Sunday, 12 August 2007

Bersyukur dengan apa yang Ada

Alhamdulilah, segala puji dan syukur buat Tuhan pencipta seluruh alam. Sesungguhnya segala ciptaan yang ada di bumi dan dilangit hanyalah Dia yang menciptakannya dengan kebijaksanaanNya. Diri yang kerdil dan hina ini juga hasil ciptaan Yang Maha Kuasa lagi Maha Esa.

Hina, dijadikan dari setitis air mani yang tidak berguna jika tidak Allah jadikan ianya sebagai alat kejadian manusia. Kerdil kerana kejadian dari tanah tidak seperti Syaithan yang dijadikan dari api. Sungguh Maha Kaya lagi Maha Kuasa..

Nikmat kurniaan Allah, tidak terhitung banyaknya. Dari yang tidak nampak kepada yang nampak. Dari sehalus2nya hingga kesebesar2nya. Dari yang melekat pada tubuh kepada yang beredar disekelilingnya.. Terima Kasih Allah.

Aku.. Tahun ini masuk tahun ke 32 kehidupan. Menarik nafas, terasa betapa agungnya udara ciptaan Allah. Kalau dihitung tahun hijrah mungkin sudah 33 tahun kehidupan. Namun segala nikmat2 Allah, tidak pernah putus. Dari sehalus2 kejadian, berada dalam kandungan mak.. Dilahirkan, dapat melihat dunia. Dari Johor merantau ke England. Tak cukup England, Allah undang ke rumahNya.. Masya Allah.. Begitu Agungnya Engkau ya Allah. Tidak putus2 nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku.

Dari sejak kelahiran hidupku sentiasa dikeliling manusia.. yang kasihkan hambaMu ini. Rahmat Allah tidak putus2. Biarpun terlalu banyak dosa dan maksiat yang hambaNya lakukan, Dia tidak pernah memutuskan rezeki itu. Benarlah, setiap anak yang lahir dari kandungan ibunya itu telah Allah tetapkan rezekinya.. tidak usah bimbang duhai ayah dan ibu.

Dari hidup bujang, Allah temukan aku jodoh. Alhamdulilah, suami yang kupilih bukan atas dasar cinta, bukan atas dasar rupa, keturunan, darjat mahupun pangkat.. Aku yakin itu ketentuan Allah. Dia yang mengetahui siapa yang terbaik buat diri ini.. Aku yakin Allah tidak akan menganiaya mana2 hambaNya melainkan hamba itulah yang sentiasa menganiaya dirinya sendiri. Kembali kepadaNya setiap kali diturunkan ujian dan dugaan, tanda syukur dan berbaik sangka hamba kepada Khaliqnya.

Susahnya hendak menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. Menerima qada' dan qadar Allah dengan sepenuh hati.. Sesungguhnya beruntunglah mana2 hamba yang sentiasa bersyukur, akan pastilah Allah tambahkan nikmat buatnya.

Alhamdulilah, aku ditemukan dengan suami ku yang telah banyak mendidik, mentarbiyah dan mendewasakan aku. Mendekatkan aku kepada Penciptaku... sentiasa mengingatkan aku andai aku terlupa. Betapa bertuahnya diri ini.. Punya insan yang mencintai diri ini seadanya. Bersyukurlah aku semuga Allah tambahkan pemberian.. walau tidak di dunia, namun aku yakini ganjaran Akhirat.

Sayangku, maafkan diri ini andai selalu lupa, lalai dan leka. Maafkan diri ini diatas kekurangan yang terpaksa dihadapi. Sesungguhnya aku juga insan yang dijadikan Allah seadanya. Kelebihanmu mengatasi kekuranganku.. Pimpinlah tanganku ini menyusuri jalan berliku yang telah Allah hamparkan buat kita.. Jangan kau lepaskan tangan ini, andai hampir terlepas tariklah sekuat tenagamu.. Begitu juga dirimu. Izinkan aku juga menarik sekuatnya andai genggaman kita semakin longgar. Ku yakin Allah tentukan kita bersama.. Bersyukurlah kita dengan apa yang ada.. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu betapa kasih dan sayangnya isteri mu yang seadanya ini terhadap dirimu. Semuga rahmat kasih dan sayang itu tidak Allah cabut dari hati-hati kita.. Semuga kekal Mawaddah wa rahmah ke atas keluarga kita..

18081996 - 18082007

No comments: