Alhamdulilah, mengikut perkiraan tahun masehi genap hari ini cukuplah 11 tahun umur perkahwinanku. Bersyukurku yang tidak terhingga kerana Allah masih membenarkan aku menikmati kehidupan berkeluarga. Bersyukurku kerana Allah mengurniakan aku seorang suami yang begitu baik terhadapku.
Terima kasih suamiku di atas segala pemberianmu sepanjang 11 tahun ini. Alhamdulilah, yang terakhir sekali seutas jam tangan berwarna hitam.. Cantik. Betul kata mat salleh, black is beautiful. Ku hargai pemberianmu itu. Semuga ianya tanda pengikat kasih yang terjalin selama 11 tahun ini, dan sebagai simbol kepada masa yang tiada tentu akan akhirnya. Moga Allah tetapkan kita bersama sampai bila-bila.
Alhamdulilah, ku kira Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rahmat.. Dia terlalu baik kepada kami.. Kasih sayang yang dicampakkan ke dalam hati-hati ini, hanya Dialah sahaja yang tahu kualiti dan kuantitinya.
Biarkan bukan hotel bertaraf 5 bintang, namun masa yang suamiku luangkan selama waktu makan malam bersama itu sudah cukup untukku berterima kasih kepadanya dan Tuhan Yang Satu.. Tak dapat nak ku gambarkan kebahagiaan yang kurasakan pada malam itu.. Hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya kepada Allah sahaja kupohonkan pembalasan yang lebih baik dari apa yang ku terima dan rasakan buat suamiku yang tersayang..
Harapanku, moga kasih sayang kami berkekalan hingga ke syurga. Semuga pejuang agama Allah yang kuimpi2kan sebagai kekasih hati menjadi kenyataan.. Semuga Allah tabahkan hati2 kami dalam mengharungi mehnah kehidupan.
Ya Allah kuimpikan kualiti Saidatina Khadijah sewaktu hidupnya.. Menjadi obor perjuangan kekasih hatinya yang juga kekasihMu ya Allah.. Semuga aku juga menjadi obor perjuangan suami yang ku kasihi dalam memperjuangkan agama Mu yang suci..
Ya Allah, kau tetapkanlah kaki suamiku menjejaki para mujahid, yang telah syahid demi memperjuangkan kesucian dan ketinggian agamaMu.. Izinkan dia sebagai abid di malam hari dan singa di siang hari. Ya Allah, ku impikan syahid buatnya.. Amin ya Rabbal alamin..
Wahai suamiku,
Andai aku tersalah, betulkanlah aku
Andai aku terlupa, peringatilah aku
Andai aku terlena, kejutkanlah aku
Andai aku bermimpi, bangunkanlah aku
Terima kasih sayangku..
No comments:
Post a Comment