Wednesday, 13 June 2007

kata-kata akhir Mak Penghulu

Khamis, 14 Jun 2007

Yang saya muliakan Yang Amat Berusaha Tuan pengarah JKM negeri Kelantan selaku penasihat PERASKO 1, Hj Mohd Ali selaku Penasihat 2 PERASKO, Yang saya hormati lagi kasihi, mantan Naib Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia merangkap Penyelaras KAAK peringkat negeri Kelantan Pn Rogayah Saad, Yang Berusaha Yang DiPertua PERASKO Kelantan Hjh Faezah Ismail, Pegawai2 JKM dari kawasan sekitar Kelantan, Penyelaras dan Urusetia KAAK 2007, Ahli Jawatankuasa PERASKO Kelantan, Bekas peserta KAAK yang lepas dan yang saya kasihi peserta KAAK 2007 sekalian.

Assalamualaikum dan selamat tengahari.

Saya selaku wakil peserta KAAK 2007 mengalu2kan kehadiran semua ke Majlis Perasmian Penutup KAAK 2007 dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak 2005/06.

Alhamdulilah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dikumpulkan kita hari ini dalam usaha memberi penghargaan kepada peserta2 kursus yang merupakan tonggak kepada industri pengasuhan hari ini. Sesungguhnya usaha untuk memartabatkan industri pengasuhan ini terletak di atas bahu2 kita semua terutama pengasuh dan pengusaha. Usaha2 murni yang dilakukan oleh pihak PPBM dan JKM perlulah diberi perhatian dan kerjasama yang sewajarnya oleh seluruh warga TASKA. Kursus2 yang dianjurkan oleh PPBM dan JKM seperti KAAK ini wajib disedari kepentingannya dan kerjasama kita untuk menjayakannya. Oleh itu sama2lah kita mewar2kan kebaikan KAAK ini agar sahabat2 kita di luar sana yang masih belum mengikuti kursus untuk mendaftarkan diri secepat mungkin. Tak perlulah menunggu sehingga kursus ini diwajibkan seperti hari ini untuk meningkatkan ilmu demi kebaikan TASKA khasnya dan kebaikan masyarakat secara amnya.

Beradanya kita di sini juga menunjukkan keperihatinan kita kepada generasi pelapis kita hari ini iaitu anak2 kita. Kerana mereka inilah wujudnya kita warga TASKA. Mengingatkan semula diri saya, sesungguhnya Nabi telah bersabda bahawa anak2 itu dilahirkan dalm keadaan putih, bersih fitrahnya. Terpulang kepada ibubapalah untuk mengislamkan, menkristiankan dan menyahudikan kanak2 ini. Kerajaan kita sangat mementingkan pembangunan modal insan pada hari ini. Jika diamati, pembangunan modal insan ini lebih berkesan dan berjaya jika strateginya bermula dari peringkat kelahiran bayi, malah mungkin perlu diambil kira sewaktu kandungan bermula lagi.Kita tidak dapat menafikan pengasuh adalah angan kedua selepas ibubapa dalam membentuk peribadi dan kesempurnaan terhadap anak2 ini. Kata2 Dr Maria Montessori, 'a child is not the product of adults, rather they are the makers of adult', perlulah kita hayati dan fahami maksud disebalik kata2 itu.

Bukan niat saya untuk berbicara panjang, sekadar peringatan kepada diri sendiri dan sahabat2 semua. Islam mengajar kita berkasih sayang dan bertolong bantu. Amalkan ilmu yang kita pelajari dari setiap penceramah yang telah bertungkus lumus berhabis wang, tenaga dan masa demi kebaikan yang kita pasti balasannya hanya Allah sahaja yang mampu membalas. Kata2 nasihat dan teguran anggaplah ianya datang dari seorang kakak/ibu yang mengasihi kita demi kebaikan bukan sahaja kita tetapi anak2 asuhan kita. Sentiasa perbetulkan niat kita. Biarlah apa2 yang kita lakukan memberi kebaikan kepada semua terutama anak2 kita. Jangan lupa hadis yang kita sama2 dengar sebelum ini, tidak berilmu seseorang alim itu sehinggalah dia mengajarkannya kepada orang lain.

Setakat itu sahaja dari saya. Saya sebagai penghulu memohon ampun dan maaf dari semua pihak sekiranya ada salah silap, pertuturan dan perlakuan yang berlaku disepanjang kursus. Saya juga mewakili sahabat2 saya, peserta kursus 2007 ini menyusun jari 10 memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan, pertuturan dan kelakuan kepada semua pihak. Sesungguhnya kita manusia biasa, tidak lepas dari melakukan silap dan salah. Semuga Allah menerima segala amalan kita. Saya sudahi dengan serangkap pantun
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Harap2nya dapat kita berjumpa lagi.

Sekian, wassalamualaikum wrt

No comments: