Damai itu di dalam hati. Dalam hiruk pikuk peperangan pun ada kedamaian. Dalam kesabaran itu lah terletaknya damai.
Sunday, 14 September 2008
Aku insan biasa.. versi saya.
Memang terasa benar nak catat sesuatu hari ini. Seperti biasa bila on internet, saifulislam.com menjadi alamat pertama yang dilawati. Terkena lagi.. Kali ini entri ustaz dengan tajuk aku insan biasa. Memang sebelum ini pun pernah di dalam keserabutan fikiran, ketenangan itu muncul disebalik bait-bait penulisan di saifulislam.com. Kali ini begitu juga..
'Mungkin kerana itu, tidak ramai motivator itu datang dari kaum perempuan. Keupayaan mengawal emosi, sentiasa ‘turun’ dengan daya motivasi yang tinggi, jarang sekali bisa diusahakan oleh insan bernama wanita.'
Aku petik dari entri ustaz. Aku boleh bersetuju dengan pernyataan ini. Fikiran berserabut beberapa minggu ini. Aku tak dapat bertahan. Hidup ini perlu membuat pilihan. Dan pilihan yang dibuat haruslah mengambil kira kos yang akan ditanggung. Dan kos itu bukan sahaja dari sudut kewangan, tetapi juga dari sudut fizikal dan emosi.
TASKA MURNI MINDA tidak berdaya untuk aku teruskan operasinya. Aku jadi buntu. Antara keluarga dan karier. Keputusan yang perlu diambil oleh setiap wanita yang bergelar isteri, ibu dan berkarier. Aku pasti ramai yang kurang senang dengan keputusan ini.
Sesungguhnya aku telah berusaha. Matlamat mengoperasikan sebuah taska demi membantu memberikan yang terbaik kepada bakal pelapis pimpinan masyarakat hari ini, tak mampu aku teruskan. Aku rasa bersalah kepada diri ku sendiri, suami dan anak-anak, juga kepada anak-anak yang diamanahkan kepadaku. Juga kepada ibubapa yang telah mengamanahkan anak-anak mereka kepadaku. Maafkan diriku...
Aku keletihan hari ini. Letih menguruskan anak-anak sendiri yang semakin membesar, yang memerlukan perhatian yang lebih dalam suasana masyarakat yang amat membimbangkan sekarang ini. Aku cuba memahami kesibukan suami yang bertungkus lumus membanting tulang 4 kerat, bukan setakat memenuhi keperluan kewangan keluarga. Namun keperluan untuk bergiat aktif di dalam parti demi memenuhi tuntutan dakwah dan Islam.
Keletihan itu menjadi pembunuh semangatku untuk meneruskan operasi taska. Aku tidak mampu.. Dengan masalah mencari pengasuh. Pengasuh yang silih berganti hampir 3 bulan sekali, memerlukan latihan sebaiknya. Aku keletihan.. Namun aku tidak kesal kerana aku sudah mencuba.
Ya, aku akui.. Kesilapan aku kerana tidak memikirkan semasak-masaknya sebelum memulakan operasi taska. Dalam perkiraanku, tidak ku fikirkan jalan keluar sekiranya faktor2 sekelilingku yang menyokong kepada penubuhan taska tersebut berubah. Faktor anak-anak yang berpindah sekolah. Faktor cikgu2 SRIP yang berhenti, dan membawa bersama mereka anak-anak yang diamanahkan kepada sebelum ini. Faktor latihan pengasuh setiap kali bertukar pengasuh baru.. Aduh.. MELETIHKAN.
Semuanya ini mengganggu emosi. Aku kecewa dengan keputusan ini namun sesuatu yang tidak dapat dielakkan, aku perlu memikirkan langkah seterusnya. Tidak guna menangisi hari semalam dan hari ini, aku perlu memikirkan jalan yang terbaik untuk mengurangkan kerugian yang sedia ada..
Ya Allah, semuga keputusan yang ku ambil ini adalah yang terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment