‘Apa sifat Allah yang paling hampir dengan kita?’
‘Bukankah sifat Ar Rahman dan Ar RahimNya..’
Aku hanya mampu menganggukkan kepala, lesu..
‘Oh Tuhan.. betapa lemahnya hambaMu ini..’ bisik hati kecil ini.
‘Apa awak ingat ingat awak akan masuk syurga dengan amal yang awak dah buat?’
‘Tak ingat cerita seorang alim yang terlalu banyak melakukan ibadat? Di minta Allah menimbang amalnya sedang Allah pada mulanya membenarkan dia masuk ke syurga dengan rahmatNya?’
‘Berapa berat timbangan amal si abid? Tak sampai sebelah mata bila ditimbang?’
‘Berapa pula amalan kita? Boleh ke masuk syurga dengan amal yang terlalu sedikit itu?’
Aku hanya mampu mengangguk..
‘Sayang sahabatku.. kita jadi manusia ni kena selalu ingat, ingat pada rahmat Allah. Jangan jadi putus asa dengan rahmat itu. Sekali kita putus asa, mungkin Allah juga putus asa dengan kita.. Kan kita hamba.. Hanya layak diuji dengan perkara2 yang terdapat di syurga.. kerana apa? Kerana Allah tak akan beri apa yang ada di syurga kepada hambanya yang taat di dunia..’
‘Sahabatku.. cuba belek surah Al Waqi’ah. Kenapa Allah kata nak beri baaanyaaaak bidadari? Kerana itu impian manusia. Itu keinginan manusia.. Allah hanya beri di Syurga, tidak di dunia.. Kenapa Allah cabut perasaan cemburu dalam hati ketua bidadari? Kerana Allah sudah habis uji wanita Syurga begitu di dunia… Syurga itu seperti tidak tercapai oleh kita. Seolah-olahnya kita ini disindir oleh Allah.’
‘Ya Allah.. akukah itu?’
‘Siapa lah kita disisi Allah? Kita bukan nabi, bukan rasul, juga bukan sahabat para nabi dan para rasul..’
‘Apa ertinya solat taubat ku selama ini??’
‘Jangan cuba nak justify.. Justification itu berfakta. Rahmat Allah itu bukan fakta.. Itu pemberianNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.’
‘Sahabatmu ini kemari pun atas rahmat Allah juga. Dia menguji keikhlasan diriku.. Ad dinnun Nasihah.. Agama itu kan nasihat.. consultation. Samalah tu.. Cuma bila consultation dengan professional, akan pasti beribu-ribu ringgitlah harga nasihat itu..
No comments:
Post a Comment