Assalamualaikum semua.
Semuga ceria di pagi yang indah ini. Saya sedang mengusahakan keceriaan diri sendiri. Menaip, dengan harapan dapat memberi keceriaan, insya Allah.
Alhamdulilah, kami sekeluarga telah berpindah rumah. Untuk kali ke3 dalam masa 4 tahun, masya Allah. Insya Allah kali ini kami akan kekal di sini kerana suami berniat membelinya.
Kali pertama saya datang melihat rumah ini yang ketika itu dipenuhi barang empunya rumah dalam keadaan bersepah, saya tidak merasai apa2 perasaan pun. Kosong. Yang pasti, ianya lebih besar dari rumah sewa kami ketika itu. 5 bilik di tingkat atas dengan sedikit ruang di tengah untuk bersantai bersama keluarga, dan sebuah bilik di dapur untuk bibik. Ruang dalam telah di besarkan menyebabkan ruang luar amat terhad. Oleh kerana jalan masuk ke rumah tersebut dari jalan besar adalah jalan mati, maka tidak bimbang untuk anak2 bermain di luar pagar rumah. Dapur pula ada 2 bahagian, dapur basah dan dapur kering. alhamdulilah, sangat2 luas untuk kami 6 beranak.
Saya bingung. Kali kedua saya pergi, rumah telah dikosongkan. Saya melihat potensi yang sangat besar terhadap rumah tersebut untuk dijadikan kediaman keluarga. Namun jiwa saya masih kosong, tiada perasan apa. Suka tidak, benci pun tidak. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran..
Kami sudah selalu sangat berpindah rumah dan tempat tinggal. Bermula dari alam pelajar ke alam rumahtangga. Saya di Cardiff, suami di Liverpool. 2 rumah berbeza. Sedang di Cardiff ketika tahun akhir, saya dan baby sulung, punya 2 rumah sewa berbeza. Setelah habis belajar, saya berpindah ke Liverpool. Seperti badwi gayanya, dalam masa 3 tahun, kami sudah berpindah 6 kali. Ianya meletihkan. Saya meletakkan tekanan kewangan sebagai asbab utama. ditambah juga asbab2 yang lain, contohnya dari segi keluasan rumah apabila anak bertambah, keselamatan kawasan sekeliling, dan banyak lagi alasan2 lain.
Saya mungkin sudah jemu dengan kehidupan itu. Saya mahu menetap di suatu tempat. Mengusahakan sebuah kehidupan. Saya sudah letih.. mungkin faktor usia, mungkin juga faktor-faktor lain. Entahlah..
Saya setuju, dalam kehidupan ini tiada yang statik. Semuanya berubah, wajib berubah. Sedang peringatan Allah di dalam al Quran, berubahlah kalau mahukan perubahan dan Allah janji akan mengubahnya. Tapi CHANGE dan TRANSFORM adalah 2 perkara berbeza. Saya lebih menyukai TRANSFORM dari CHANGE.
Ambil sehelai tisu. Bentuknya adalah segiempat sama. Apabila dilipat, ia menjadi segiempat tepat. Apabila dilipat sekali lagi, ia menjadi segiempat sama, segitiga dan seterusnya. Maksudnya dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Ada yang menjadi perbandingan.
Ambil pula diri kita manusia. Allah yang maha kuasa, dengat kudrat dan iradatNya telah menjadikan kita manusia dari setitis air hina, yang kemudian dibentuk menjadi seketul daging. Allah sebagai Pencipta dengan 99 sifatNya yang maha sempurna telah menciptakan kita lalu terpancarlah sifat yang maha mencipta itu ke dalam diri ciptaanNya. Tanamkan dalam jiwa dan aqal kita bahawa dalam sesuatu ketika itu kita boleh bersifat dengan 99 sifat Allah itu tadi.
Ambil satu situasi, anak kita tumpahkan air dari cawan yang dipegangnya. Apa tindakan kita? Tindakan kita dikawal oleh cara fikir kita. Dan cara fikir kita adalah berdasarkan perasan kita ketika itu. Jika kita baru sahaja bergaduh dengan suami, sudah pasti anak itu akan dimarahi kerana kita sedang dalam keadaan marah, benci, sakit hati etc.. Jika kita baru sahaja terima gaji, kita pasti akan bertindak lebih positif, memaafkan anak kita, dengan lembut memintanya membersihkan air
tersebut dan cara-cara lain yang menggambarkan perasaan kita ketika itu.
Fizikal kita akan berubah. Bagaimana dengan emosi dan spiritual kita? Manusia ini Allah ciptakan dengan 3 perkara ini. Akan saya sentuh dalamm penulisan yang akan datang. Semuga perkongsian kali ini bermanfaat. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment