Tuesday, 5 February 2008

Kelebihan Bersabar.. part 2

'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.' (Ali Imran: 200)

3. Sabar membantu kita membuat keputusan dengan lebih baik

'A handful of patience is worth more than a bushel of brain' (Dutch Proverb)


Dalam satu sesi 'Parenting Course' yang aku hadiri, ibubapa diingatkan supaya sentiasa memberi masa untuk anak-anak bertindak ke atas arahan yang diberi. Contohnya si ibu menyuruh si anak membasuh kasut sekolah. Kali pertama si ibu memberi arahan, dia hendaklah memberi masa kepada anaknya dengan membilang dalam hati. Mungkin 1 hingga 10. Sekiranya anak itu memang telah dikenali sebagai seorang yang lembap, atau mungkin juga si anak sedang menonton kartun kegemaran mereka, maka si ibu dinasihatkan untuk membilang dengan senyap kepada bilangan yang lebih besar. Si anak mungkin akan bangun walaupun mengambil masa sedikit, atau mungkin juga dia tidak akan bangun sekiranya apa yang dilakukan itu lebih menarik dari arahan yang diberikan. Setelah arahan diulang, si ibu perlu terus membilang dengan senyap, tetapi kali ini sambil memikirkan tindakan yang perlu diambil sekiranya si anak masih tidak juga menurut arahan yang diberi.


Bayangkan sekiranya si ibu tidak membilang dengan senyap i.e. bersabar dengan sikap anak yang tidak cakna terhadap arahan si ibu, sudah pasti si ibu akan cepat-cepat menghukum si anak. Paling tidak pun, si ibu akan membebel tidak henti-henti dengan menyebut segala kelemahan si anak.

Pernah tengok cerita di TV tentang kemalangan yang melibatkan sebuah pesawat kapalterbang? Kita diperlihatkan betapa pramugari dan anak-anak kapal yang lain diajar supaya bertenang dalam menghadapi kemalangan, sekiranya berlaku. Ini membolehkan anak-anak kapal memfokuskan diri mereka demi menyelamatkan nyawa penumpang-penumpang. Sesungguhnya diri yang boleh bertenang itu adalah diri yang bersabar. Bagaimana mungkin seseorang itu dapat bertenang sekiranya tiada kesabaran dalam diri. Maknanya dengan kesabaran itu diri dapat ketenangan yang memungkinkan diri membuat keputusan yang lebih baik. Ini sangat penting apabila berhadapan dengan saat-saat genting atau cemas.

Bayangkan juga kita menghantar sms atau emel kepada seseorang dan amat-amat mengharapkan balasan daripadanya. Tetapi setelah beberapa hari menunggu masih tidak kedengaran apa-apa darinya. Kita mungkin menyangka yang dia memang tak mahu membalas atas 1001 alasan. Tetapi kita juga boleh menyangka yang dia mungkin tidak menerima sms atau emel tersebut kerana kesilapan teknikal. Dengan kesabaran, kita dapat melihat sesuatu dengan lebih positif dan membuat keputusan yang lebih baik.

Saya pasti kebanyakan dari kita sudah pasti pernah mengalami keadaan di mana kita menghabiskan banyak masa merungut atau bersedih dengan sesuatu perkara yang kita tidak dapat tunggu untuk melihat kesan ke atas peristiwa yang berlaku. Sedangkan dengan kesabaran kita akan menjadi lebih tenang. Dengan ketenangan kita dapat mengumpulkan maklumat yang cukup sebelum kita jadi menggelabah dan panik.

4. Sabar menghubungkan kita dengan harap.

‘Patience is the art of hoping’ Luc de Vauvenargues

Nelson Mandela terpenjara kerana mempertahankan prinsipnya bahawa manusia mahupun hitam atau putih adalah sama. Dia tidak pernah berdendam dengan orang kulit putih yang memenjarakannya. Dia tidak pernah berhenti mengharapkan pembebasannya dari penjara itu. Dia menamakan anak perempuannya dengan nama Azwie, bermaksud harapan.
Dia antara manusia biasa yang dikurniakan Allah dengan kesabaran yang tinggi. Sesungguhnya kehidupan seharian kita juga kita bisa menemukan manusia biasa seperti ini, yang diuji Allah dengan ujian yang kita sendiri apabila menghadapinya belum tentu dapat bertahan seperti mereka itu.

Dalam Al Quran juga banyak contoh-contoh yang dihidangkan kepada pembaca tentang nabi-nabi dan umat-umat terdahulu yang diuji Allah dan mereka ini samada menang dalam pertarungan antara haq dan batil, mahupun kalah dan ada juga yang gugur.

‘What is your heart’s desire? Is it worth hoping for? With patience, we nurture hope in the darkness of our waiting, so that one day our heart’s desire may burst forth, fully realized.’ M. J.Ryan.


No comments: