Sunday 9 March 2008

versi tidak rasmi.. KELANTAN kekal bersama KEPIMPINAN ULAMA

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...


Rakyat Kelantan terus beri mandat kepada PAS
Mohd Rashidi Hassan Sat Mar 08, 08 7:34:39 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mengesahkan, setakat ini rakyat Kelantan telah memberi mandat semula kepada PAS untuk terus menerajui Kerajaan Negeri Kelantan.
Dalam keputusan tidak rasmi setakat ini, PAS berjaya mendahului Barisan Nasional sebanyak 30 kerusi Dewan Undangan Negeri.
"Beberapa kerusi yang kita kalah pada 2004 seperti di Dun Semerak dan Dun Mengkebang telah kita menangi," ujarnya kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Berita lanjut menyusul.



Keputusan tidak rasmi, BA menang besar!
Harakahdaily Sat Mar 08, 08 9:31:48 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Keputusan tidak rasmi yang diterima oleh Harakahdaily menunjukkan peningkatan prestasi BA dalam pilihan raya kali ini.

KELANTAN
Di Kelantan, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa telah mengesahkan rakyat Kelantan memberi mandat apabila memenangi 30 kerusi negeri.

KEDAH
Di Kedah, sehingga berita ini ditulis (9.30pm), PAS Kedah telah memenangi 15 kerusi Dun.

PULAU PINANG
Manakala di Pulau Pinang, pembangkang secara tidak rasmi telah menang 24 kerusi dan mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan negeri.

KUALA LUMPUR Sementara itu, di Kuala Lumpur, untuk Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo menang dengan majoriti 2,00o undi.
Di Parlimen Lembah Pantai, menurut laporan Malaysiakini, Nurul Izzah (KeADILan) menang mengalahkan Sharizat Jalil (BN).
Menurut sumber tidak rasmi, BN hanya menang di dua kawasan parlimen dan salah satu antaranya ialah Parlimen Putrajaya.

SELANGOR
Calon DAP (Dun Teratai),Jenice Lee kalah calon BN. Di Dun Cempaka (N21) Iskandar Samad (PAS) menang kalahkan BN. Kassim Abdul Aziz (Lembah Jaya) menang kalahkan BN.
Sementara di Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid (KeADILan) menang dengan majoriti lebih 2000 undi dan begitu juga di Dun Ijok.

PERAK
Di Perak, Sungai Siput, Samy Vellu kalah kepada Dr D Jeyakumar dan calon Kayveas (BN) kalah kepada BA - mks.

No comments: