Tuesday, 2 September 2008

Ramadhan Mubarak..

Ramadhan datang lagi. Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana masih di berikan nikmat untuk sekali lagi menikmati kelebihan bulan yang penuh barakah ini. Bulan maghfirah, bulan yang paling banyak kelebihan berbanding bulan-bulan lain.

Lama beruzlah.. Masalah pada talian telefon di rumah yang menyebabkan streamyx mengalami gangguan. Alhamdulilah, setiap yang sakit akan pulih bila di beri ubat. Makanya, aku menulis semula.

Terlalu banyak perkara berlaku, namun tidak sempat hendak ku catatkan. Pengalaman bersama Pemuda Kelantan di Pulau Pangkor, tempat yang begitu menyegarkan minda dan mendamaikan kalbu. Cuti persekolahan yang membawa kepada perasaan berbulan madu, kebetulan tarikh ulangtahun perkahwinan yang jatuh pada minggu tersebut. Dan catatan terakhir yang sepatutnya ku sertakan di blog ini, percutian ke Pulau Pinang bersempena kempen pilihanraya Permatang Pauh. Ucapan penghargaan buat suami ku yang telah menciptakan kenangan-kenangan tersebut..

Aku bersyukur.. Terima kasih kepada Saifulislam.com yang telah mencetuskan kemahuan diri untuk meminjam buku Psikologi Asuhan Keluarga yang dikarang oleh En Abdullah Hassan dan Pn AinonMohd, terbitan PTS. Buku dipinjam dari Perpustakaan Awam Kelantan. 2 jilid buku ini begitu merangsang minda, sesuai untuk tazkirah diri yang lupa. Diri yang mahu mencari ubat kepada penyakit yang melanda hati dan pemikiran.


Alhamdulilah, sesungguhnya benarlah ayat itu yang berbunyi.. Allah tidak akan mengubah nasib seseuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mahu mengubahnya. Kita wajib berusaha mengubah nasib diri kita. Bagaimana? Cara yang pertama: ILMU. Membaca adalah asas kepada ilmu. Yang paling utama adalah Al Quran. Namun bagi diri kerdil yang begitu jauh dari kemahiran kefahaman bahasa arab, buku2 lain yang setakat ini telah kubaca banyak membantu mengubah persepsi dan kefahaman mengenai kehidupan itu sendiri. Manusia itu kompleks menurut sesetengah pemikir. Sebenarnya tidak payah untuk mengenal manusia. Sifat manusia tidak pernah berubah. Melalui pemerhatian dan pembacaan, proses mengenal manusia menjadi mudah.

Benar fitrah itu suci. Bayi dilahirkan dalam keadaan suci. Fitrah manusia yang berkehendak kepada makan dan minum itu suci. Hanya manusia yang mengotorkan fitrah itu apabila makan dan minum dengan berlebihan. Makan dan minumnya benda-benda yang haram. Fitrah manusia yang berkehendak kepada kasih sayang itu suci. Hanya manusia yang mangasihi kerana harta, pangkat dan rupa itulah yang mengotorkan fitrah. Fitrah manusia berkehendak kepada seks itu suci. Hanya manusia yang mengotorkan fitrah itu apabila dilakukan diluat tabie dan tidak di ikat dengan ikatan pernikahan yang sah.

Fitrah manusia suka dipuji kerana pujian meningkatkan estim diri. Alasan itu diberikan oleh mana-mana pakar psikologi. Masalah kebanyakan manusia, terlalu berat mulut untuk memuji. Ramai yang hanya tahu mengeji. Satu demi satu kelemahan dan kekurangan itu dikutip dan dibesarkan lalu menyembunyikan kelebihan dan keistimewaan. Setuju dengan kata-kata pengarang bahawa kefahaman agama banyak menekankan kepada larangan, apa yang tidak boleh dilakukan. Nasihat yang diwar-warkan juga dalam bentuk yang negatif. Kadang-kadang dalam intonasi yang cukup pedih apabila dimuntahkan dalam bentuk sindiran.

Benarlah kata-kata itu, setiap amal itu dimulakan dengan niat. Namun sekiranya amal perbuatan itu tidak menepati syara', ianya juga tidak diterima sebagai amalan. Benarlah, manusia beragama hari ini lupa akan hikmah. Benar, agama itu nasihat. Namun peranan hikmah dengan mengamalkan habit pertama Stephen Covey (7 habits of Highly Effective People), cuba untuk memahami sebelum memahamkan amat-amat diperlukan oleh setiap diri terutama mereka yang bergelar pendakwah.

Orang Melayu berpesan.. masuk kandang kambing mengembek.

1 comment:

Unknown said...

rajin ni'mah ni membaca. patut le lama tak datang ke zahra'. rindu jugak le kalau lama-lama tak jumpa kawan... hehehe