana kecemerlangan.
'Talent is long patience' - Gustave Flaubert
Pernah tengok seorang kanak-kanak yang baru belajar berjalan. Biasanya kanak-kanak ini sudah pandai duduk dan merangkak. Dia juga sudah boleh berdiri. Cuba perhatikan berapa kali kanak-kanak ini akan jatuh, duduk, bangun demi membolehkan dia berjalan dengan baik. Kanak-kanak ini tidak akan serik mencuba. Inilah yang dikatakan sabar. Sabar untuk mencuba berkali-kali sehingga akhirnya menghasilkan kecemerlangan apabila yang dihajati berjaya. Seorang ahli sukan memerlukan latihan bagi membolehkan dia mencapai pingat emas yang dihajati. Inilah kesabaran. Dengan kesabaran, kemenangan dapat dikecapi dan kecemerlangan jadi tidak mustahil.
2. Sabar membuktikan kita merupakan makhluk, mengikuti sunatullah seperti kejadian alam yang lain.
'The patience for waiting is possibly the greatest wisdom of all: the wisdom to plant the seed and let the tree bear its fruit.' - John MacEnulty
Tanyalah seorang petani. Biji benih yang ditanam hari ini tidak membuahkan hasil hari esok. Benih itu perlu dibaja, disiram dengan air dan memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Begitupun, petani tersebut tidak dapat menentukan dengan tepat bilakah waktu menuai akan tiba. 'Dalam 2,3 bulan lagi boleh lah kutip hasil..' begitulah yang boleh dijawab oleh petani tersebut. Apabila cukup tempohnya, maka masaklah buahnya. Cycles of nature atau kitaran alam adalah sunatullah. Proses tersebut memerlukan masa. Hanya dengan sabar, masa itu boleh dibiarkan berlalu.
Tinggal di negara yang mempunyai 4 musim menyedarkan kita bahawa manusia juga melalui proses yang sama. Musim bunga menjanjikan sesuatu yang menarik dan segar apabila kita dihadapkan dengan cabaran baru. Musim panas bererti keindahan apabila kita rasa semangat dan bertenaga. Kemudian kita diuji dengan kesusahan menyebabkan kita hilang semangat seperti gugurnya daun-daun pada musim luruh. Bila masuk musim sejuk kita rasa kekosongan dan takut untuk menghadapi kenyataan hidup. Law of nature menyebabkan musim sejuk ada hujungnya seperti mana musim panas. Seperti lirik nasyid:
hidup tidak selalunya indah,
langit tak selalu cerah,
suram malam tak berbintang,
itulah lukisan alam.
Kita adalah sebahagian dari kitaran alam. Insan yang sabar akan dapat merasai hubungan kehidupannya dengan alam sekitar.
No comments:
Post a Comment