Thursday, 22 May 2008

Lelaki Vs Wanita.. part 1

(4:34) Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang ta`at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka) . Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya , maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya . Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Sesungguhnya Islam telah melebihkan darjat seorang lelaki (dalam konteks rumahtangga; suami) berbanding dengan wanita. Kelebihan lelaki sebagai pemimpin tidak dapat dinafikan, baik dalam konteks negara mahupun keluarga, iaitu unit kecil dalam masyarakat yang membentuk sesebuah negara. Ayat di atas menjadi bukti kepada kelebihan yang telah Allah letakkan kepada lelaki dan suami.

Keindahan Islam terbukti apabila perhubungan kekeluargaan yang bermula dengan hubungan suami isteri itu sendiri telah termaktub di dalam kitab suci rujukan umatnya. Demikian juga yang dicontohkan oleh Nabi besar Muhammad SAW. Kata-kata baginda,' jikalau manusia itu dibenarkan sujud kepada manusia yang lain, akan pasti kusuruh sujud si isteri kepada suaminya,' menjadi dalil yang menguatkan lagi kedudukan suami atau lelaki di dalam Islam.

Benar Allah telah meletakkan tugas lelaki itu sebagai pemimpin, dan didalam konteks ayat ini ada ulama yang mentafsirkan perkataan 'qawam' sebagai pelindung dan pencari rezeki (provider and maintaner) kepada keluarganya. Apabila disebut pemimpin, maka segala tugas, sikap dan sifat pemimpin rumahtangga itu mestilah menurut apa yang telah Islam gariskan kepada mana-mana peringkat pemimpin, baik pemimpin negara, masyarakat, keluarga mahupun pemimpin kepada diri sendiri.

Apabila disebut pelindung, wanita dan anak-anak di dalam keluarga tersebut pastinya dilindungi lelaki yang juga suami dan ayah dari aspek fizikal, mental, spiritual dan emosi. Aspek tersebut perlu keseimbangan dalam diri seorang manusia. Akhir-akhir ini kita melihat banyak pihak yang mula sedar akan kepentingan keseimbangan aspek emosi dalam diri seseorang kerana itu akan menentukan kejayaannya di dalam kehidupan. Adalah amat penting bagi seorang suami dan ayah menyedari akan kepentingan keseimbangan aspek-aspek yang disebutkan.

Bagi isteri, konsep perlindungan yang diharapkan dari seorang suami bukan hanya berbentuk fizikal. Melihat kepada aspek emosi, suami perlu memastikan isteri dilindungi sehingga merasa selamat untuk meluahkan fikiran dan perasaannya. Jika dilihat dari aspek kepimpinan, suami sebagai pemimpin perlulah berusaha memberi peluang kepada isteri untuk meluahkan pandangannya. Lihat sahaja seerah Rasulullah yang meminta pandangan dari Ummu Salamah selepas sahabat-sahabat menunjuk perasaan dengan tidak mahu mengikuti perintah Rasululullah selepas perjanjian Hudaibiyyah ditandatangani. Pandangan bernas Ummu Salamah dipersetujui Rasulullah dan lantas dilaksanakan baginda.

Dari buku Mars and Venus Together Forever, John Gray menekankan betapa perlunya konsep komunikasi yang berkesan diterapkan ke dalam rumahtangga. Suami dan isteri tidak dapat lari dari berkomunikasi. Wanita yang secara fitrahnya perlu berbicara untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalahnya perlu diberi ruang oleh suaminya untuk si isteri meluahkan pikiran dan perasaannya. Menyorot kisah di mana seorang sahabat yang telah di'leteri' isterinya bercadang bertemu dengan Saidina Umar untuk menceritakan hal isterinya. Apabila dia sampai di rumah Saidina Umar, dia terdengar isteri Saidina Umar me'leteri' suaminya. Dia lalu membatalkan niatnya untuk bertemu Saidina Umar. Saya pasti perkataan 'leter' itu tidak sesuai digunakan dalam konteks kisah tersebut. Sebaliknya, Saidina Umar pasti memahami keperluan si isteri dan memberi ruang kepada isterinya untuk meluahkan fikiran dan perasaannya.

Di dalam buku ini, Gray telah mencadangkan teknik yang boleh diaplikasikan oleh kedua-dua suami dan isteri tanpa mereka perlu mengubah fitrah mereka. (bersambung..)







Tuesday, 20 May 2008

CHE DET isytihar keluar dari UMNO..

Heboh seDUNIA!!! Bekas Perdana Menteri Malaysia ke -5 telah mengisytiharkan dirinya dan isteri keluar dari parti yang telah diperjuangkannya selama hidupnya. Pelik tapi tak berapa ajaib.. Berita lanjut.. http://www.chedet.com/

Monday, 19 May 2008

Bersyukur dengan apa yang ada..

Renungan Buat Suami & Isteri

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi.

Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?

Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?" Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... 'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.

Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini.. :) dipetik dari web media muslim

* Saya terjumpa cerita ini.. Boleh dijadikan contoh bagaimana buku 'MEN AND VENUS TOGETHER FOREVER' dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Akan diulas dalam entri yang akan datang.. insya Allah.

Sunday, 18 May 2008

Lelaki Vs Perempuan

Menarik fakta yang saya temui di dalam buku Mars and Venus Together Forever. Fakta ini telah juga disebut oleh Dr Harlina tempohari. Mungkin dia juga telah membaca buku ini. Fakta ini membantu saya memahami secara asas perbezaan fizikal yang Allah sebut di dalam ayat 13, Surah Al hujurat.
'Wahai manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.'


Sungguh menakjubkan. Memang Allah Maha Kuasa. Maha Mencipta dan Maha Agung. Sungguh segala pujian itu hanya berhak untuk diriNya. Subhanallah, MashaAllah.

Kajian menunjukkan bahawa otak manusia terbahagi kepada 2, yang dikenali sebagai otak kanak dan otak kiri. Otak kanan manusia mempengaruhi cara manusia menyelesaikan masalah (problem-solving skill). Manakala otak kiri pula mempengaruhi kemahiran bahasa (direct translation? language skill). Tisu yang menghubungkan otak kiri dan kanan manusia ini pula berbeza ketebalannya. Secara umumnya, tisu penghubung (corpus callosum) wanita lebih tebal daripada kebanyakan lelaki. Melalui MRI scan pula, didapati wanita menggunakan kedua-dua belah otaknya pada satu-satu masa berbanding dengan lelaki yang hanya menggunakan salah satu bahagian otak pada satu-satu masa, tanpa mengira ketebalan tisu penghubung.

Melalui evolusi, Gray percaya tubuh badan manusia, otak dan hormon berubah dalam menyokong perbezaan pekerjaan antara lelaki dan wanita. Gray percaya bahawa secara tradisinya, lelaki bekerjaya sebagai pemburu yang keluar dari rumah hanya semata-mata mencari keperluan makanan buat isi rumahnya. Menurut Gray lagi, lelaki percaya bahawa wanita gembira apabila lelaki menjadi 'better provider'. Wanita pula secara tradisinya menguruskan rumahtangga sepeninggalan suaminya itu.

Gray cuba meyakinkan pembaca bahawa kerjaya lelaki yang sejak dahulu yang dikenali sebagai pemburu memerlukan mereka mempunyai sifat-sifat seorang pemburu. Seorang pemburu perlu menyusun strategi untuk memastikan dia berjaya membawa pulang hasil buruan untuk menggembirakan isteri dan anak-anaknya. Dia akan duduk senyap memerhatikan mangsa sambil mengira-ngira langkah seterusnya. Si pemburu akan menggunakan otak kanannya dan kurang menggunakan otak kiri kerana kebiasaannya sangat kurang berlaku perbualan dalam melakukan pemburuan. Seperti pepatah orang puteh, 'practise makes perfect' maka tubuh badan, otak dan hormon berubah dan menjadi pakar dalam urusan memburu bagi lelaki.

Begitu juga anggapan Gray terhadap wanita. Tubuh badan, otak dan hormon wanita berubah dan menjadi pakar dalam urusan mendidik anak-anak yang memerlukan dia berkomunikasi dengan mereka. Wanita juga menjadi pakar dalam menguruskan hal-hal rumahtangga seperti memasak, mencuci pakaian, mengemas dsb. Bagi wanita, mereka boleh melakukan semua pekerjaan itu serentak. Sambil memasak mereka berbual dengan anak-anak mereka. Sambil membasuh, mereka boleh memarahi anak-anak mereka. Sambil mengemas, mereka boleh melepaskan perasaan mereka melalui kata-kata kepada anak-anak mereka.

Saya pernah berbual dengan seorang sahabat mengenai pandangan Gray ini. Kata sahabat itu, Tauhid terbahagi kepada 3. Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma' wal Sifat. Tauhid Asma' wal Sifat mewajibkan kita mempercayai akan ke semua 99 nama Allah yang menggambarkan sifatNYA. Begitu juga sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah. Makanya sifat-sifat manusia ini semuanya dipinjamkan Allah bersumber dari sifat-sifatNya itu. Maksudnya, setiap manusia itu Allah telah jadikan dengan sifat-sifat yang serupa dengan sifat-sifat Allah tetapi dalam nisbah peratusan yang amat-amat kecil (0.00000000000000001 mungkin, wallahu'alam). Jadi, samada lelaki atau wanita, kita semua mempunyai sifat pengasih, penyayang, lemah lembut etc.


Friday, 16 May 2008

Lama ku pendam..

Kalau sebelum ini saya berusaha untuk berkongsi ilmu yang ada dalam buku The Power of Patience, kerana saya dapati buku itu mempunyai input yang sangat bagus. Rugi kalau tidak membaca.. Tetapi sekarang ini saya tidak dapat menghabiskan perkongsian tersebut. Maaf.. Kenapa? Kerana saya dah ada buku yang lebih menarik dan telah membantu saya menjawab beberapa persoalan yang selama ini saya tercari-cari jawapannya. Buku apa? Kalau sebelum ini kita pernah dengar ustaz Hasrizal mencadangkan buku Men From Mars and Women From Venus kepada mereka-mereka yang mahu berumahtangga mahupun yang telah berumahtangga. Rentetan dari buku tersebut yang saya juga telah habis membacanya (tapi tiada dalam simpanan kerana dipinjam oleh seseorang tanpa dipulangkannya.. huhu), sukalah saya mencadangkan Mars and Venus Together Forever.. Penulis yang sama, Dr John Gray.

Alhamdulilah.. buku ini bukan saya yang beli. Siapa yang beli? Kakak saya pun ter'panjat' bila diberitahu bahawa si pembeli buku tersebut adalah adik iparnya, hehehe. Selama saya ke kedai buku, tak pernah pun terserempak dengan buku ini.

Saya sudah menghabiskan 6 topik daripada 10 yang ada di dalam buku ini. Seperti buku The Power of Patience, saya dapati sangat lambat untuk menghabiskannya walaupun saya mendapatinya sangat menarik, dan boleh sahaja menghabiskannya dalam masa 24 jam.. kalau sahaja ianya sebuah novel yang boleh dibaca santai.. Malangnya buku-buku ini, apabila dibaca terasa sesaknya jiwa. Sukarnya bernafas...

Seperti yang saya nyatakan di atas, ianya banyak menjawab persoalan-persoalan yang terdapat di fikiran saya. Saya gunakan perkataan SELF DISCOVERY. Apabila membaca buku ini, saya menjumpai diri saya sendiri. Buku ini seolah-olah sedang menceritakan siapa diri saya. Dan boleh diagak, ianya juga bercerita tentang siapa sebenarnya suami saya dan suami-suami orang lain di luar sana termasuk abah dan abang saya. Alhamdulilah, biarpun tidak ada sepatahpun ayat Quran yang terdapat di dalam buku ini, namun saya yakin sekiranya John Gray bisa menemukan seorang muslim yang telah membaca bukunya dan memahami Islam dengan baik, kemungkinan Gray memilih untuk memeluk agama Islam.

Saya akan cuba berkongsi dengan pengunjung blog saya isi buku ini dan bagaimana saya melihat kaitan isi buku ini dengan pendidikan akhlak islamiyyah yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang dahulu. Masih ingat entri saya mengenai program anjuran Wanita JIM Kelantan sebelum ini. Banyak isi-isi ceramah Dr Harlina saya temui di dalam buku ini.

Perkara asas yang disebut di dalam Al Quran tentang kejadian manusia yang berbeza antara satu sama lain boleh dirujuk kepada surah Al Hujurat. Sesungguhnya manusia ini Allah jadikan berbeza secara fizikal seperti warna kulit, berlainan keturunan dan jantina, dan juga berbeza dari segi sikap dan perwatakan. Ada lelaki dan wanita, ada yang lembut dan ada yang kasar. Apa tujuannya tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain. Perbezaan tersebut menunjukkan kebesaran dan kehebatan Allah.

Tuesday, 13 May 2008

Bila mata tidak bertemu, hati terasa rindu..

This used to be one of my favourite when i was in STF. Overheard the song in Pacific a few weeks back. Just remembered that this is actually the true description of my inner feelings, and i was wondering why should i keep it all to myself.. I tried to sing the song but i realised that my voice can't match the real singer so to my beloved HUBBY, this is for you...



NOTHING'S GONNA CHANGE MY LOVE FOR YOU

If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong

Our dreams are young
And we both know they'll take us
Where we want to go

(Chorus 1)
Hold me now
Touch me now
I don't want to live without you

(Chorus 2)
Nothing's gonna change my love for you
You ought know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love

(Chorus 3)
Nothing's gonna change my love for you
You ought know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothing's gonna change my love for you

If the road ahead is not so easy,
Our love will lead the way for us
Like a guiding star
I'll be there for you if you should need me
You don't have to change a thing
I love you just the way you are
So come with me and share the view
I'll help you see forever too

(Repeat Chorus 1)

(Repeat Chorus 2)

(Repeat Chorus 3)

(Repeat Chorus 2) (2X)

(Repeat Chorus 3)

(Repeat Chorus 2)

Monday, 12 May 2008

Happy Mothers Day..



This year Malaysians celebrated Mothers' Day on the 11th of May. We're still enjoying our cold morning in Cameron Highlands on that particular day.. And guess what? A few bunches of roses for 2 moms that day.. 1 was for the mother who gave birth to a son who is now a father of 6 lovely children, and the other 1 was for a mother who actually gave birth to those 6 lovely children.. Thank you Love!!!
The white bunch were bought by Ngah as a present from Kakak for Ummi.. Thanks to both of you!!



'It would take a thousand workers to build a castle, a million soldiers to protect a country but only 1 woman to build a happy home,' read a sms received that morning.