Saturday, 24 November 2007

Spoiled brat children?


Malam tadi terjumpa satu artikel dari google semasa sedang mencari-cari jawapan kepada persoalan bagaimana menangani masalah budak lelaki berumur 8 tahun. Artikel berbahasa inggeris ini mencadangkan ibubapa menggunakan ujian 4 perkataan untuk mengenal pasti samada anak-anak kita adalah manja.



The Borba Four-Word Test of a Spoiled Kid


There are four words that typically describe spoiled children. How is your child doing?

NO. She can't handle the word. He expects to get what he wants and usually does. Take my Toy store test: Your child is walking down the toy aisle and wants a toy he doesn't need. You say "no". Can your kid handle "no" -- or does he beg, nag or have a tantrum to get his way?


ME. She is self-centered and thinks the world revolves around her. She thinks more of herself than about others. She feels entitled and expects special favors and generally succeeds in getting them. He watches TV. You do the housework. She doesn't like the dinner. You cook another meal just for her. He wants an extension on his homework assignment that he never got around to doing and expects the teacher to give it to him.


GIMME. He is more into getting than receiving, because he has so much and he just wants more. She's generally unappreciative and a bit greedy. You can't think of what to give her for the holidays because she already has everything. He requests things only by brand name. She bases her character on what she owns and wears instead of who she is. Do you feel more like an ATM machine than a parent?


NOW. He just can't wait and wants things ASAP. It's just plain easier to give in to this child than to postpone his request. She interrupts when you're on the phone and expects you to stop. And you do. She whines to get the cookie "now" -- and can't wait until after dinner.


Sedikit petikan yang saya ambil dari laman web tersebut. Bimbang juga.. dilihat dari 4 perkataan tersebut, anak lelaki yang berumur 8 tahun di rumah lulus ujian ini dengan cemerlang. Walaupun tidak di setiap saat dia begitu tapi di kebanyakan waktu baba tiada di rumah dan ummi pula terlalu letih untuk melayan kelakuan dan kehendak anak-anak, di waktu itulah dia lulus ujian ini.


Sebagai ibu kepada 5 orang anak, saya akui kelemahan saya memahami anak lelaki yang berumur 8 tahun yang merupakan anak kedua saya. Alhamdulilah, anak perempuan sulung saya lebih mudah dibentuk dan didekati berbanding dengan yang kedua. Dia sukar mengikut arahan dan lebih banyak hidup dalam dunia dia sendiri. Saya akui ketinggian IQnya yang menyebabkan dia telah dan saya pasti akan berjaya dalam bidang akademiknya. Tetapi saya bimbang akan sikap dan kelakuannya yang mana sebagai seorang ibu, saya gawal mengawalnya.

Saya akui tentunya terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan, dan saya terpaksa akui yang sebagai ibu yang begitu perihatin terhadap anak-anak, saya perlu memahami anak-anak saya luaran dan dalaman.

Tahniah saya ucapkan kepada penerima anugerah ibu mithali bagi peringkat kebangsaan yang mana telah membesarkan anak-anaknya seramai 17 (kalau tak silap saya, atau 15) orang. Begitu besar jasa yang dicurahkan oleh ibu tersebut dalam membesarkan anak-anak melalui kepayahan, dan Alhamdulilah mereka semua berjaya dalam bidang masing-masing. Kebanyakan dari anak-anaknya merupakan guru, dan ramai juga di antara mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi.

Alangkah kerdilnya rasa diri, anak baru 5 orang dan hendak dibandingkan saya dengan penerima anugerah tersebut amatlah jauh seperti langit dan bumi perbezaannya. Kesusahan dan kepayahannya membesarkan anak sehingga berjaya di dunia dan semuga cemerlang kehidupan Akhirat tentunya punya rahsia tersendiri.

Ya Allah, jadikan aku seorang ibu yang mithali dan dapat mendidik anak-anakku menjadoi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.. ameen!!

2 comments:

Anonymous said...

kak nikmah, u r still so kurus and slim. haih.

munirah hayati said...

assalamu'alaikum kak nikmah,

saya munirah, junior lama di stf dan hizbi Uk & eire (tak ingat kot)

saya terdengar nama suami kak nikmah semasa berkunjung ke rumah dr. amir sayuti di kota bharu hari jumaat lepas. kak nikmah tinggal di kb ke? saya baru pindah ke pasir mas, emm..ada email add tak? saja nak bertanya khabar n berhubung.

alamat email saya munirahayati[at]gmail[dot]com
wslm