Tuesday, 14 August 2007

ada yang tak kena

Letihnya hari ini. Tak tergambar.. Well, malam tadi pergi ikut kak zaiton ke seminar by Public Mutual. Tinggal anak2 di rumah Ma. Sampai sana pukul 8:30. Tunggu kak Ton lebih kurang pukul 9. Talk tu best jugak. Diorang nak tarik lebih ramai Unit Trust Consultant. Yang tak seronoknya habih pukul 10 lebih. Berkejar ke rumah Ma, nak amik anak2 takut ada yang dah tertidur. Esok pulak nak bangun awal ke sekolah.

Malam tu Zaed wheezy. Terlupa nak bagi antibiotic macam yang abe suruh. Dia pun nampak letih semacam dalam kereta. Sampai je di rumah, gosok gigi dan tidur. Malam tu pukul 1 pagi, dia mengadu sesak nafas. Ventolin ku beri untuk disedut. Lega sedikit, boleh dia sambung tidur. Itupun aku rasa tak sedap hati, nak bawa ke hospital. Abe tak sampai lagi di rumah. Hantar sms, katanya 20 mins lagi. Sempat aku tertidur. Letih..

Abe kata bawak esok pagi kalau makin teruk. Aku dikejutkan sekali lagi pukul 4 pagi, kali ini Ateeqah. Badannya panas sedikit tapi aku tak larat nak bangun ke dapur untuk amik ubat, mahupun membancuh susunya. Letih.. Sumbat sahaja dengan nenen..

Pagi itu alarm ku berbunyi, 5:30 pagi tapi aku tiada kekuatan untuk bangun.. Aku hilang semangat, lantas tertidur semula. Aduh.. rohaniku kelaparan. Aku sedar kembali pukul 6:30. Aku gagahkan diri untuk bangun, baju sekolah anak2 belum ku iron. Masih keletihan..

Abe bergegas ke bilik air untuk mandi. Mahu menghantar orang ke airport.. Aku terdiam. Anak sakit, harapanku agar dia bersimpati... Apakan daya, aku mengharapkan sesuatu yang tidak sepatutnya. Aku tinggalkan zaed yang wheesy dan Ateeqah yang sedikit panas dan masih tidur untuk menghantar anak2 lain ke sekolah. Cepat2 aku pulang sebaik sahaja ku turunkan anak2 dari kereta. Dalam perjalanan telefon berbunyi. Sengaja tidak ku angkat. Aku mungkin salah tetapi aku tidak yakin dapat melayan panggilan itu dengan sebaiknya.

Sampai di rumah, baju di dalam mesin basuh ku angkat ke luar lalu ku jemur. Sekali lagi terdengar bunyi deringan.. Aku masih tidak yakin dapat melayan panggilan dengan baik, ku biarkan sahaja deringan itu.. Emosiku tidak terkawal.. Bunyi sms diterima.

Sudah menjemur, aku naik ke bilik. Ku gagahkan hati menyusun kata2 agar tidak berbaur negatif.. Penat meminjam dan membaca buku2 motivasi demi menukar sikap negatif kepada positif sekiranya tidak diamalkan apa yang dibaca...

Perasaan bosan dan jemu mula terasa dalam diri.. Aku tak pasti, apakah ini mood swing sewaktu mengandung atau sebenar2 perasaan.. Aku kehilangan.. Pada ketika dan saat ini aku merasakan seolah2 sudah jemu dengan persekitaranku. Masih terngiang2 di telinga ini kata2 seorang sahabat.. 'buka nursery tu molek apatah lagi jika niat kita untuk kebaikan anak2 sendiri. Tapi jangan lupakan diri sendiri..'

Memang hidup ini indah sekiranya setiap masa dan ketika kita dapat memberi... tetapi sebagai manusia yang ada tahap kesabarannya, letih.. memang letih. Betullah, sabar itu mudah di bibir tetapi berat untuk diamalkan...

Bila kebosanan melanda.. apa yang patut dilakukan? Hendak mati, diri belum cukup bersedia.. Takut2 Allah tidak terima. Syurga yang didamba, dicampakkan kedalam neraka.. na'uzubillahi mindzalik.

Kenapa kebenaran hendak disembunyikan? Kenapa tidak berani hendak berhadapan dengan kebenaran itu. Kalau sudah yakin kita ini benar, maka kenapa harus takut? Kenapa masih mahu defensive bila kebenaran itu menjengah ke telinga? BOSAN.. BOSAN dengan lakonan manusia2 yang banyak berpura-pura.

Mungkin aku perlu lakukan, apa yang aku patut lakukan? Atau mungkinkah aku terus bersabar? Atau perlukah aku lari dari persekitaran itu? Argghh..

No comments: