Wednesday, 8 August 2007

poligami

Alhamdulilah, dah selesai baca buku 'POLIGAMI: MENGAPA GEGER.' Sesiapa berminat boleh dapatkan di www.lamanpoligami.com. Menarik, memang menarik. Tahniah kepada penulis yang telah berjaya menulis sebuah buku yang pada pandangan saya, benar dan tiadalah yang salah akan apa yang ditulis oleh si penulis.

Apa yang menarik hati saya untuk membeli buku tersebut? Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kata2 aluan buku ini telah memberikan sepatah 2 kata yang kita semua boleh sama2 mengambil hikmat dari kata2 tersebut. 'Poligami adalah halal dan harus..... Perkongsian adalah "sunatullah fii khalqih"...... Islam bukan menyuruh poligami. Islam hanya menyekat poligami lebih daripada empat. Itupun lebih bercorak mebela anak yatim dan ibu tunggal supaya mereka tidak hidup tanpa penjaga (suami).'

Dalam Islam, nak buat apa2 kene ada ilmu. Biar apa yang kita lakukan kita faham, apa dia, kenapa dan nak buat macamana. Kalau dulu bujang, nak kawin kene ilmu. Diwajibkan pulak kursus pra perkahwinan. Bagi yang tak nak pergi, terpaksa pergi semata2 demi segulung sijil untuk melengkapkan proses permohonan untuk berkahwin.

Kalau dulu adik2 tanya, 'camne kak kawin ni.. anak lagi, camne nak jaga..?' Aku suka jawab dulu2, alah nanti bila dah ada pandailah tu.. Jawapan aku salah. Yang betul, bacalah banyak2. Tuntutlah ilmu sebanyak2nya kemudian praktikkan. Bila sesuatu kita lakukan kerana ilmu dan kefahaman, insya Allah akan dipermudahkan jalan bagi kita.

Lepas kahwin, isteri mengandung. Sepatutnya diketika ini suami dan isteri berusaha keras menambah pengetahuan bagaimana menjadi ibubapa yang baik terhadap amanah Allah kelak. Bila ada ilmu, barulah patut kalau Allah bagi anak yang soleh dan solehah. Sebab mak ayah mereka dah berilmu dan cuba mengamalkan ilmu mereka. Ilmu ini tidak tersekat hanya dalam Al Quran dan kitab2 teori sahaja. Pengalaman orang2 senior elok juga dijadikan panduan bukan dielakkan ataupun diterima bulat2.

Lepas dah kahwin seorang, teringin pulak nak menambah seorang lagi. Dalam buku ini ada sebut tentang fitrah lelaki ini, dan aku tak pernah nak menidakkan fitrah itu. Seperti mana tidak pernah aku hendak menidakkan hukum Allah yang terkandung dalam surah An Nisa' itu. Dan aku recommend buku ini untuk semua isteri2 dan para suami untuk membacanya. Sebagai menambah pengetahuan yang sedia ada. Ianya juga bertindak sebagai tazkirah yang sesuai untuk mana2 pasangan suami isteri. Mana ada manusia yang perfect? Buku ini pun begitu. Sesetengah pendapat penulis masih boleh dibincangkan kerana berlaku 'generalization' pada bab2 tertentu yang mana mungkin terdapat pendapat yang berbeza lebih2 lagi memandangkan penulis adalah seorang lelaki. Bagi aku seorang wanita, aku menerima fakta2 penulis dan pendapatnya dari sudut pandangan seorang lelaki. Sebab itu aku tidak perlu menafikannya. Penulis berhak merumuskan sesuatu bergantung kepada ilmu dan pengalamannya. Disebabkan tiada 2 manusia yang sama maka pemikiran kita juga akan lain.

5 topik pertama yang ditulis padaku merupakan reliti yang kita semua tidak boleh lari. Ku rasakan penulis cuba mengajak pembaca menerima hakikat realiti yang berlaku. Aku tidak boleh menidakkan perkara ini. Mana ada manusia yang boleh menentukan hidup dan mati seseorang. Begitu juga rezeki dan jodoh manusia. Tiada yang dapat mengetahui dan menentukan kecuali Allah sahaja. Makanya bagi mana2 pasangan yang ALlah telah tapis untuk menerima ujian tersebut, memanglah tidak dapat lari dari Qada' & Qadar Allah tersebut. Makanya perlu ada sikap berlapang dada dan bersangka baik dengan Allah diatas ujian yang diberi.

Hakikat nafsu, semua tidak dapat lari dari kebenaran. Mana ada manusia yang tiada nafsu.. Nafsu untuk makan, minum, memiliki harta, memiliki wanita, anak2 etc. Nafsu ini suatu kebenaran yang tiada dapat dinafikan. Cumanya sejauh mana manusia mengawal nafsu tersebut agar tidak menyusahkan diri mereka sendiri. Bagi yang tidak dapat mengawal langsung, akan jadilah ia haiwan yang bertopengkan manusia. Bagi mereka yang beriman, ketika imannya di tahap yang tinggi Alhamdulilah.. tapi bila iman merudum dan nafsu tidak terkawal.. tepuk dada tanyalah iman. Allah kurniakan lelaki 1 nafsu dan 9 aqal manakala Allah kurniakan wanita sebanyak 9 nafsu dan 1 aqal... Sepatutnya lelaki lebih waras daripada wanita dan ini hakikat. Realiti.. anda menolak realiti?

Tajuk topik seterusnya sangat menarik, 'Bukan kerja manusia menyemak isi hati manusia lain'. Benar dan tiada yang tidak benar mengenai penyataan ini. Sungguh aku akui, bab hati ini tak perlulah manusia nak jadi detektif.. menyuluh apa yang ada.. hakikatnya tidak akan bertemu apa2. Makanya, pulangkan soal hati ini kepada yang empunya hati dan Tuan pembuat hati tersenut. Sedangkan nabi juga menyimpan kasih berpanjangan kepada kekasih hati yang telah pergi biarpun didampingi yang hidup.. Sedangkan isteri nabi juga punya perasaan cemburu... Siapalah kita yang hendak menafikan perkara hati dan nafsu ini..

2 comments:

Unknown said...

Saya sangat tertarik dengan komen anda. Terimakasih.

RUSLI ALIAS,
Pengarang: Poligami Mengapa Geger.email: ruslialias@yahoo.co.uk

Unknown said...

Salam.

Saya sangat tertarik dengan komen anda mengenai Poligami: Mengapa Geger.

Terimakasih.

Rusli Alias,
Pengarang.
ruslialias@yahoo.co.uk