Letihnya.. 11 days passed, 6 more days to go.. And that 6 days, Allah je yang tahu. Ujian amali.. kene spent 3 mornings. Hai, cepat2lah sudah. Tak larat jugak... Nak cepat habis. At the same time, nak kena buat betul-betul supaya boleh lepas periksa, dapat cert dan boleh bergelar, PENGASUH BERDAFTAR.
Lepas tu boleh pikir pasal nak buka taska sendiri. Lama dah simpan cita-cita. Minta Allah permudahkan sebab cita-cita nak buka taska ni bukanlah sebab nak kejar keuntungan. Ramai dah dengar dari pengusaha taska, kalau nak untung, lupakanlah nak berniaga dalam industri taska ni. Cabaran memang banyak. Pengorbanan tak usah kiralah.. Tapi nak untung.. jauh sekali.
Kata mereka, nak buka taska ni macam buat benda-benda lain jugaklah. Bergantung pada niat kita.. kalau niat nak cari untung dunia, mereka kata.. lupakanlah taska. Tapi kalau nak cari untung Akhirat, berniagalah dalam industri taska. Kalau niat kita nak pelihara kanak-kanak, insya Allah biar banyak mana pun cabarannya.. Allah akan bantu dan permudahkan.
Taska ni bukan macam tadika. Di taska, hanya ada pengasuh2. Di taska hanya ada bayi2 dan kanak-kanak di bawah 4 tahun. Ada yang kata, kerjanya basuh berak bayi.. Ada yang perlekeh kerja pengasuh.. Siapa kat pengasuh ni low class citizen? Hello!!!
Tolonglah betulkan persepsi anda.. Pengasuh ni tangan kedua selepas ibu-bapa. zaman dah berubah. Apapun alasan ibubapa, masyarakat hari ini terpaksa menerima hakikat bahawa ibubapa sekarang bukanlah pendidik utama kanak-kanak. Kerajaan mahukan modal insan yang melibatkan sesiapa sahaja, baik perempuan mahupun lelaki, baik kaum bapa mahupun kaum ibu..
Siapa yang menafikan kepentingan unit keluarga dalam masyarakat? Mahu jadi serupa masyarakat barat, tak ada ibu masih boleh punya anak? Tak ada bapa, wanita single bekerjaya boleh mengambil anak angkat? Apa pun pandangan masyarakat, kita tidak boleh nafikan kepentingan taska dalam mendidik anak-anak kecil ini.
Siapa anak-anak kecil ini? Mereka ini bakal menjadi masyarakat yang akan datang. Pelapis generasi kini. Bakal pemimpin masa depan.. Mereka inilah yang akan menjadi jiran anak-anak kita, pemimpin masyarakat cucu-cicit kita.. Siapa lagi yang mahu mengambil peranan ibubapa ketika mereka keluar bekerja? Masih mengharapkan datuk dan nenek yang sudah uzur? Mahu bibik dari Indonesia dan Thailand yang mendidik anak-anak itu?
Menyedari kepentingan inilah, makanya pengusaha taska dan pengasuh wajib bekerja keras untuk meningkatkan kualiti profesionalisma industri ini. Bantulah pihak kerajaan melalui JKM dengan mendaftarkan taska-taska yang wujud bagai cendawan tumbuh sekarang ini. Sesungguhnya Akta Taska yang ada bukanlah untuk menyusahkan pengusaha. Silalah ikuti kursus awal asuhan kanak-kanak, dan pengusaha akan sedar betapa pentingnya industri pengasuhan kanak-kanak ini.
Kasihanilah bakal2 pemimpin negara kita 30 tahun akan datang.. Didiklah mereka ini dengan didikan dan asuhan yang berkualiti, yang sesuai dengan fitrah mereka sebagai kanak-kanak. sesungguhnya kain putih yang disebut oleh Nabi dalam hadisnya, tidak lagi dicorakkan oleh ibubapa sahaja tetapi pengasuh juga bertanggungjawab. AMANAH Allah untuk melahirkan khalifah di atas muka bumi ini. Khalifah yang berkualiti dengan ciri2 yang disebutkan di dalam Al Quran.
Ya Allah, bantulah hambamu ini dalam menjalankan tanggungjawabnya di muka bumi ini. Hamba yang lemah, mengharapkan kekuatan dan kesabaran dari mu demi menyempurnakan amanahMu, ya Allah. Kasihanilah kami. Bantulah kami.. Sesungguhnya hanya kepadaMulah sahaja kami memohon pertolongan. Amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment