Tuesday, 24 June 2008

4 ahli parlimen BERBASIKAL ke parlimen

Biar apa pun Najib kata, gimik yang dipakai oleh 4 orang ahli parlimen ini wajar dijadikan iktibar buat semua rakyat Malaysia terutama pimpinan kerajaan Malaysia. Kalau di UK, sebuah negara maju, pemandangan begini tidak asing. Daripada pimpinan kerajaan kepada pimpinan korporat syarikat konglomerat terus kepada rakyat, tiada yang perlu dimalukan apabila berbasikal ke tempat kerja. Yang wajib malu, adalah najib and the gang yang keluar negara saban waktu tapi tidak terfikir untuk mencontohi perkara sebegini daripada masyarakat di luar negara.

Bukan sahaja petrol dapat dijimatkan, malah menyihatkan tubuh badan. Sebagai pemimpin yang peka kepada masalah rakyat disekeliling, pimpinan sememangnya dari
dahulu merupakan contoh kepada rakyat. Biar pun ianya dilihat sebagai gimik, namun kreativiti 4 ahli parlimen ini wajib di puji dan diiktiraf.

Siapa yang sebenarnya tinggal tidak jauh dari parlimen kalau bukan pimpinan kerajaan Malaysia? Tidak dinafikan ada juga yang berhormat dari parti pembangkang yang tinggal tidak jauh dari parlimen. Namun pimpinan kerajaan yang telah menekan kehidupan rakyat dengan menaikkan harga petrol yang kemudian menyebabkan harga barang-barang keperluan lain juga meningkat, sewajibnya mereka yang dahulu menunjukkan langkah berjimat cermat.

come on lah.. WALK your TALK lah NAJIB!!!

<http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/06/1015>

No comments: