Payahnya hendak bernafas. Nafas yang dihela, pendek dan ringkas.. Tak puas. Terasa sesak dada. Kenapa? Mailboxku dipenuhi emel-emel yang memberatkan otak. Tak sempat hendak memikir. Satu demi satu emel yang dibuka, dipenuhi pelbagai kenyataan dan ayat-ayat yang menyesakkan dada.
Pening.. Isu muzakarah PAS-UMNO, sesuatu yang perlu diperhalusi. Isu ini bukan satu isu yang mudah, sekali tengok tajuk berita, terus sahaja mengeluarkan pendapat dan kata-kata. Pandangan dan keyataan pemimpin tertinggi telah mula dimediakan. Sedangkan ahli masih terpingga-pingga, mengapa setelah sekian lama angin kus-kus membawa berita, baru sekarang hendak diakui. Itu pun setelah pihak di sana yang mengiyakan.
Adus.. Baru sahaja selesai menghabiskan buku 'Mars and Venus Together Forever.' Buku yang cuba dimamah untuk diterjemahkan dalam kehidupan realiti. Habluminannas merupakan sunatullah yang perlu berlaku dalam kehidupan makhluk. Tidak ada manusia yang mahu hidup berseorangan dan tidak bercampur dengan makhluk lain. Sedangkan tarzan pun berinteraksi dengan binatang dan tumbuhan, apatah lagi kita yang hidup berkeluarga, bermasyarakat dan berorganisasi. Kesemua buku-buku motivasi yang ada di pasaran hari ini adalah ditulis oleh mereka-mereka yang sangat perihatin kepada masalah habluminannas ini. Disebabkan hidup ini memerlukan interaksi, maka Islam dengan cantiknya menunjukkan jalan sebenar melalui konsep AKHLAK.
Bermula pembacaan buku DROP THE PINK ELEPHANT(http://dropthepinkelephant.com/) oleh Bill McFarlan, seorang 'broadcaster' sukan terkenal di UK, juga dibeli suami tercinta semasa berkunjung ke Pulau Pinang 2 tahun lalu. Buku ini merupakan buku yang baik dibaca untuk meningkatkan cara berkomunikasi, tidak kita di mana sahaja kita berada. Pengalaman-pengalaman penulis sewaktu bekerja sebagai 'broadcaster' mahupun sebagai 'media consultant' kepada syarikat-syarikat berprestij di UK merupakan contoh-contoh yang boleh sama-sama kita analisa untuk diteladani.
No comments:
Post a Comment