Sunday 24 February 2008

kempen 2

Hari ini, 24 Februari 2008 adalah Hari Penamaan Calun. Calun-calun yang bakal bertanding dan kuncu-kuncu yang akan bekerja memastikan kemenangan calun pun sibuk bersiap untuk berkumpul di pusat penamaan calun yang telah ditetapkan. Hari ini Kota Bharu hujan.. Muslimat PAS Kota Bharu dengarnya dah bersiap dengan payung-payung.. bekerja kuat tahun ini memandangkan PAS DUN Tanjung Mas mengekalkan calun Puan Rohani Ibrahim, bekas YB penggal lalu.

Perang poster telah bermula seminggu lalu, tapi baru hari ini berkesempatan merakamkan beberapa contoh yang boleh dilihat disekitar Kota Bharu. Yang paling menarik setakat ini ialah di DUN Bunut Payung. Siap kubu perang.. Syabas pemuda Bunut Payung.. Kekalkan semangat antum, bukan setakat pilihanraya..


Nampak tak ada orang dalam kubu tu..? Acu tengok gambar hok mulo-mulo tu, napok dok ore dok nunggu atah kat tepi bule hok besa tu? Canggih sengoti.. ambo tabik idea kreatif ni.

No comments: