Daripada Abu Musa al-Asy'ari, radiyallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
"Perumpamaan seorang teman yang baik dan seorang teman yang buruk seperti pembawa minyak wangi dan buruh pengepam api. Dengan pembawa minyak wangi, mungkin dia akan beri engkau sebahagian (minyak wangi) daripadanya, atau mungkin engkau akan membeli minyak wangi daripadanya, atau engkau akan nikmati bau yang baik daripadanya. Adapun dengan buruh pengepam api, mungkin dia akan membakar pakaianmu (dengan percikan api yang dipamnya) atau engkau akan mendapat bau busuk daripadanya." [al-Bukhariy dan Muslim]
Puas mencari-cari di google hadis ini, Alhamdulilah akhirnya berhasil. Sungguh benarlah penyataan manusia pilihan Allah ini bahawa kawan yang baik akan menghasilkan diri kita yang baik seperti kawan tersebut. Begitulah juga sebaliknya.
Berkawan dengan alim, kita pasti terusik dengan ilmu yang ada padanya. Sekurang-kurangnya bila kita meminta nasihat, dia akan nasihati kita berdasarkan ilmu yang ada padanya. Jika tidak nasihat pun, perbualan antara kita dengan dia pastinya menatijahkan kebaikan sekiranya kawan kita berbual berdasarkan ilmu yang ada padanya. Persekitaran yang terbentuk hasil dari berkawan dengan orang yang alim ini pastilah bi'ah solehah. Alangkah seronoknya berada dalam bi'ah ini..
Tapi macamana pula kalau kawan yang disekeliling kita selalu mengajak kepada perbuatan mungkar? Percakapan lucah mahupun bercerita tentang perkara yang tiada faedahnya kepada Akhirat kita? Kalau menurut hadis ini, sudah pastilah perkara2 buruk tersebut akan mempengaruhi diri kita, mungkin kita tidak akan jadi seperti kawan2 yang jahat itu. Tetapi perlakuan mereka itu sedikit sebanyak memberi impak kepada perlakuan kita sendiri sekiranya setiap hari kita dihadapkan dengan keburukan kawan2 seperti itu.
Kalau kata kawan kita jenis yang suka minum arak, akan pasti suatu hari kita juga akan teruja untuk merasanya. Kalau pun kita tidak suka akan perangai mereka meminum arak, tetapi kita masih berkawan dengan mereka, tidak mustahil suatu hari kita akan turut merasa minuman haram itu. Setidak2nya orang lain yang melihat kita bersama2 peminum2 arak itu akan mengatakan kita adalah seperti mereka.
Makanya, berhatil-hatilah kita dalam memilih kawan. Memang tiada manusia yang ma'sum di muka bumi ini, tetapi sekiranya kawan2 yang kita pilih itu adalah yang berusaha menjaga akhlak mereka tidak kira samada semasa mereka bersendirian mahupun dalam kumpulan, maka mereka inilah yang sewajarnya kita jadikan kawan untuk bersama. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment