Saya memang peminat blog saifulislam.com. Blog tu saya perhatikan di tulis dalam keadaan penulisnya menjejaki bumi, tulisannya tidak terawang-awang di angkasa. Tidak terbuai-buai oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Bila bercakap dengan bahasa bumi, maka segala yang berada di bumi dapat merasa. Terutama saya..
Ini yang menarik tentang blog. Kita boleh tulis apa sahaja yang kita mahu. Yang paling best bila dapat baca cerita-ceriti manusia. Yang namanya manusia memang suka dengar cerita. Tak kira lah cerita apa. Cerita benar, cerita bohong. Cerita suka, duka dan lucu. Pendek kata semua jenis cerita.
Saya nak menulis, tetapi saya gagal untuk menyusun idea di dalam kepala. Kenapa? Biasalah, kalau kita biasa menulis, kita dapat rasa macamana sakitnya jiwa bila tidak dapat menulis. Bukan kerana ketandusan idea.. idea tu banyak. Cuma kegagalan meng'synchronise'kan hati dan perasaan dengan aqal dan fikiran.. saya rasalah.
Kadang-kadang saya terpikir, kenapa bila kita buat jahat kita rasa tak kisah sangat. Alasannya, orang lain pun jahat jugak, ada tu lebih teruk dari kita. Tapikan bila kita buat baik, kita rasa kita saja yang baik. Kita rasa kita sahaja yang bagus. Orang lain tidak mampu berbuat sebaik kita. Orang lain tidak sebagus kita. Sedangkan Allah telah ingatkan kita di dalam Al Quran, kita memang diciptakan berbeza-beza. Tapi tidaklah sampai tak sama kan?
Berbeza supaya dapat dihargai perbezaan itu. Berbeza supaya kita dapat lengkap-melengkapi. Berbeza supaya kita merasa kekerdilan diri dan kehebatan Yang Maha Mencipta.
Berbeza bukan untuk berdengki. Berbeza bukan untuk menindas sesama sendiri. Berbeza bukan untuk membesar-besarkan diri...
Sesungguhnya MENGURUS PERBEZAAN itu memang susah. Kenapa susah?
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan aqal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki..
Kalau hati itu bersih...
1 comment:
Ni'mah - takde yg mengarut pun dlm apa yg Ni'mah tulis ni. Ada juga point yg Chik dapat. Setuju pasal blog SI tu, memang 'jelira' membaca tulisan2nya. Benda yg Ni'mah tulis pun byk Chik dpt ambik jd ilmu.
Post a Comment