Assalamualaikum untuk semua.
Semuga kebahagiaan, ketenangan, kasih sayang dan kesihatan yang baik, dikurniakan Allah kepada kita semua, insya Allah. Tiada yang lebih berharga daripada kehidupan yang bermatlamatkan redha Allah dalam perjalanan di dunia sementara ini.
Setelah berhari-hari mencari semangat dan masa untuk mencurahkan apa yang terbuku di hati dan minda demi sebuah perkongsian dengan harapan ianya dapat memberikan sesuatu buat bekal dalam perjalanan hidup. Cemburu melihat sahabat-sahabat lain yang berjaya meng'update' blog masing-masing walau dalam kekalutan menjalani kehidupan seharian. Mungkin kekuatan yang diberikan oleh Allah hasil usaha dan minat bloggers terlibat.
Hari ini ingin berkongsi sedikit ilmu yang dikutip di dataran ilmu beberapa minggu lepas. Pengisian yang sepatutnya diisi oleh Tok guru nik Aziz digantikan oleh anaknya Ustaz Nik abduh. Alhamdulilah, walaupun saya berada dalam masa yang singkat di situ, namun ilmu yang saya dapat ini sukalah dikongsikan di sini.
Ustaz berkongsi tentang maksiat pertama yang berlaku dan dicatatkan di dalam Al Quran, iaitulah peristiwa syaithan yang tidak mahu sujud kepada nabi adam sebagaimana perintah Allah ke atas semua malaikat. Sifat SOMBONG syaithan yang merasakan dia lebih baik kerana dijadikan daripada api berbanding nabi adam yang dijadikan daripada tanah.
Maksiat yang kedua berlaku ketika nabi adam tertipu dengan godaan syaithan agar memakan buah yang dilarang Allah ketika di dalam syurga. Sedangkan segala perkara di syurga itu dibenarkan Allah kecuali buah dari pohon larangan itu, sifat TAMAK nabi adam yang termakan hasutan Syaithan dan godaan isterinya, siti hawa yang merasa teruja di atas larangan yang satu itu. Mereka berdua kemudiannya menyesal dan merayu kepada Allah agar diampunkan dosa mereka. Allah menghukum mereka dengan mengeluarkan mereka dari syurga dan dipisahkan suami dan isteri itu ketika di hantar kedunia. Setelah bersungguh2 memohon keampunan, Allah menerima taubat mereka dan bertemulah kembali kedua suami isteri itu memulakan kehidupan di dunia yang fana ini.
Maksiat yang ketiga pula adalah peritiwa pembunuhan anak nabi adam hasil sifat HASAD DENGKI saudara kembarnya yang akhirnya bertindak di luar kawalan. Ketiga-tiga penyakit yang di'highlight' di atas ada di dalam hati setiap manusia. Cuma mereka yang sedar akan hakikat ini dan berjihad melawan serta mencari penawar kepada penyakit-penyakit ini akan terselamat, selamat di dunia dan di akhirat.
Tentunya jihad melawan hawa nafsu yang duduknya di hati manusia ini adalah jihad yang diiktiraf nabi. Malahan lebih utama, lebih susah dan lebih kerap daripada jihad qital. Hanya IMAN yang mantap dapat memastikan kemenangan di dalam peperangan ini. Sifat IHSAN yang merasakan diri sentiasa di perhatikan merupakan asas kepada IMAN yang mantap. Semuga kit semua merasa sentiasa diperhatikan.. wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment