Thursday, 16 August 2007

TASKA MURNI MINDA




Telah berdaftar dengan SSM secara rasmi pada 11 Julai 2007. MPKB dah keluarkan lesen perniagaan sementara pada 23 Julai 2007. Maka sepatutnya boleh beroperasi sebagai suatu perniagaan. Tetapi di sebabkan ianya sebuah TASKA, makanya wajib pula berdaftar dengan Jabatan Kebajikan.




Memang lama dah simpan niat nak ada nursery sendiri. Lepas pergi KAAK anjuran JKM dan PERASKO Kelantan bulan Jun baru2 ini, keinginan itu semakin kuat. Alhamdulilah, setelah beberapa ketika, suami tersayang memberi green light. Nak buat bisness bagi seorang isteri, kalau suami tak bagi sokongan memang tak payahlah fikir nak berniaga. Namun kerja-kerja yang sepatutnya dibuat terutama yang berkaitan dengan anak2 awal2 lagi suami dah pesan, jangan diabaikan.. Ehmm, memang tak adil tapi sebab nak buka juga TASKA terpaksa setuju.




Alhamdulilah, lokasi TASKA tidak jauh dari sekolah anak-anak. Allah permudahkan. Tuan rumah pun banyak membantu. Sebenarnya bukan tuan rumah, kakak kepada tuan rumah. Setakat ini MPKB dan Jabatan Kesihatan dah bagi sokongan. Tinggal Jabatan Bomba sahaja. Lepas tu boleh hantar permohonan kepada JKM. Harap2nya September ni boleh beroperasi. Cuma masalah satu lagi, pelanggan belum tentu lagi. Ada dah orang yang sanggup nak bekerja. Tinggal lagi nak kursuskan mereka dengan kefahaman tentang kanak-kanak dan minta mereka dapatkan pelalian dari Klinik Kesihatan.




HambaMu memohon agar dipermudahkan urusan ini. Sesungguhnya tiada apa yang diharapkan dari usaha ini semata-mata mengharap redha, rahmat dan kasih sayang Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa.


No comments: