Sunday, 6 April 2008

Muhasabah diri cara moden

Kalau zaman Khalifah Umar, beliau suka kalau orang menegur kesilapan yang dilakukan. Dia menggalakkan orang menunjukkan kekurangan diri beliau agar dapat dibaiki. Itu cara sahabat Nabi. Seumpama maksud hadith nabi, berkawan dengan si penjual wangian supaya bau wangi si penjual terpalit juga ke kita. Sahabat atau kawan rapat zaman dahulu kala itulah merupakan cermin diri seseorang. Sahabat ini lah yang diharapkan dapat menegur kesilapan dan memperbaiki kekurangan kita.

Tapi pada zaman moden ini lain pula jadinya. Musuh kita itulah punca muhasabah diri yang baik. Sahabat zaman moden adalah mereka yang memuji kita, menampakkan kebaikan kita dan buat tidak nampak kekurangan dan kesilapan kita. Kalau kita ini pemimpin, sahabat ini akan membodek kita dengan pujian yang melambung-lambung dan membetulkan sahaja segala perbuatan dan perkataan kita. Seolah-olahnya kita ini maksum, tidak berbuat kesilapan dan tiada kekurangan.

Pada zaman moden ini, orang yang menegur kesalahan kita dan menampakkan kekurangan kita dianggap musuh. Tidak boleh berkawan. Tidak layak menjadi sahabat. Kalau kita ini pemimpin, orang yang seperti ini tidak boleh diberi kontrak, tidak boleh diberi subsidi.

Makanya, pakar-pakar motivasi mulalah berteori.. Sekiranya kita ingin mengenali siapa diri kita, dengarlah dari musuh kita. Merekalah yang akan berlaku jujur kepada kita dengan menunjukkan segala kekurangan dan kelemahan kita. Atas diri kita sanggup secara jujur mahu mendengar dan cuba memperbaiki diri atas kejujuran musuh kita itu.

Betullah di akhir zaman ini, Islam itu dagang. Ajaran Islam itu pelik bagi penganutnya. Sahabat dianggap musuh, dan musuh itu diangkat menjadi sahabat.. Islam Akhir Zaman....

No comments: