Thursday, 18 September 2008

Roda-roda kehidupan..

Roda kereta berputar bila kereta bergerak. Berpusing-pusing, sekejap di atas, sekejap di bawah. Macam tu jugak hidup. Kejap kita bahagia. Kejap kita derita. Kejap kita miskin. Lepas tu kita rasa kaya. Kejap kita sakit, tapi lebih kerap sihat. Kejap je kita muda, lepas tu kita tua. Akhirnya.. mati.

Dalam buku Edward deBono, H+, dia kata manusia ni wajib menjadikan HAPPY sebagai lifestyle. Sebaliknya sedih itu datang sesekali. Kalau tengok TV katanya lagi, sokmo kita tengok orang sakit kat hospital, orang menangis lepas ribut taufan memusnahkan harta benda dan macam-macam kesedihan lagi. Itu kerana memang mudah menarik perhatian manusia kepada benda2 menyedihkan macam tu.

Dalam hidup ini, kita yang kawal hati kita. Kita yang tentukan apa yang kita nak rasa. Bertanggungjawab. Kenapa mesti biar hati kita sedih disebabkan perlakuan dan perkataan orang lain? Kita wajib tentukan diri kita gembira setiap masa. Dalam keadaan2 tertentu, macam kita sakit, batulah kita sedih. Doa banyak2 minta Allah sembuhkan kita..

Ramadhan dah nak masuk final stage. ada lebih kurang seminggu je lagi. Semuga kita sama2 rebut peluang mengimarahkan malam2 terakhir bulan yang penuh Barokah ini. Semuga Allah terima segala doa dan amalan kita. Ameen!!!

1 comment:

serikandi said...

nikmah, Insya-Allah kitorang balik raya tahun nih, awak balik JB tak? pasal tummy tuh, eheheh.... betul lah tu ;)