Sungguh, tak putus2 nikmat yang Allah kurniakan. Sungguh, tak putus2 juga petunjuk yang Allah nampakkan. Alhamdulilah, segala pujian hanya buat yang paling layak menerimanya.
Hampir habis ku baca Komunikasi Intim tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Baru ku pinjam dari library kelmarin, tak sabar rasanya untuk menghabiskannya. Memang menarik.. Aku akui sejujur2nya, setiap patah ayat di dalam buku itu mengena batang hidungku sendiri.
Sungguh sebuah buku yang ku kira sangat patut digunakan untuk muhasabah hubungan kasih sayang suami isteri di dalam sebuah rumahtangga yang mengharapkan sakinah, mawaddah wa rahmah. Aku akui, banyak kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan dan ini disingkap di dalam tiap helaian buku ini.
Bila ku belek diri ini, memang banyak kekurangan yang ada. Kasihan pada suami yang terpaksa menanggung segala implikasi dari kelemahan dan kekurangan ku ini. Melihat kepada latar belakang keluarga, seseorang itu bisa di hukum atau sekurang2nya dijelaskan tindak tanduk dan kelakuan mereka.
Aku yakin, kekerasan tidak akan melahirkan anak2 yang baik. Sedangkan dalam Islam kita disuruh mengawal diri sewaktu marah, bayangkan implikasi ibubapa yang sentiasa memarahi anak yang kadang2 diperingkat terlalu muda untuk memahami segala perilaku orang dewasa. Akhirnya anak akan terdidik untuk berlaku kasar dalam segala tindak tanduk dan gerak geri mereka...
Telah Allah takdirkan aku dilahirkan oleh seorang mak yang merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga yang mana ibunya tidak memberikan kasih sayang sewajarnya kepada mak. Seperti cerita bawang merah, begitulah kisah mak bersama mak angkatnya. Namun, Alhamdulilah.. Allah itu Maha Kaya, Maha Mengasihani.. Mak berkahwin dengan abah dan punya anak seramai 5 orang yang aku kira, rata2 berjaya di dunia setakat ini. Namun cara didikan yang diterima mak telah memberi kesan yang agak negatif terhadap pembesaran kami berlima. Tidak sesekali aku hendak menghukum mak dengan apa yang berlaku. Aku redha itu ketentuan dari Allah. Dan aku bersyukur, rentetan itu semualah aku berada di sini..
Aku akui, aku jauh dari mak. Walaupun ku akui kasih dan sayang terhadap mak itu ada di sudut hatiku, aku tak mampu untuk melahirkan dalam bentuk kelakuan yang sepatutnya dilahirkan oleh seorang anak kepada ibunya. Namun doa untuk mak tidak jemu2 kupohon selagimana ingatan itu terus kekal, sementelaah aku ini juga seorang ibu. Aku dapat rasakan jiwa seorang ibu yang mengharap kepada anak2nya.
Berbalik kepada buku tadi, cara didikan yang aku terima melahirkan aku yang agak negatif terhadap semua perkara. Ini memberikan implikasi buruk bukan sahaja terhadap diri ini tetapi mereka2 yang berada di sekelilingku lebih2 lagi manusia yang aku sayangi. Aku akui, perwatakan ku kasar. Aku juga agak lantang dan akan mengkritik apa sahaja yang aku kira tidak menepati kehendakku..
Perkahwinanku dengan suamiku banyak mengajar aku erti kehidupan yang positif. Kelapangan masa yang ku punya juga banyak ku habiskan dengan membaca buku2 motivasi yang kebanyakkannya ditulis oleh orang barat. Sungguh aku akui, Islam banyak mengajar teori ilmu kemanusiaan tapi entah mengapa yang menjadi penganut Islam tidak pula cuba mengaplikasikan teori itu tadi dalam bentuk kelakuan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Baginda di anggap Al Quran bergerak..
Hampir 11 tahun berkahwin, aku kira banyak perubahan2 positif yang telah aku cuba lakukan. Ada yang berjaya, dan ada yang tidak. Sungguh aku akui, komunikasi ini satu seni... Seni yang boleh dipelajari selagimana kita sanggup untuk mencuba. Cumanya kehendak dan kemampuan kita serta faktor luaran yang menentukan berjaya atau tidaknya percubaan kita itu. Namun aku pasrah, apabila mencuba sesekali kita akan berjaya dan sesekali kita akan gagal. Usaha dan tawakkal, selebihnya serahkan kepada yang Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment