Tuesday, 14 September 2010

Syawal

Alhamdulilah, hari ini genap 5 Syawal dan aku masih berada di teratak bonda dan ayahanda di selatan tanahair. Sepatutnya aku kini sudah pulang ke rumah tetapi aku memilih untuk terus berada di sini, sekurang-kurangnya sehingga bertemu dengan kakakku yang beraya pertama di rumah mertuanya. Walaupun tahun ini aku juga sepatutnya beraya hari pertama di rumah mertua, aku memilih untuk berada di kampung halaman seminggu sebelum raya lagi. Kebetulan anak-anak mula bercuti persekolahan seminggu sebelum hari raya.

Raya tahun ini ada sedikit kelainan. Aku memilih untuk menghabiskan sisa-sisa ramadhan dengan berkongsi pengalaman secara 'live' dengan anak-anak tentang pengalaman kanak-kanakku menyambut Syawal. Raya di dalam duniaku adalah biskut raya. Aku memang suka duduk di dapur dan itu lah duniaku. Aku bukan jenis yang suka mengemas dan berhias. Maka, bukan kerja aku memasang langsir, mahupun mengecat rumah. Walaupun suka berada di dapur, aku bukanlah jenis yang pandai memasak. Cukup sekadar mengasapkan dapur.

Alhamdulilah, 3 jenis biskut raya berjaya kami cuba. Biskut suji, biskut cornflakes dan tart nenas. Kakak, Aisyah, Zaed dan Anum berganding bahu menyiapkan sajian hari raya, dan terus terang, aku gembira mencipta suasana ceria tersebut.

Teringat aku kata-kata, pintu kebahagiaan itu terlalu banyak. Jangan terlalu mengharap akan satu pintu yang menyebabkan kita terlupa pintu-pintu yang lain. Alhamdulilah, aku masih berpeluang mengetuk pintu-pintu kebahagiaan yang lain. Sesekali datang ingatan terhadap pintu yang satu itu, namun kerana kepedihan yang melanda sewaktu proses mengetuk dan menunggu pintu itu dibuka, aku memilih untuk menghindarinya.

Kini sudah 5 hari ramadhan berlalu meninggalkan aku. Bulan yang penuh barakah dan rahmat, semuga Allah mengampunkan dosa-dosaku melalui amalan2 ku yang tidak seberapa. Semuga Allah memilihku untuk bersama-sama manusia pilihanNya untuk memenuhi syurga yang dipenuhi keenakkan dan keseronokan itu.

Aku bersyukur.. akan terus bersyukur dengan ni'mat kurniaanNya. Ujian yang melanda, ternyata sebagai jalan mengenal diri ku sendiri. Aku sudah mula merasa tenang dengan diriku sendiri. Aku sudah mula mengenal konflik dalaman diri yang melanda beberapa tahun kebelakangan ini. Aku masih belajar untuk redha dengan ketentuan Ilahi. Ada ketika aku berjaya, dan banyak pula ketika aku gagal. Namun aku tidak lagi menyalahkan diriku. Kelemahan-kelemahan yang sudah aku kenal pasti, sedang cuba untuk aku terima bahawa itulah aku. Bukan untuk aku perbaiki, tetapi untuk aku redha. Kelebihan-kelebihan yang ada padaku itulah yang akan aku maksimakan demi kelangsungan ibadatku selagi nyawa dikandung badan.

Aku mahu jadi MUKMIN yang SEDAR. Mukmin yang bertanggungjawab di atas segala tingkah laku dan percakapannya. Mukmin yang ada INTEGRITI. Aku sedang belajar dan aku yakin, Allah akan bantu aku. Mukmin yang punya sifat-sifat hati yang positif. Sabar, Redha, Syukur, Tawaddhu', semua itu letaknya di hati. Hati hanya dapat dibersihkan dengan latihan. Ramadhan yang berlalu adalah bulan latihan. 11 bulan mendatang akan menguji kekuatan hati yang telah dilatih di madrasah ramadhan. Ada waktu hati itu akan lulus, ada waktu hati akan gagal. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan melaksana, namun Allah yang maha Agung itulah sebaik-baik perancang dan pelaksana.

Wahai pencipta jiwa,
di saat aku lemah, Engkaulah yang menguatkan
di saat aku terlupa, Engkaulah yang mengingatkan
di saat aku jahil, Engkaulah yang mengurniakan ilmu
di saat aku resah, Engkau sahajalah yang dapat menenangkan
teguhkan kami di atas jalanMu
wahai Tuhan yang maha Agung lagi maha Sempurna..

Monday, 23 August 2010

ramadhan..

Hari ini sudah 13 ramadhan. Alhamdulilah, sudah berlalu sepertiga bulan ramadhan. Nabi kata, sepertiga pertama bulan ramadhan adalah rahmat. Muhasabahlah diri kita di mana letaknya syukur kita ke atas segala rahmat yang dikurniakan Allah ke atas kita. Adakah kita tergolong dikalangan hamba Allah yang bersyukur?

Allah yang maha pemurah, dengan sifat ar RahmanNya telah meberikan segala ni'mat yang melimpah ruah kepada kita. Dengan sifat ar Rahman, Allah tidak pernah memilih kasih. Semua makhluk, baik kafir mahupun muslim, semuanya dikurniakan ni'mat yang tidak terkira banyaknya.

Kita sebagai makhluk yang terpilih untuk menerima hidayahNya, apakah sudah kita sempurnakan hak Allah yang arRahman lagi arRahim? Apakah ketundukan dan kepatuhan kita semata-mata keranaNya atau ada sebab lain? Cuba perhatikan solat kita. Sudah sempurnakah ia? Waktu solat, di awalkah atau sudah hampir masuk waktu solat kemudiannya?

Marilah pergunakan waktu yang ada di bulan mulia ini untuk memperbaiki diri sebaiknya agar limpahan rahmat Allah itu digandakan buat kita sebagai hamba yang bersyukur. Sama-samalah kita tingkatkan amalan hati, mendidik nafsu dan melakukan kebaikan sebanyak2nya dengan kemampuan kita. Semuga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas. Wallahu'alam.

Friday, 6 August 2010

share from Facebook.. (fuad Latip)

Tip-tip Kembali Kepada Fitrah

Beberapa hari, kita akan masuk Bulan Ramadhan. Bagi saya bulan ini adalah bulan latihan agar diri kita yang sedar ini akan kembali kepada fitrah.

Saban tahun kita mencuba. Berpuluh-puluh tahun kita menyambut ramadhan dengan cukup bilangan puasanya. Namun sejauh mana bulan yang penuh kasih sayang Allah SWT dengan keampunanNya mampu benar-benar menjadikan kita hamba yang bertaqwa. Hamba yang bertaqwa itu mudah iaitu mengikut kehendak Allah atau dengan nama lain berserah. Kembali kepada sifat sebenar diri kita....kembali kepada fitrah.

BERSERAH BUKAN PASIF. Mereka yang mengatakan berserah itu pasif adalah mereka yang melontarkan persepsi dari fikiran mereka sendiri.

Mana mungkin orang yang berserah menjadi pasif sedangkan orang yang berserah mengikut kehendak Allah SWT 100%. Dan mana mungkin Allah SWT tidak menggerakkan hambaNya kerana hambaNya merupakan wakil-wakilNya di dalam mentadbir alam ini. Sudah pasti mereka yang sentiasa mengikut kehendakNya merupakan wakil yang terbaik iaitu sentiasa melakukan seperti apa yang dikehendak olehNya.

Persediaan Ramadhan dan Ketika Ramadhan

Umum mengetahui kita akan tiba ke bulan Ramadhan beberapa hari lagi. Maka bersedialah dari sekarang ini untuk menyambut Ramadhan.

1. Tingkatkan Kesedaran Akan Allah SWT (Kesedaran Tertinggi)
Kuatkan lagi sambung (sedar) ke Allah SWT setiap saat. Ketika berkomunikasi dengan Allah SWT, pastikan benar-benar sedar ke Allah.

Di dalam solat pula, rasakan benar-benar sedar ke Allah dalam setiap rukun solat tu. Caranya..lamakan dalam setiap rukun kita tu. Benar-benar sambung....diam...kemudian barulah teruskan ke rukun seterusnya. Lakukan terus mulai saat ini.

2. Setiap hal dalam kehidupan ini merupakan pilihan. Tidak ada satu pun yang tiada pilihan. Ambil dalam hal makan pun sudah cukup.

Nak berbuka di mana, dengan siapa, makan apa hari ini, masak ke beli, nak beli di mana.....etc..

Semuanya pilihan. Lalu setiap membuat pilihan, tanya Allah SWT dengan sungguh-sungguh. Mesti sungguh-sungguh iaitu ketika tanya Allah SWT, sedar benar-benar akan Allah SWT.

3. Nafsu itu di fikiran. Banyak fikir, lagi banyak nafsu. Makanya nanti kalau pergi pasar ramadhan, siapkan dulu plan nak makan apa sebelum pergi. Beli ala kadar.

Plan tidak semestinya ditulis. Cukup di dalam kepala. Tapi jangan mereka-reka ingin makan itu ini.

Jika tiada plan, tunggu sampai di pasar ramadhan dan ingin lihat apa yang ada di pasar ramadhan baru nak beli....pasti membazir. Benar...cubalah.

Angkat kesedaran ketika ini bahawa rasa nak makan itu ini adalah sebenarnya kehendak nafsu. Tekad selepas beli sekadarnya, terus balik.

Tak perlu pusing habis satu pasar ramadhan. Nanti makin pusing...makin banyak fikir...makin banyak nafsu.

Tekad benar-benar. Sedar yang inginkan semua ini adalah JASADKU bukan AKU. Jasadku selalu membawa aku jauh daripada fitrah. Lalu kuatkan kesedaran ini....kerana yang SEDAR inilah AKU yang sebenar.

4. Dirikan solat terawih dengan benar-benar istirehat. Yang dikejarkan itu bukan jumlah solatnya tetapi berapa kuat sedar kita ke Allah dengan solat terawih itu.

Lamakan rukuk, sujud...biar benar-benar bertemu (sedar) akan Allah SWT. Pastikan benar-benar bertemu. Pasti manafaatnya terasa. Pasti. Terutama jiwa itu menjadi tenang.

Berserah itu juga akan meningkat.

5. Sedekah itu perlu mencontohi peristiwa Qabil dan Habil. Syarat sedekah yang sedia maklum sudah tentulah salah satunya dari sumber yang halal. Saya tidak mahu ulas yang ini kerana ini sedia maklum.

Yang saya ingin ulas di sini adalah syarat terbaik ketika melakukan sedekah. Syarat melakukan sedekah:
a. Ikhlas
b. Harta yang kita sayang

Kalau beri duit tu, naikkan nilai sampai ke nilai yang kita sayang. Nilai itulah diberikan sebagai sedekah.

Cth, mula-mula beri RM5...rasa tak kisah..naikkan lagi..RM10..masih tak kisah..naikkan terus..sampai RM30 sebagai cth, rasa sayang nak beri sebab dalam poket ada RM50 je....hah! nilai itulah (RM30) yang diberikan.

Jika rasa tidak ikhlas kerana nilai itu nilai yang kita sayang, SEDAR kan diri kita itu...bahawa kita sedang berlatih untuk TIDAK TERIKAT dengan harta. Dengan sedar begini, inshaAllah perlahan-lahan kita akan redha dengan jumla harta yang diberikan.

"Ya Allah akan sedang berlatih ya Allah. Ikhlaskan aku ya Allah. Aku rela ya Allah..aku rela...terima kasih ya Allah..terima kasih.

6. Ramadhan kali ini cuba memahami Al-Quran menggunakan terjemahan Al-Quran kerana saya yakin setiap Ramadhan yang lepas kita beberapa kali Qatam Al-Quran. Kali ini cuba baca makna seluruh Al-Quran dalam bahasa melaysia memandangkan kita bukanlah hebat di dalam bahasa Al-Quran.

Terjemahan Al-Quran yang dibaca secara terus akan mudah difahami kemudian di tambah dengan tafsir. Jika seperti biasa kita membaca satu ayat...kemudian baca makna..kemudian baca lagi..kemudian baca makna, agak sukar untuk kita memahami setiap surah itu.

Setiap surah itu ada peristiwa dan juga ajaran-ajaran yang Allah SWT berikan. Kali ini dibaca maknanya terus dari awal surah hingga akhir. Tak salah kalau sayakan...macam kita baca novel tu. Baca terus maknanya bermula surah Al-Fatihah sampai ke An-nas.

Pasti saudara semua akan mula perlahan-lahan faham surah-surah yang ada di dalam Al-Quran. Ada banyak cerita sebenarnya yang akan difahami.

7. Teruskan komunikasi dengan Allah SWT ketika melakukan aktiviti untuk mengekalkan kesedaran kita pada Allah. Jika tiada aktiviti, diamlah...dan angkat kesedaran terus ke Allah. Panggil Allah SWT dengan perlahan-lahan...ya Allah....ya Allah...

8. Bersyukur itu mestilah didahulukan dengan kesedaran bahawa setiap sesuatu adalah atas keinginan dan kehendak Allah SWT.

Makanya, ketika kita bersyukur mendapat rezeki....syukurlah kerana Allah SWT ingin kita ini menerima rezeki. Jika kita diberikan ketenangan..kebahagiaan...syukurlah kerana Allah SWT ingin beri kita ketenangan dan kebahagiaan itu.

Sedarlah hal ini, pasti tahap kesyukuran...iaitu terima kasihnya kita ke Allah SWT akan meningkat dan terus meningkat. Walaupun kita tahu nilainya tidak terjangkau dengan keinginan Allah SWT ke atas diri kita, teruslah ucapkan terima kasih ya Allah..terima kasih.

Akhirnya:
Mudah-mudahan dengan bahasa yang mudah saya ulas hal-hal di atas, kita mampu memiliki apa yang dijanjikan oleh Allah SWT iaitu menjadi insan yang bertaqwa iaitu yang sentiasa sedar ke Allah SWT setiap saat.

Semua di atas adalah sesuatu yang mampu dilakukan setiap orang. Sangat mudah. Saya yakin. Namun hasilnya pasti hebat...lakukan.

Mereka yang sentiasa sedar ke Allah SWT setiap saat, pasti mudah berserah....jiwa tenang...tiada kecewa..tiada sedih...tiada sakit hati..tiada marah...tiada dengki....

Yang ada hanyalah rindu pada Allah SWT....rasa cinta ke Allah.... dan sebenarnya tidak mampu dihuraikan tentang rasa yang akan di miliki. Yang pasti akan menikmati rasa yang tiada rasa. Yang pasti setiap kita akan merasai rasa nyata hidup bertuhan.

Dan semua rasa yang tiada rasa itu....merupakan fitrah diri kita yang sebenar....yang sentiasa ingin berada dekat dengan Yang Maha Pengasih...dan Maha Penyayang.

Kemudian pastinya di sana nanti Allah SWT akan terus menambahkan kasih sayangnya. Ditambahnya rasa bahagia, diperbanyakkan KEBERKATAN rezeki walaupun rezeki tidak bertambah namun jika ia berkat, pasti rezeki itu sangat mencukupi. Bukan untuk kita dan keluarga sahaja, bahkan mampu dikongsi dengan mereka yang memerlukan.

Setelah kita mampu berserah..kembali kepada fitrah, barulah hubungan sesama manusia akan lebih akrab. Kita memohon maaf dan memaafkan dengan penuh ikhlas kerana jiwa-jiwa kita diilhamkan Allah SWT dengan kefahaman bahawa tiada perlunya bersengketa sesama kita kerana kita menyembah Tuhan yang sama....Allah Yang Maha Esa dan kita akan sama-sama akan kembali kepadaNya suatu hari nanti.

Semoga kita semua akan benar-benar kembali kepada fitrah. PASTIKAN YANG BERPUASA ITU ADALAH JASAD DI DALAM MEMUTUSKAN KEHENDAK JASAD (NAFSU) DENGAN APA YANG DIINGINKANNYA (HAWA). Inilah yang dikatakan berpuasa. NAMUN SANG AKU (NAFS) TETAP KUAT UTUH SAMBUNG KE ALLAH.

Selamat Berlatih....Salam Ramadhan.

Dibenarkan untuk disebarkan. Tidak perlu meminta kebenaran. Sebarkan jika ia bermanafaat.

Monday, 26 July 2010

bahagia..

apabila berjaya membahagiakan. Ya, inilah hakikat kebahagiaan yang sebenar. Biar apa pun jalannya, biar apa pun caranya, fitrah manusia bahagia adalah manusia yang paling banyak membahagiakan orang lain.

Sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah saw, tidak sempurna iman seseorang kamu melainkan kamu menyukai atas diri sahabatmu sesuatu yang kamu sukai ke atas diri mu sendiri.

Semua kita mengharapkan kebahagiaan. Semua kita berdoa agar dikurniakan kebahagiaan dunia dan Akhirat. Maka bahagiakanlah, terutama orang-orang yang kita sayang. Maka akan pastilah kebahgiaan mereka itu melahirkan kebahagiaan yang tidak terhingga buat kita. PASTI!

Cuba tanya dalam diri, apakah yang kita mahukan dari wajah seseorang, senyuman atau tangisan? Pasti kita mengharapkan senyuman, kerana senyuman tanda kebahagiaan. Nabi mengingatkan, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Allah pula menggalakkan hamba-hambanya berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Maka, mulakanlah senyuman dari diri kita. 'You get what you give' dan 'You give what you want to receive in return' adalah antara pepatah-pepatah inggeris yang menepati kehendak akhlak di dalam Islam.

Kita selalu terlupa akan diri kita dalam kehidupan yang terlalu 'people-oriented' di zaman ini. Kebanyakan kita terlalu mementingkan apa orang lain kata terhadap diri kita, lebih daripada apa yang kita rasa tentang diri kita. Kita yang seperti ini selalu lupa untuk membahagiakan diri kita sebelum kita membahagiakan orang lain. Bila kita tidak bahagia, bagaimana kita mahu membahagiakan orang lain.

Perlu kita ingat, kebahagiaan hakiki tidak terletak kepada barang-barang dunia. Kita hanya bahagia bila kita punya rumah besar, gaji banyak, anak ramai, kereta mahal, pakaian cantik dan sebagainya. Ini semua tidak kekal. Yang akan kekal hanyalah kebahagiaan yang bersumber dari yang maha mengurniakan kebahagiaan, yang maha sempurna. Kalau mahu kebahagiaan yang kekal, carilah daripada yang maha kekal, yang tiada awal dan tiada akhir..

wallahu'alam.

Wednesday, 30 June 2010

Pindah..

Assalamualaikum semua.

Semuga ceria di pagi yang indah ini. Saya sedang mengusahakan keceriaan diri sendiri. Menaip, dengan harapan dapat memberi keceriaan, insya Allah.

Alhamdulilah, kami sekeluarga telah berpindah rumah. Untuk kali ke3 dalam masa 4 tahun, masya Allah. Insya Allah kali ini kami akan kekal di sini kerana suami berniat membelinya.

Kali pertama saya datang melihat rumah ini yang ketika itu dipenuhi barang empunya rumah dalam keadaan bersepah, saya tidak merasai apa2 perasaan pun. Kosong. Yang pasti, ianya lebih besar dari rumah sewa kami ketika itu. 5 bilik di tingkat atas dengan sedikit ruang di tengah untuk bersantai bersama keluarga, dan sebuah bilik di dapur untuk bibik. Ruang dalam telah di besarkan menyebabkan ruang luar amat terhad. Oleh kerana jalan masuk ke rumah tersebut dari jalan besar adalah jalan mati, maka tidak bimbang untuk anak2 bermain di luar pagar rumah. Dapur pula ada 2 bahagian, dapur basah dan dapur kering. alhamdulilah, sangat2 luas untuk kami 6 beranak.

Saya bingung. Kali kedua saya pergi, rumah telah dikosongkan. Saya melihat potensi yang sangat besar terhadap rumah tersebut untuk dijadikan kediaman keluarga. Namun jiwa saya masih kosong, tiada perasan apa. Suka tidak, benci pun tidak. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran..

Kami sudah selalu sangat berpindah rumah dan tempat tinggal. Bermula dari alam pelajar ke alam rumahtangga. Saya di Cardiff, suami di Liverpool. 2 rumah berbeza. Sedang di Cardiff ketika tahun akhir, saya dan baby sulung, punya 2 rumah sewa berbeza. Setelah habis belajar, saya berpindah ke Liverpool. Seperti badwi gayanya, dalam masa 3 tahun, kami sudah berpindah 6 kali. Ianya meletihkan. Saya meletakkan tekanan kewangan sebagai asbab utama. ditambah juga asbab2 yang lain, contohnya dari segi keluasan rumah apabila anak bertambah, keselamatan kawasan sekeliling, dan banyak lagi alasan2 lain.

Saya mungkin sudah jemu dengan kehidupan itu. Saya mahu menetap di suatu tempat. Mengusahakan sebuah kehidupan. Saya sudah letih.. mungkin faktor usia, mungkin juga faktor-faktor lain. Entahlah..

Saya setuju, dalam kehidupan ini tiada yang statik. Semuanya berubah, wajib berubah. Sedang peringatan Allah di dalam al Quran, berubahlah kalau mahukan perubahan dan Allah janji akan mengubahnya. Tapi CHANGE dan TRANSFORM adalah 2 perkara berbeza. Saya lebih menyukai TRANSFORM dari CHANGE.

Ambil sehelai tisu. Bentuknya adalah segiempat sama. Apabila dilipat, ia menjadi segiempat tepat. Apabila dilipat sekali lagi, ia menjadi segiempat sama, segitiga dan seterusnya. Maksudnya dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Ada yang menjadi perbandingan.

Ambil pula diri kita manusia. Allah yang maha kuasa, dengat kudrat dan iradatNya telah menjadikan kita manusia dari setitis air hina, yang kemudian dibentuk menjadi seketul daging. Allah sebagai Pencipta dengan 99 sifatNya yang maha sempurna telah menciptakan kita lalu terpancarlah sifat yang maha mencipta itu ke dalam diri ciptaanNya. Tanamkan dalam jiwa dan aqal kita bahawa dalam sesuatu ketika itu kita boleh bersifat dengan 99 sifat Allah itu tadi.

Ambil satu situasi, anak kita tumpahkan air dari cawan yang dipegangnya. Apa tindakan kita? Tindakan kita dikawal oleh cara fikir kita. Dan cara fikir kita adalah berdasarkan perasan kita ketika itu. Jika kita baru sahaja bergaduh dengan suami, sudah pasti anak itu akan dimarahi kerana kita sedang dalam keadaan marah, benci, sakit hati etc.. Jika kita baru sahaja terima gaji, kita pasti akan bertindak lebih positif, memaafkan anak kita, dengan lembut memintanya membersihkan air
tersebut dan cara-cara lain yang menggambarkan perasaan kita ketika itu.

Fizikal kita akan berubah. Bagaimana dengan emosi dan spiritual kita? Manusia ini Allah ciptakan dengan 3 perkara ini. Akan saya sentuh dalamm penulisan yang akan datang. Semuga perkongsian kali ini bermanfaat. Wallahu'alam.

Sunday, 20 June 2010

If A Child Lives With. . .

If A Child Lives With. . .

by Dorothy Law Nolte

If a child lives with criticism. . . . . . . .he learns to condemn.

If a child lives with hostility. . . . . . . . he learns to fight.

If a child lives with fear. . . . . . . .he learns to be apprehensive.

If a child lives with jealousy. . . . . . . .he learns to feel guilt.

If a child lives with tolerance. . . . . . . .he learns to be patient.

If a child lives with encouragement . . . . . . . .he learns to be confident.

If a child lives with praise. . . . . . . .he learns to be appreciative.

If a child lives with acceptance. . . . . . . .he learns to love.

If a child lives with approval. . . . . . . .he learns to like himself.

If a child lives with recognition . . . . . . . .he learns that it is good to have a goal.

If a child lives with honesty. . . . . . . .he learns what truth is.

If a child lives with fairness. . . . . . . .he learns justice.

If a child lives with security. . . . . . . .he learns to trust in himself and others .

If a child lives with friendliness. . . . . . . .he learns the world is a nice place in which to live.

Sunday, 23 May 2010

Kongsi ilmu..

Assalamualaikum untuk semua.



Semuga kebahagiaan, ketenangan, kasih sayang dan kesihatan yang baik, dikurniakan Allah kepada kita semua, insya Allah. Tiada yang lebih berharga daripada kehidupan yang bermatlamatkan redha Allah dalam perjalanan di dunia sementara ini.


Setelah berhari-hari mencari semangat dan masa untuk mencurahkan apa yang terbuku di hati dan minda demi sebuah perkongsian dengan harapan ianya dapat memberikan sesuatu buat bekal dalam perjalanan hidup. Cemburu melihat sahabat-sahabat lain yang berjaya meng'update' blog masing-masing walau dalam kekalutan menjalani kehidupan seharian. Mungkin kekuatan yang diberikan oleh Allah hasil usaha dan minat bloggers terlibat.

Hari ini ingin berkongsi sedikit ilmu yang dikutip di dataran ilmu beberapa minggu lepas. Pengisian yang sepatutnya diisi oleh Tok guru nik Aziz digantikan oleh anaknya Ustaz Nik abduh. Alhamdulilah, walaupun saya berada dalam masa yang singkat di situ, namun ilmu yang saya dapat ini sukalah dikongsikan di sini.

Ustaz berkongsi tentang maksiat pertama yang berlaku dan dicatatkan di dalam Al Quran, iaitulah peristiwa syaithan yang tidak mahu sujud kepada nabi adam sebagaimana perintah Allah ke atas semua malaikat. Sifat SOMBONG syaithan yang merasakan dia lebih baik kerana dijadikan daripada api berbanding nabi adam yang dijadikan daripada tanah.

Maksiat yang kedua berlaku ketika nabi adam tertipu dengan godaan syaithan agar memakan buah yang dilarang Allah ketika di dalam syurga. Sedangkan segala perkara di syurga itu dibenarkan Allah kecuali buah dari pohon larangan itu, sifat TAMAK nabi adam yang termakan hasutan Syaithan dan godaan isterinya, siti hawa yang merasa teruja di atas larangan yang satu itu. Mereka berdua kemudiannya menyesal dan merayu kepada Allah agar diampunkan dosa mereka. Allah menghukum mereka dengan mengeluarkan mereka dari syurga dan dipisahkan suami dan isteri itu ketika di hantar kedunia. Setelah bersungguh2 memohon keampunan, Allah menerima taubat mereka dan bertemulah kembali kedua suami isteri itu memulakan kehidupan di dunia yang fana ini.

Maksiat yang ketiga pula adalah peritiwa pembunuhan anak nabi adam hasil sifat HASAD DENGKI saudara kembarnya yang akhirnya bertindak di luar kawalan. Ketiga-tiga penyakit yang di'highlight' di atas ada di dalam hati setiap manusia. Cuma mereka yang sedar akan hakikat ini dan berjihad melawan serta mencari penawar kepada penyakit-penyakit ini akan terselamat, selamat di dunia dan di akhirat.

Tentunya jihad melawan hawa nafsu yang duduknya di hati manusia ini adalah jihad yang diiktiraf nabi. Malahan lebih utama, lebih susah dan lebih kerap daripada jihad qital. Hanya IMAN yang mantap dapat memastikan kemenangan di dalam peperangan ini. Sifat IHSAN yang merasakan diri sentiasa di perhatikan merupakan asas kepada IMAN yang mantap. Semuga kit semua merasa sentiasa diperhatikan.. wallahu'alam.

Tuesday, 18 May 2010

perkongsian usrah semalam..

Assalamualaikum semua..

Alhamdulilah, semalam usrah nisa' KB berjaya diadakan buat sekian kalinya. Saya keluar dari rumah mengetahui perkara yang saya lakukan adalah perkara yang Allah suka, saya niatkan pemergian saya untuk mendapatkan ilmu baru dan mengeratkan ukhuwwah. Hasilnya, saya dapat ilmu baru walaupun perkara yang kami bincangkan adalah perkara yang saya sudah tahu. Tetapi disebabkan perkara itu dilihat dari sudut yang lain, maka jadilah ianya ilmu baru bagi saya.

Perbincangan pertama adalah berkaitan tafsir ayat 27-36 surah An Naaziat. Antara perkara yang disentuh di dalam perbincangan ini adalah sifat-sifat Allah. Kata orang, tak kenal maka kita tak cinta. Dan cinta yang agung dan hakiki hanyalah cinta kepada Yang Maha Mencipta lagi Maha Pengasih, Maha Agung, Maha Penyayang.. Tak cukup kata-kata untuk dipuji dan dipuja kekasih hati Yang Satu ini.. Lost for words, kata orang putih.

Kemudian perbincangan berpindah kepada buku Amal Jama'ie tulisan Al-fadhil ustaz Yahya Osman, salah seorang tok guru yang dihormati bukan setakat di Kelantan, tetapi di mana-mana tempat yang ada pengikut PAS. Bab 8 menyentuh kewajiban harakah terhadap ahli-ahlinya.

Kewajiban harakah yang paling utama adalah memastikan ahli-ahlinya memahami tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim iaitulah seperti yang disebut di dalam Al Quran surah Adz Dzaariyat yang bermaksud: 'tidak Aku jadikan jin dan manusia hanya semata-mata untuk mengABDIkan diri kepada KU.'

Kita semua tahu bahawa iblis dan syaithan adalah musuh utama manusia semenjak nabi adam dijadikan. Pertentangan ini akan berlaku sehingga qiamat, dan bagi setiap manusia, iblis akan sentiasa menggoda kearah keburukan sehingga ruh terpisah dari jasad. Oleh kerana inilah manusia diwajibkan berjihad. Tidak perlu ke medan jihad di kawasan atau negara tertentu, jihad ini berlaku setiap masa, setiap saat, di mana-mana. Jihad menentang hawa nafsu yang sentiasa di goda syaithan agar manusia bersama-samanya di neraka kelak.

Untuk berjihad, manusia perlu kenal siapa musuhnya. Manusia perlu siapkan keperluan untuk menentang musuhnya. Keperluan yang utama adalah ilmu pengetahuan. Ilmu ini wajib diaplikasikan agar tanggungjawab manusia terhadap ilmu itu tertunai.

TAHU----> FAHAM----> SEDAR------> BUAT.

Semuga bermanfaat..


Wednesday, 12 May 2010

Alhamdulilah..

It haas been more than a year since i last updates this baby.. How time flies and i felt terribly sad that i have left this baby unattended. When i first started, i had always knew that this is one of the things that i love doing.. and yet i left knowing that i will be back one day.

Alhamdulilah, i still remember my username and password. Thanks to all that have been visiting and i do appreciate it. I am so sorry for any unattend messages that were left for me. I hope now that i am back, i will be back for good.

My initial intention of setting this up initially is a way of sharing my thoughts, my actions and my feelings with those who care. And i believe that this is a good way of daawah. The most people in number that i can reach physically per day will be around 10, which includes 5 of my kids. But online, thousands can be connected. And i love to be connected..

Today, i just want to share a beautiful hadith that i pinned on my wall as a way of daily reminder to me.. 'ENVY is permitted only in TWO cases, of a man whom ALLAH gives WEALTH and he disposes of it righfully, and a man whom ALLAH gives knowledge, and he applies and teaches it' (Bukhari).

Hope you will benefit from this too.. as i do, insya Allah!!!