Wednesday, 9 April 2008

'Tentang Cinta'

Tahniah buat Ust Hasrizal kerana berjaya menerbitkan buku sulungnya yang bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'. Tajuk yang 'extra-ordinary' memungkinkan isi yang juga seperti itu.. siapa tahu? Hanya pembaca sahaja yang dapat menilai.

Teringat program 'Tentang Cinta' anjuran Pusat Islam USM Kampus Kesihatan, USM. Sebenarnya dah lama nak cuba catit sesuatu daripada program tersebut, yang mana Ustaz Hasrizal sendiri yang menjadi penceramah. Tertangguh oleh banyaknya perkara lain yang perlu disegerakan. Program separuh hari itu diisi dengan 2 slot ceramah yang mana saya hanya sempat mendengar hujung-hujung pengisian 1.

Tujuan utama saya menghadiri program tersebut bukanlah kerana merasakan saya salah seorang peserta yang dahagakan ilmu yang diceramahkan. Saya ingin melihat secara live, cara penyampaian seorang ustaz yang cuba memahamkan masyarakat di sekelilingnya kepentingan mengabungjalinkan syariatullah dan sunnahtullah. Topik yang paling dekat di hati, iaitulah dalam kerangka rumahtangga. Saya melihat kelebihan pemikiran ustaz menyebabkan konsep yang cuba disampaikan bersifat dinamik, berbeza dengan pandangan kebanyakan ustaz yang melihat rumahtangga dalam kerangka syariatullah sahaja.
Saya lebih dekat dengan pendekatan penceramah yang menyelitkan unsur pengalaman di dalam penyampaiannya. Contoh-contoh yang 'real' berbanding yang dibuat-buat menjadikan penyampaian mempunyai kekuatannya tersendiri. Bercakap melalui pengalaman, bersandarkan ilmu yang diperolehi melalui pembacaan dan guru membuatkan pendengar lebih menghayati ceramah itu.

Kembali kepada isi ceramah ustaz dalam tajuk ke2, Anugerah Perkahwinan, masih segar kata-kata ustaz.. kalau nak kahwin jangan hanya memikirkan hingga ke pelamin, tetapi hendaklah menjangkau ke lampin. Memang sesuatu yang melucukan bagi yang belum melalui alam perkahwinan itu sendiri, tapi yang telah melaluinya.. itulah REALITI.

Kelebihan ustaz mengolah konsep rumahtangga Muslim dari sudut seven habits of highly effective person, amat menarik. Di petik dari buku tersebut, Covey menjelaskan konsep SYNERGY, 'achieved when 2 or more people work together to create a better solution than either could alone. It's not your way or my way but a better way, a HIGHER way.'

Untuk mencapai sinergi dalam rumahtangga, Ustaz menyenaraikan 4 perkara yang mesti ada iaitu, merai dan memanfaatkan perbezaan, teamwork, berfikiran terbuka dan mencari jalan baru dan lebih baik. Sinergi bukanlah bertolak ansur dengan perbezaan, kerja sendiri-sendiri, aku sahaja yang betul ataupun mencari jalan tengah. Salah satu risiko bersinergi adalah, kita bergerak bersama dari sesuatu yang jelas kepada 'unknown'.

Semua manusia biasa tidak suka kepada sesuatu yang tidak jelas. Kita suka kepada 'comfort zone'. Dalam apa2 perkara di dalam kehidupan kita, setiap kita akan mencari-cari 'comfort zone' ini. Apabila ada sesuatu yang mengganggu 'comfort zone' ini, kita akan menggelabah dan akan berasa tidak tentu arah. Ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Samada kita akan cuba mempertahankan 'comfort zone' itu biar apa risikonya atau kita akan mengubah 'comfort zone' itu. Sekiranya kita bekerja untuk bos, dan kita sudah biasa dengan sesuatu rutin. Tiba-tiba suatu hari bos kita meminta kita membuat sesuatu yang mengubah rutin kita. Kita akan rasa tidak selesa. Samada kita menurut perintah bos dengan muka masam dan merungut, atau kita memprotes atau mungkin juga kita menerimanya dengan hati yang gembira kerana perkara yang diminta oleh bos itu, sesuatu yang kita memang suka.

Kata ustaz lagi.. Kalau dalam satu-satu rumahtangga itu masing-masing memikirkan HAK masing-masing, maka tidak amanlah rumahtangga tersebut. Sebaliknya hendaklah pengemudi rumahtangga itu memikirkan PERANAN yang perlu dilakukan untuk berjaya mengemudi kapal rumahtangga itu menuju destinasinya. Bayangkan suami isteri yang bekerja. Setelah selesai bekerja dan dalam perjalanan pulang ke rumah, masing-masing memikirkan tentang hak dirinya mendapat senyuman dari pasangan. Makanya, apabila tiba di rumah suami merasakan dia berhak mendapat senyuman dari si isteri dan si isteri pula merasakan dirinya berhak mendapat senyuman si suami. Apa akan jadi kalu suami lihat isteri tidak senyum, dan isteri mendapati suami tidak senyum padanya.. HARU BIRU.. Tapi cuba si isteri memikirkan peranan dia untuk memberikan senyuman kepada suami dengan harapan membahagiakan suami dan suami juga memikirkan peranannya untuk memberikan senyuman kepada isteri dengan harapan menceriakan isteri.. alangkah seronoknya apabila pasangan ini pulang ke rumah dan kedua-duanya memberikan senyuman yang dianggap sebagai melaksanakan peranan.. HIDUP PADA MEMBERI..

Ustaz kata hukum-hakam syariatullah wajib belajar, bila nak masuk alam rumahtangga orang lelaki perlu tahu tentang haidh, nifas, istihadhah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan orang pompuan. Manakala hukum-hakam sunatullah perlu belajar ilmu mengenai komunikasi, pengurusan wang dan skil yang diperlukan dalam rumahtangga.. (masak-memasak, kemas-mengemas?) Di sinilah ustaz cadangkan buku Men from Mars, Women from Venus.

No comments: