Teringat satu hadis yang biasa kita dengar, bilamana seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah akan manusia yang paling utama dalam kehidupan manusia lain, 3 kali
Rasulullah menyebut 'ibumu' dan di akhiri dengan 'bapamu'. Betapa mulia taraf seorang ibu sehingga diletakkan syurga, yang dipenuhi pelbagai kenikmatan yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia, di bawah telapak kakinya. Namun seperti kata orang putih, 'it takes two to tango'. Tanpa ibu dan ayah, siapalah kita.
Rasulullah menyebut 'ibumu' dan di akhiri dengan 'bapamu'. Betapa mulia taraf seorang ibu sehingga diletakkan syurga, yang dipenuhi pelbagai kenikmatan yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia, di bawah telapak kakinya. Namun seperti kata orang putih, 'it takes two to tango'. Tanpa ibu dan ayah, siapalah kita.
Bapa merupakan pemimpin rumahtangga. Sebagai pengemudi kapal rumahtangga, bapa menjadi tonggak terpenting dalam menentukan halatuju keluarga. Diletakkan ke atas bahu bapa sebagai pencari rezeki utama, sesuatu yang bertepatan dengan kelebihan yang Allah berikan sebagaimana yang disebut di dalam Al Quran. Lelaki itu satu darjat lebih tinggi daripada perempuan. Kerana itu juga Islam melebihkan warisan harta peninggalan ke atas anak2 lelaki berbanding dengan anak2 perempuan.
Tanggungjawab mendidik anak-anak bukan sahaja terletak di bahu lelaki. Malah ibu juga bertanggungjawab membantu bapa dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak yang bakal menjadi pemimpin dan ahli masyarakat pada masa akan datang. Kerana itu Islam telah meletakkan tanggungjawab pertama yang wajib disempurnakan oleh seorang lelaki adalah memilih perempuan yang baik untuk dijadikan ibu kepada anak-anaknya.
Rasulullah telah menyebut, asas kepada setiap perbuatan itu adalah niatnya. Begitu juga Rasulullah telah bersabda akan kewajipan menuntut ilmu dalam diri setiap manusia. Sekiranya seorang lelaki itu ikhlas dalam memulakan kehidupan rumahtangganya, dia pasti akan berusaha memastikan dirinya dan isteri serta anak-anaknya tidak ketinggalan dalam melaksanakan tuntuan Islam itu.
Makanya, apabila seorang lelaki itu memasuki alam perkahwinan, dia akan mulakan dengan niat dan ilmu. Begitu juga pada saat pertama menimang anaknya, akan dituruti dengan niat dan ilmu. Memang terbukti bahawa Islam itu adalah penyelesaian kepada setiap permasalahan manusia. Memulangkan segala permasalahan kepada Allah dan Rasul sebagaimana yang disebut di dalam Al Quran adalah kunci yang utama kepada kehidupan yang diredhai.
To all DADs out there,
Thank you for all the time and energy spent in order to feed your children.
Just remember, they need to be fed with loves and attention as well.
Do talk WITH them, not just talk TO them.
Be sure, the children will love you even more if you do...
From theSUN, Fri June 13
Thoughts on the subject of fatherhood:
on leading by example:
'Children have more need of models than critics' Joseph Joubert
on disciplining children:
'There must always be a struggle between a father and son, while one aims at power and the other at independence' Samuel Johnson
on being there:
'I cannot think of any need in childhood as strong as the need of a father's protection' Sigmund Freud
on being humble:
'A man can never stands as tall as when he kneels to help a child' Pythagoras
No comments:
Post a Comment