Damai itu di dalam hati. Dalam hiruk pikuk peperangan pun ada kedamaian. Dalam kesabaran itu lah terletaknya damai.
Sunday, 23 May 2010
Kongsi ilmu..
Semuga kebahagiaan, ketenangan, kasih sayang dan kesihatan yang baik, dikurniakan Allah kepada kita semua, insya Allah. Tiada yang lebih berharga daripada kehidupan yang bermatlamatkan redha Allah dalam perjalanan di dunia sementara ini.
Setelah berhari-hari mencari semangat dan masa untuk mencurahkan apa yang terbuku di hati dan minda demi sebuah perkongsian dengan harapan ianya dapat memberikan sesuatu buat bekal dalam perjalanan hidup. Cemburu melihat sahabat-sahabat lain yang berjaya meng'update' blog masing-masing walau dalam kekalutan menjalani kehidupan seharian. Mungkin kekuatan yang diberikan oleh Allah hasil usaha dan minat bloggers terlibat.
Hari ini ingin berkongsi sedikit ilmu yang dikutip di dataran ilmu beberapa minggu lepas. Pengisian yang sepatutnya diisi oleh Tok guru nik Aziz digantikan oleh anaknya Ustaz Nik abduh. Alhamdulilah, walaupun saya berada dalam masa yang singkat di situ, namun ilmu yang saya dapat ini sukalah dikongsikan di sini.
Ustaz berkongsi tentang maksiat pertama yang berlaku dan dicatatkan di dalam Al Quran, iaitulah peristiwa syaithan yang tidak mahu sujud kepada nabi adam sebagaimana perintah Allah ke atas semua malaikat. Sifat SOMBONG syaithan yang merasakan dia lebih baik kerana dijadikan daripada api berbanding nabi adam yang dijadikan daripada tanah.
Maksiat yang kedua berlaku ketika nabi adam tertipu dengan godaan syaithan agar memakan buah yang dilarang Allah ketika di dalam syurga. Sedangkan segala perkara di syurga itu dibenarkan Allah kecuali buah dari pohon larangan itu, sifat TAMAK nabi adam yang termakan hasutan Syaithan dan godaan isterinya, siti hawa yang merasa teruja di atas larangan yang satu itu. Mereka berdua kemudiannya menyesal dan merayu kepada Allah agar diampunkan dosa mereka. Allah menghukum mereka dengan mengeluarkan mereka dari syurga dan dipisahkan suami dan isteri itu ketika di hantar kedunia. Setelah bersungguh2 memohon keampunan, Allah menerima taubat mereka dan bertemulah kembali kedua suami isteri itu memulakan kehidupan di dunia yang fana ini.
Maksiat yang ketiga pula adalah peritiwa pembunuhan anak nabi adam hasil sifat HASAD DENGKI saudara kembarnya yang akhirnya bertindak di luar kawalan. Ketiga-tiga penyakit yang di'highlight' di atas ada di dalam hati setiap manusia. Cuma mereka yang sedar akan hakikat ini dan berjihad melawan serta mencari penawar kepada penyakit-penyakit ini akan terselamat, selamat di dunia dan di akhirat.
Tentunya jihad melawan hawa nafsu yang duduknya di hati manusia ini adalah jihad yang diiktiraf nabi. Malahan lebih utama, lebih susah dan lebih kerap daripada jihad qital. Hanya IMAN yang mantap dapat memastikan kemenangan di dalam peperangan ini. Sifat IHSAN yang merasakan diri sentiasa di perhatikan merupakan asas kepada IMAN yang mantap. Semuga kit semua merasa sentiasa diperhatikan.. wallahu'alam.
Tuesday, 18 May 2010
perkongsian usrah semalam..
Alhamdulilah, semalam usrah nisa' KB berjaya diadakan buat sekian kalinya. Saya keluar dari rumah mengetahui perkara yang saya lakukan adalah perkara yang Allah suka, saya niatkan pemergian saya untuk mendapatkan ilmu baru dan mengeratkan ukhuwwah. Hasilnya, saya dapat ilmu baru walaupun perkara yang kami bincangkan adalah perkara yang saya sudah tahu. Tetapi disebabkan perkara itu dilihat dari sudut yang lain, maka jadilah ianya ilmu baru bagi saya.
Perbincangan pertama adalah berkaitan tafsir ayat 27-36 surah An Naaziat. Antara perkara yang disentuh di dalam perbincangan ini adalah sifat-sifat Allah. Kata orang, tak kenal maka kita tak cinta. Dan cinta yang agung dan hakiki hanyalah cinta kepada Yang Maha Mencipta lagi Maha Pengasih, Maha Agung, Maha Penyayang.. Tak cukup kata-kata untuk dipuji dan dipuja kekasih hati Yang Satu ini.. Lost for words, kata orang putih.
Kemudian perbincangan berpindah kepada buku Amal Jama'ie tulisan Al-fadhil ustaz Yahya Osman, salah seorang tok guru yang dihormati bukan setakat di Kelantan, tetapi di mana-mana tempat yang ada pengikut PAS. Bab 8 menyentuh kewajiban harakah terhadap ahli-ahlinya.
Kewajiban harakah yang paling utama adalah memastikan ahli-ahlinya memahami tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim iaitulah seperti yang disebut di dalam Al Quran surah Adz Dzaariyat yang bermaksud: 'tidak Aku jadikan jin dan manusia hanya semata-mata untuk mengABDIkan diri kepada KU.'
Kita semua tahu bahawa iblis dan syaithan adalah musuh utama manusia semenjak nabi adam dijadikan. Pertentangan ini akan berlaku sehingga qiamat, dan bagi setiap manusia, iblis akan sentiasa menggoda kearah keburukan sehingga ruh terpisah dari jasad. Oleh kerana inilah manusia diwajibkan berjihad. Tidak perlu ke medan jihad di kawasan atau negara tertentu, jihad ini berlaku setiap masa, setiap saat, di mana-mana. Jihad menentang hawa nafsu yang sentiasa di goda syaithan agar manusia bersama-samanya di neraka kelak.
Untuk berjihad, manusia perlu kenal siapa musuhnya. Manusia perlu siapkan keperluan untuk menentang musuhnya. Keperluan yang utama adalah ilmu pengetahuan. Ilmu ini wajib diaplikasikan agar tanggungjawab manusia terhadap ilmu itu tertunai.
TAHU----> FAHAM----> SEDAR------> BUAT.
Semuga bermanfaat..
Wednesday, 12 May 2010
Alhamdulilah..
Alhamdulilah, i still remember my username and password. Thanks to all that have been visiting and i do appreciate it. I am so sorry for any unattend messages that were left for me. I hope now that i am back, i will be back for good.
My initial intention of setting this up initially is a way of sharing my thoughts, my actions and my feelings with those who care. And i believe that this is a good way of daawah. The most people in number that i can reach physically per day will be around 10, which includes 5 of my kids. But online, thousands can be connected. And i love to be connected..
Today, i just want to share a beautiful hadith that i pinned on my wall as a way of daily reminder to me.. 'ENVY is permitted only in TWO cases, of a man whom ALLAH gives WEALTH and he disposes of it righfully, and a man whom ALLAH gives knowledge, and he applies and teaches it' (Bukhari).
Hope you will benefit from this too.. as i do, insya Allah!!!
Tuesday, 24 March 2009
i'm mobile..

Will try to find time to jot down a short entry from my phone. As for now, i check my facebook regularly.. Will try to do the same with my blog.. soon, insya Allah..
Saturday, 14 March 2009
Guest House in Kota Bharu..
RUMAH TAMU AL UKHUWWAH
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
Kota Bharu.
About 2 miles from the heart of Kota Bharu and 2 miles from Pasar Borong, Wakaf Che Yeh.
3 bedrooms bungalow.
2 double beds and 1 triple bed.
2 toilets.
2 bedrooms with aircond.
Kitchen equipped with stove and gas, fridge, micreowave and kitchen utensils.
29" TV.
Toilets with showers and basic toiletries.
Rates: RM200 per night
Deposit required upon booking.
Check in time: 3pm
Check out time: 12pm
Hope visitors will enjoy their stays..
Saturday, 7 March 2009
Bila lama tak update..
Last weekend, we went down to KL. Girls went to Mak Ngah's and boys including baby got to stay in Nikko Hotel, where baba attended a seminar organised by the Ministry of Information in collaboration of the Ministry of 'Belia and Sukan'. It was an international event with the title 'Youth and Terrorism'. I don't intend to touch on the seminar, nothing interesting or extraordinary, at least from my point of view.. We all as a family enjoyed the weekend, although it was not a long holiday and the kids had to skip school.
School holiday is coming.. We didn't have any plan as yet. Our 'kerani' at Dialysis centre is having a long holiday, cuti bersalin. I have to cover her works, so it is not very practical to leave the centre for a long period of time.
There is something in my mind which i would love to share with all of you aout there. But the timing is not right as i can't spent a lot of time at the moment.. Will do it soon, insya Allah.
Wednesday, 11 February 2009
are u matured?
Setuju, ilmu itu perlu disaring. Yang perlu ada pada semua penuntut dan pencinta ilmu. Namun ilmu kemanusiaan itu adalah satu cabang ilmu yang universal, merentas tembok sempadan negara, bangsa dan budaya.. Pada zaman kecanggihan teknologi maklumat, orang barat menjuarai kemahiran ilmu ini. Cuma sayangnya, asas kepada ilmu itu iaitu kepercayaan kepada Yang Maha Esa masih jauh dari mereka yang bergelar juara.

Namun kita bersyukur kerana masih ada pencinta ilmu yang teguh berpegang kepada asas ilmu itu sendiri yang menyedari hakikat ini. Maka usaha pencinta ilmu seperti inilah yang harus kita puji dan jejaki. Usaha saifulislam.com menjalin konsep syariatullah dan sunahtullah harus dipandang serius, dan sebagai pengunjung setia laman web tersebut, saya cuba untuk menjejaki usaha tersebut dalam kekurangan dan kelemahan yang ada pada saya.
Kalau sebelum ini saya diberi jolokan Mrs Gray oleh seorang sahabat kerana mulut ini seringkali mengucapkan kata-kata dan berkongsi pemahaman dari buku yang ditulis oleh John Gray, Men from Mars and Women from Venus. Kali ini mungkin akan timbul pula jolokan mrs Covey kerana saya sedang dalam proses menghadam buku yang ditulis oleh Stephen R Covey, The 7 Habits of Highly Effective People.
Saya masih lagi merangkak-rangkak menghabiskan chapter pertama buku ini. Ianya terlalu mendalam dan otak saya cuba memahami setiap bait perkataan yang dititipka di dalam muqaddimah buku tersebut. Setiap satu subtopic, saya akan berhenti dan menganalisa diri sendiri dan pengalaman hidup sendiri dan percayalah, saya mula memahami diri sendiri dan orang lain. Persoalan 'WHY' banyak dijawap oleh buku ini.Izinkan saya berkongsi secebis ilmu yang saya kutip dari buku ini. Covey membawa saya memerhati kitaran hidup manusia. Kita dilahirkan sebagai bayi, yang terlalu bergantung kepada orang lain samada untuk makan, minum, berhibur, mandi dan segala-galanya. Pada peringkat ini kita 'DEPENDENT'. Makin usia meningkat kita mula merangkak, berjalan, berlari.. Kita boleh makan sendiri, mandi sendiri, menyuap makanan sendiri, menghiburkan hati sendiri. Kita sudah mula 'INDEPENDENT'. Namun menurut Covey, manusia tidak boleh selamanya berada pada tahap ini. Keinginan manusia untuk berkahwin, beranak-pinak, berpersatuan, bekerja dan apa2 yang kita sedang lakukan pada hari ini adalah peringkat 'INTERDEPENDENT'. Kita memerlukan orang lain untuk kita mencapai apa-apa yang kita hajati. Kita masih mampu untuk melakukan sendirian, independent.. Tapi tidak dalam jangka masa yang panjang.
Untuk memastikan kita kekal di dalam sesuatu hubungan kekeluargaan, kita perlu bertolak ansur. Perlu ada unsur 'give and take'. Perlu memaksimakan kelebihan yang dipunyai oleh pasangan da anak-anak agar kita sama-sama menikmati kebahagiaan yang berterusan. Perlu ada kepercayaan di dalam keluarga. Perlu saling tegur menegur dengan ikhlas dan dalam suasana kasih sayang ke atas kelemahan setiap ahli keluarga. Ini antara unsur INTERDEPENDENT yang Covey maksudkan.
Hari ini ramai yang bercerai kerana merasakan kebebasan mereka disekat. Begitu juga anak2 remaja yang lari dari rumah atas prinsip kebebasan. Pemimpin yang meninggalkan perjuangan mereka hanya kerana perselisihan pendapat. Mereka ini merasakan INDEPENDENT mereka tergugat. Sedangkan apa yang berlaku adalah terjemahan kepada DEPENDENTnya mereka ini dari segi emosi kepada orang lain. Mereka tidak mahu bertanggungjawab terhadap perasaan mereka sendiri. Menuduh orang lain yang bertanggungjawab terhadap perasaan mereka. Hati mereka berasa marah kerana rakan sejawatan mengkritik mereka. Hati mereka berasa sedih kerana merasakan orang lain pendapat mereka tidak dipedulikan. Sedangkan hati itu kepunyaan kita. Manusia yang INDEPENDENT sepatutnya tidak membiarkan perasaan mereka tidak dipengaruhi unsur-unsur luaran.
Covey mengatakan bahawa INTERDEPENDENT adalah ciri kematangan. Perhatikan pokok yang paling tua di sesebuah hutan.. Batang dan dahannya besar, akarnya kukuh menjunam ke bumi, daun2 merimbun. Pohon ini jadi pelindung pokok2 yang kecil. Tidak kurang juga ada pohon yang menumpang pada dahannya. Manusia yang matang adalah manusia yang punya unsur INTERDEPENDENT dalam diri mereka. Mereka tidak mementingkan diri sendiri, malah sanggup melebihkan orang lain daripada diri sendiri. Ibubapa yang matang adalah ibubapa yang mengutamakan kebajikan anak-anak lebih daripada diri mereka sendiri. Pemimpin yang matang adalah pemimpin yang meletakkan kebajikan orang bawahan melebihi kepentingan mereka sendiri.
Islam mengajar umatnya bersatu. Islam mengajar umatnya bertolak ansur. Islam mengajar umatnya bersyukur dengan kelebihan yang dimiliki tanpa menidakkan kelebihan orang lain. Malah Islam mengajar umatnya untuk sentiasa memerhatikan kebaikan yang ada pada orang lain dan berlumba2 untuk berbuat lebih baik. Islam mengajar umatnya untuk menerima pandangan orang lain walaupun pandangan sendiri dirasakan betul sekiranya pandangan kita pandangan minoriti. Islam mengajar umatnya berlapang dada menerima kritikan kerana hambanya kita yang punya kelemahan. Islam juga mengajar umatnya bermaafan dan memaafi.. Sesungguhnya Islam itu cantik. Beruntunglah mereka yang menghargai kecantikan dan memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan orang lain.. Wallahu'alam.