Alhamdulilah, semalam usrah nisa' KB berjaya diadakan buat sekian kalinya. Saya keluar dari rumah mengetahui perkara yang saya lakukan adalah perkara yang Allah suka, saya niatkan pemergian saya untuk mendapatkan ilmu baru dan mengeratkan ukhuwwah. Hasilnya, saya dapat ilmu baru walaupun perkara yang kami bincangkan adalah perkara yang saya sudah tahu. Tetapi disebabkan perkara itu dilihat dari sudut yang lain, maka jadilah ianya ilmu baru bagi saya.
Perbincangan pertama adalah berkaitan tafsir ayat 27-36 surah An Naaziat. Antara perkara yang disentuh di dalam perbincangan ini adalah sifat-sifat Allah. Kata orang, tak kenal maka kita tak cinta. Dan cinta yang agung dan hakiki hanyalah cinta kepada Yang Maha Mencipta lagi Maha Pengasih, Maha Agung, Maha Penyayang.. Tak cukup kata-kata untuk dipuji dan dipuja kekasih hati Yang Satu ini.. Lost for words, kata orang putih.
Kemudian perbincangan berpindah kepada buku Amal Jama'ie tulisan Al-fadhil ustaz Yahya Osman, salah seorang tok guru yang dihormati bukan setakat di Kelantan, tetapi di mana-mana tempat yang ada pengikut PAS. Bab 8 menyentuh kewajiban harakah terhadap ahli-ahlinya.
Kewajiban harakah yang paling utama adalah memastikan ahli-ahlinya memahami tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim iaitulah seperti yang disebut di dalam Al Quran surah Adz Dzaariyat yang bermaksud: 'tidak Aku jadikan jin dan manusia hanya semata-mata untuk mengABDIkan diri kepada KU.'
Kita semua tahu bahawa iblis dan syaithan adalah musuh utama manusia semenjak nabi adam dijadikan. Pertentangan ini akan berlaku sehingga qiamat, dan bagi setiap manusia, iblis akan sentiasa menggoda kearah keburukan sehingga ruh terpisah dari jasad. Oleh kerana inilah manusia diwajibkan berjihad. Tidak perlu ke medan jihad di kawasan atau negara tertentu, jihad ini berlaku setiap masa, setiap saat, di mana-mana. Jihad menentang hawa nafsu yang sentiasa di goda syaithan agar manusia bersama-samanya di neraka kelak.
Untuk berjihad, manusia perlu kenal siapa musuhnya. Manusia perlu siapkan keperluan untuk menentang musuhnya. Keperluan yang utama adalah ilmu pengetahuan. Ilmu ini wajib diaplikasikan agar tanggungjawab manusia terhadap ilmu itu tertunai.
TAHU----> FAHAM----> SEDAR------> BUAT.
Semuga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment